November 18, 2010

itulah sebenar pengorbanan.....





Salam eid mubarak.

Pernah di suatu saat dahulu....


dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.

Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.

Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.


Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."


Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.


**********************************************


Dengan pengorbanan seorang wanita itu, maka seluruh alam mendapat rahmatNya. Betapa tinggi dan tulusnya hati wanita itu dalam mentaati perintah dari Langit. Perintah untuk ditinggalkan oleh insan yg tercinta, Ibrahim AS.
Namun itu bukan halangan buatmu duhai srikandi agung yg bernama Siti Hajar. Pengorbananmu itu teramat2lah mahal untuk dinilai dengan isi dunia, jauh sekali dengan emas berlian. Sungguh mengeluh hati ini apabila terrkenang saat dimana dikau sedang mengharungi ujian itu seorang diri yg ditemani seorang anak kecil, Islmail AS. Amat2 sayu untuk dikenang. Amat2 berat untuk ditanggung. Amat2 sepi untuk digambar. Betapa tinggi nilai korbanmu. Tidak ternilai dengan korban sejuta unta. Langsung tidak!!! Memang engkau layak untuk suamimu, Ibrahim. Sememangnya Tuhan itu memang Adil.


Jika dibangkitkan manusia kedua seumpamamu di dunia, nescaya teranglah langit bumi dihujani warna rahmat Ilahi. Wahai kekanda Ibrahim, ibunda Ismail, sesungguhnya namamu telah terpahat didada2 Insan sekalian alam. Tidak akan terhakis dek hentaman ombak2 zaman yg sering menghempas. Seakan ia matahari di siang hari, bintang di malam hari. Rahmat Allah ke atasmu.
Moga kisah sejarah agung pengorbananmu sentiasa menjadi penghidup semangat penyambung waris2mu.

October 22, 2010

IFF...hina di sebalik "busana muslimah"

Salam sejahtera.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Satu lafaz syukur untuk diungkap. Tanda terima kasih kita kepadaNya. Terima kasih kerana memilih kita sebagai salah seorang daripada sebagai hamba2Nya yg diberi "guide line " untuk kita meneruskan tugas kita di atas muka bumi ini . Terima kasih kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk hidup dengan keizzahan Islam.


Kalau dahulunya Islam itu amat2 dihormati, amat2 disegani dan amat2 diteladani, namun sekarang ini, bukan hanya dihormati, malah jauh sekali untuk disegani, lebih2 lagi diteladani. Islam dahulunya disegani kerana tegasnya Ia dalam menegakkan syariah hidup makhluk yg bernama manusia. Merealisasikan perlembagaan Al Quran dalam ketamadunan umat manusia. Memang itu yg seharusnya berlaku!!
Namun sejak dua menjak ini, Islam makin hebat menjadi bahan2 penghinaan. Tidak cukup dengan org kuffar yg menghinanya, ditambah lagi dengan org Islam sendiri. Jikalau kedengaran desas desus yg menghina Islam di pihak kuffar sana, sudah tidak tenang hati kita memikirkannya. Apatah lagi, jika org Islam itu sendiri yg menghina agamanya. Makinlah parah hati kita ditoreh.


Baru2 ini, heboh di dada2 akhbar Malaysia dengan satu "festival menghina Islam". Tema yg diguna amat2lah menyenangkan hati "ISLAMIC FASHION FESTIVAL", IFF. Namun temanya itu tidak dapat menutup "keburukan" yg ada di dalamnya. Bahkan tema itulah yg menjadi bahan penghinaan. Apa tidaknya, temanya Festival Fesyen Islam, namun apa yg menyedihkan, langsung tidak menutup aurat. Bahkan lagi, untuk menunjukkan bahawa "islamicnya fesyen" itu, maka ditulislah perkataan MUHAMMAD (secara terbalik ). Apa yg paling menyedihkan di sini adalah, penaung untuk program itu adalah manusia yg bergelar muslim sendiri. MasyaAllah. Usahlah menutup kekafiran itu dengan Islam. Ia takkan sekali2 akan kelihatan baik walupun diberi nama yg baik. Daging babi itu, walaupun dihias dengan pelbagai jenis hiasanpun, walaupun disajikan dengan resipi yg paling istimewa, walaupun dimasak oleh ulamak sekalipun, walaupun dimasukkan segala rempah2 yg halal dan perencah2 sekalipun, ia tetap HARAM, bukankah begitu??Jika fesyen kuffar yg menjadi pilihan, usahlah dibalut dengan nama Islam itu. Makin parah jadinya. Jika benar2 ingin mengenakannya, maka terserahlah. Akan tetapi, jangan libatkan Islam dalam kemungkaran itu. Islam itu teramat2lah terlalu suci untuk dicemari. Hanya kamu yg kotor, hanya kamu yg "najis". Jangan cemari ISLAM itu. Islam itu bukan hakmu, akan tetapi HAK mutlak Allah. Jika sebelum ini, kita mendengar bahawa ada gologan kafir yg menghina Islam. Itu kerana mereka memang bencikan Islam. Tapi jika mendengar ada segelintir umat Islam yg menghina agama mereka sendiri, maka apakah logiknya mereka berbuat begitu. Nabi pernah bersabda, " sesiapa yg menyerupai ( baik dari segi tingkah laku, pemakaian, pemakanan,...) maka mereka itu termasuk dalam golongan itu ( yg diserupai atau ditiru ). JIka mereka juga menghina Islam sepertimana org musyrikin menghina Islam, maka telah nyata siapakah mereka. Masing2 tepuk dada, tanyalah iman.


Inilah fesyen yg diperagakan di dalam "Islamic fashion festival" "




Jelas tampak di belakang barisan itu, "ISLAMIC FASHION FESTIVAL"




Tulisan MUHAMMAD di bahagian dada dan bahagian paha.





Amat pilu melihat senario Islam pada ketika ini. Dipermainkan seperti boneka. Hanya bergerak mengikut hati yg malap. Ajaran Islam sudah jauh dilemparkan. Arghhh!!! Gerakan untuk meliberalkan Islam diperhebatkan. Syariat demi syariat dimansuhkan. Tiada langsung kekhuatiran di dalam dada mereka. Mereka yg bergelar Islam sendiri. Ketikamana mereka mendirikan solat, menunaikan ibadah puasa, mengerjakan haji, ketika itu juga mereka menghina agama mereka, mencerca nabi mereka. Apakah sebenarnya mereka ini??? Dalam keadaan mereka 'menurut' , mereka juga 'melawan'.
Sungguh menyedihkan umat Islam ketika ini. Seperti sudah hilang pegangan hidup. Begitu mudah dipengaruh. Amat mirip dengan dedaunan yg dibawa angin. Tiada arah. Sekali angin meniup ke timur, maka arahnya ke timur, sekali angin ke barat, maka ke barat ditukar pula. Sekali Kuffar menyuruh begitu, maka begitulah yg dilakukan. Sedarlah wahai umat membawa imej yg mulia. Celiklah mata2 kalian. Segeralah kembali ke garisan yg telah digaris. Jangan sampai melanggar batasan. Segeralah sedar akan diri.


"Islam itu terlalu indah dan mulia untuk dikotori dengan najis2 kekufuran..."

wallahu a'lam.

October 06, 2010

maher zain kat malaysia...=)



Selamat datang diucapkan kepada Maher zain. Betapa terujanya diorg3 ni ya boleh "face to face" dengan artis popular ni...

"..ilmu itu cahaya.."

Assalamualaikum salam pembuka bicara..
Syukur pada hari ini, jantung kita masih berdegup, mata kita masih dapat berkelip, hidung kita masih lagi dapat mnghirup udara segar, mulut dapat mengunyah, dan yg paling penting islam kita masih dalam genggaman. =)
Hari xmenunggu kita, seperti masa. Kerna ia juga adalah anggota masa. Sentiasa berganjak dan tidak menoleh ke belakang, hanya meneruskan langlah ke hadapan. Begitu juga hidup kita. Sentiasa bergerak ke depan dan idak boleh berpatah untuk kali yg kedua. Hanya satu peluang yg diberi. Mahupun ada yg untuk kali yg kedua, namun sudah xsama dgn yg pertama. Hidup yg diberi pada kali yg kedua , xakan sama dengan kali yg pertama. Hidup kali yg pertama adalah untuk menanam, adapun yg kedua itu adalah untuk menuai.Subhanallah. Itulah hakikat masa.
Hmmm..xder apa sebenarnya yg nk diperkatakan pada kali ini, cuma ingin menyahut panggilan blog ni jer. Sebab dah lama xupdate.

Belajar.

Itulah peluang yg terbentang di depan mata saya pada detik ini. Satu jangka detik yg amat lama bagi saya untuk dilepasi (walhal, amat mustahil untuk dilepasi) . Akan tetapi, jika diperhalusi, ia seolah jangka masa hanya sekadar di antara dua jaga. Sangat pantas. Jika dibalik masa itu selama 11 tahun yg lalu, saya hanya seorg pelajar yg baru sahaja memulakan langkah masuk ke dalam sebuah empayar ilmu. Sesungguhnya empayar itu amat2lah luas. Tidak terhijab dengan masa. Bahkan dengan mata. Namun, apabila saya mmbuka mata pada hari ini, sudahpun 2 gedung ilmu yg saya lewati. Semua itu seakan baru semalam dilalui. Dua peringkat yg saya telah saya langkahi. Dan pada detik ini, peringkat yg agak mencabar untuk sekalian pencedok ilmu, harus saya lalui dengan sabar. Moga Allah sentiasa menemanku. Dialah sebaik2 teman, sebaik2 penaung , sebaik2 pelindung . Hanya Dia. Mungkin saudara2 sekalian sudah banyak memetik pahit manis sepanjang mngharungi jalan sebagai pelajar. Kita perlu merasa pahit manis buah itu sebelum dapat mengatakannya manis atau masam. Jangan mimpikan mutiara di laut, sebelum diri basah menjamah air. Itulah falsafahnya. Dan pahit manis itulah membuatkn kita ini sedar diri siapakah kita sebenarnya. Belajar itulah yg mmbawa kita kepada pokok2 pengalaman yg berbuah ranum. Manis masam buahnya itu, kitalah yg akan merasanya.



Sungguh banyak limpahan ilmu yg dicurahkan Allah yg Maha Mengetahui ke atas muka bumi ini. Namun semua ilmu itu tidak disusun seperti yg ada di dalam buku2, kitab2 sekarang ini. Semuanya bertaburan dalam alam ini. Ada yg telah dijumpai, dan ada lagi yg masih terbenam jauh di dalam perut bumi. Ia perlu diterokai. Perlu dijelajahi. Namun tidak semua ilmu diturunkan Allah ke atas muka bumi ini, dan ada juga diturunkan melalui perutusan. Itulah ilmu yg paling berharga dalam sejarah hidup makhluk yg bernama manusia. Perutusan itulah RASUL. Diutuskan bersama risalah ilmu agung dari langit, Al Quran. Al Quranlah yg mngajar manusia hakikat kehidupan. Di dalamnyalah segala kunci ilmu diletakkan. Ialah pelengkap dan penyudah bagi sekalian ilmu yg wujud. Yg membawa kpd realiti dan hakikat. Hakikat kepada Pencipta. Pencipta yg telah mewujudkan alam. Juga Pemilik segala ilmu di alam ini.


Kata Imam Waqi' ( guru Imam syafie ) yg mnyebut bahawa ilmu itu adalah cahaya.Cahaya untuk hati. Dan cahaya itu tidak akan sekali2 berdampingan dengan kegelapan. Jauh sama sekali. Amat mustahil. Peraturan alam ini mengajar kita tentang hakikat ini. Apabila tiba siangnya, maka berundurlah malamnya dan begitulah juga sebaliknya. Apabila ada cahayanya, maka adalah gelapnya. Kegelapan yg singgah dlm hati bukanlah seperti kegelapan malam yg biasa membaluti bumi. Akan tetapi ia adalah cebisan dosa yg dilakukan. Kedua2 cahaya dan kegelapan itu akan bertapak di suatu tempat dalam tubuh manusia yg diberi nama Hati. Maka apa yg akan terjadi sekiranya kedua elemen itu bertembung??? Apa yg akan terjadi yer saudara?? Yang mana satu yg akan berundur? Si cahaya atau si kegelapan? Dalam diri kita ini, ada suatu unsur yg akan membantu kegelapan untuk masuk ke dalam diri kita. Apakah ia saudara? Otak? Hmmm......apa yer?? Ianya adalah nafsu kita saudara. Nafsu inilah yg akan mnjemput kegelapan itu untuk bertapak di dalam hati kita. Seolah2 magnet yg akn menariknya ke dalam diri kita. Dengan itu, apabila kita mmbuat dosa, maka secara perlahan2, cahaya ilmu yg kita timba itu, akan lenyap dari diri kita. Dengan itu, maka terhasillah suatu proses yg dinamakan " Memory deletion". Apa tidaknya saudara, apabila sudah terlalu banyak dosa yg kita kumpulkn dalam hati kita, maka sudah tidak ada lagi ruang masuk untuk cahaya2 ilmu. Dengan itu proses "rejection" akan berlaku serta merta. Dengan itu, mulalah kita mengalami simpton2 seperti susah hendak ingat apa yg dipelajari, mudah lupa dan yg sama waktu dengannya. Begitulah hakikatnya saudara. Nk tau kebenarannya?? Maka silalah praktikkannya di rumah. =)



Jika ada yg menarik kegelapan itu, mesti ada yg menarik cahaya pula. Hmmm...apa pula yg menjadi penariknya?? Tepuk dada, tanyalah hati. Sudah tentu ianya adalah zikrullah dan amal soleh.=) Dan salah satunya adalah, Al Quran. Pencuci kotoran2 yg mndap dalam hati. Semakin banyak "pencuci" itu digunakan, maka makin lenyaplah kotoran yg ada. Teorinya sama seperti dosa tadi. Jika hati kita di isi dengan cahaya zikrullah, maka ruang itu akan menolak keluar segala kegalapan yg ada. Maka bercahayalah si hati itu. Setelah ianya bercahaya, maka kini ia telah menjadi satu "basement" yg hanya untuk cahaya ilmu. Maka mudahlah hati kita ini untuk menerima ilmu. Subhanallah. Akan tetapi ingat saudara sekalian, nafsu itu bukan mudah untuk dijinakkan. Selagi ia liar, selagii itu "pencuci2" tidak akan berkesan terhadap hati itu. Oleh itu, marilah sama2 kita berusaha untuk "mencuci"nya. Jangan sampai hati kita ini, diselubungi dengan unsur kegelapan itu. Nauzubillah.
Jangan sampai kita mengeluh dengan musibah "susah nk ingat, dan cepat lupa". Ianya bukan semula jadi( majoriti ), akan tetapi kitalah yg menutupnya dari menerima cahaya ilmu. Kitalah yg telah membuatnya "susah nk ingat". Jangan sampai apabila tibanya musim peperiksaan, maka mulalah melanggan "khidmat" bomoh2. Tapi mintalah dengan Allah di samping kita berusaha untuk "mencucikan" hati kita ini. Wallahu a'lam.

p/s: objektif post kali ini adalah marilah sama2 kita jaga hati..maaf di atas "kekacauan" sepanjang mengatur patah2 perkataan di atas.=)Ambil yg dpt diambil, fikir apa yg perlu difikir, reject apa yg perlu direject..

September 22, 2010

kemegahan yg tertimbus...

Assalamualaikum.
Syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi mengizinkan jari jemari ini untuk terus menyusun patah2 kalam yg terpercik dari lautan khazanahNYA yg Agung. Maha suci Allah.

Suatu ketika dahulu,di suatu abad,empayar Islam telah dapat ditegakkan.Suasana dunia pada ketika itu terang benderang disuluhi sinaran peradaban Islam. Pada saat itu, seakan dunia ini dipayungi dengan rahmat Islam yg mendamaikan umat manusia di bawahnya. Islam pada waktu itu ibarat seekor singa yg gah dengan keberanian dan kebengisannya sehingga digelar Raja rimba. Tiada siapa yg berani menyedarkan raja rimba itu daripada tidurnya. Awas bagi sesiapa yg mengganggu!! Ketajaman bilah taringnya telah tersedia untuk merobek sesiapa sahaja. Cuma menunggu kedatangan. Nah!! Sebegitu rupanya sekali gahnya Islam pada abad itu.


Permandangan Masjid Kalan di Bukhara, Urbekiztan



Menara2 masjid dibangunkan dengan begitu rancak. Binaan demi binaan tersergam gah dipersada kota yg sarat dengan umat manusia. Kemajuan demi kemajuan digapai dalam kebanggaan ahli kota. Armada2 yg gah berlayar di dada lautan memberitahu sekalian pelayar bahawa itu adalah wilayah takluk Islam. Laungan takbir di segenap penjuru sahaja sudah cukup menghambat kemaraan perajurit3 musuh yg mampir. Sistem pertahanan yg begitu mantap. Begitu bengis. Pantang dicabar. Pantang mendengar tangisan ketakutan daripada penduduk kota. Amat pantang. Apabila ada sahaja bunyi rungutan anak2 kota yg kedengaran, lantas arahan diturunkan. Para perajurit bergegas membawa laungan Allahu Akbarr bersisipkan bilah pedang di sisi...hanya terbayang musuh rebag di depan mata ataupun shahid di medan. Amat garang tentera Islam pada tika itu. Tiada siapa yg berani untuk tampil melemparkan cabaran, kerana sudah yakin di dada mereka hanya maut yg bakal disambut kembali.


Pintu masuk utama Istana Khalifah An Naser Lidinillah yg dibina pada zaman pemerintahan Abbasiah


Dengan kemegahan yg dikibar, Islam terus melangkah merentasi benua, melayari samudera dunia. Detik demi detik, kurun demi kurun berlalu, Islam kian berada di kemuncak. Hampir segenap benua berada di bawah pemerintahan ISLAM. Hampir sepertiga lautan jatuh ke tangan armada2 laut tentera Islam. Semua itu hanya dibawah satu takhta yg agung. KHALIFAH. Hanya satu pengemudinya. Apabila satu tempikan semangat dilemparkan, maka sahutan gemuruh yg berbalas. Apabila satu percik air mata tangisan tertumpah ke tanah, maka laut darah yg menjadi taruhan sebagai ganti. Begitu hebat Umat Islam pada ketika itu. Allahu Akbar. Begitu teguh takhta Islam pada abad itu.


Pemandangan dari luar Kota Alhmbra, Granada yg dibina pada zaman pemerintahan Kerajaan Nasriah, Spanyol



Segala-galanya itu bermula pada abad yg ke 6. Seorang manusia agung telah dibangkitkan sebagai perutusan. Perutusan daripada kerajaan di langit. Pertusan sebagai pengantara kerajaan di langit dan kerajaan di bumi. Kemegahan itu terus berkibar, berkibar dan terus berkibar. Sehinggalah ke suatu detik masa. Masa itulah yg menjadi saksi runtuhnya kemegahan itu. Kemegahan yg telah dibina sekian lama. Kemegahan yg menyala di saat waktu dunia yang sedang berada dalam kegelapan kejahilan. Gelap sepertinya dalam lautaan. Lautan kejahilan. Terhalang daripada cahaya ilmu pengetahuan. Terkurung dalam dimensi sendiri yg dicipta. Cahaya Islamlah yg menyelamatkan mereka daripada terus lemas dalam arus kegelapan. Zaman itulah yg sering disebut2 dalam lembaran kitab2 sejarah. Zaman Kegelapan Eropah(Dark Age). Islam bangkit ketikamana saat dunia eropah pada ketika itu berada dalam kegelapan. Bangkit dan terus bangkit. Wilayah demi wilayah ditakluk. Hinggalah satu empayar agung tertegak. Tertegak megah sehinggalah ke suatu waktu. Abad yg ke 16. Empayar agung itu mulai longlai. Mulai surut megahnya. Mulai mengendur. HUH!!! Dan kelonglaiannya itu makin tampak kelihatan. Hari demi hari, tapaknya kian longgar. Terus longgar. Sehinggalah saatnya menyembah bumi. Lesap dari alam dunia. Terus lesap. Lesap pada awal abad yg ke 20.Segala-galanya berakhir. Berakhir di suatu daerah yg di beri nama Turki. Daerah itulah yg menyaksikan rebahnya empayar Islam yg dulunya gah yg teramat. Yg menyaksikan khalifah yg terakhir pada ketika itu, diusir. Satu detik yg amat pedih buat umat yg bernama Islam. Empayar itu terus tertimbus. Tertimbus dan terus menunggu saat ia akan dibangkitkan kelak. Tidak diketahui bilanya ia. Itulah saat yg mula menyedarkan umat Islam daripada terus hanyut dalam arus kemegahan. Lemah dalam kemegahan.Lemah itulah yg telah meranapkan tamadun Islam yg hebat itu. Lemah kerana adanya unsur2...

1. Perebutan kuasa
2. Derhaka kepada pemimpin
3. Khianat terhadap kaum sendiri.


Amat pilu apabila mengenangkan saat dimana terkuburnya empayar itu. Lenyapnya segala kemegahan yg terbina.Kemanakah lesapnya Kerajaan Umawi, Kerajaan Abbasi, Kerajaan Uthmani yg suatu ketika dahulu amat digeruni?Kemana hilangnya zaman3 itu? Dimanakah kemegahan2 itu?? Hanya terpahat di dinding2 sisa2 binaan yg telah usang. Hanya termaktub dalam lembaran2 sejarah. Hanya sekadar modal bualan. Hanya sekadar penanda bahawa Islam ppernah berkuasa. Itu sahaja. Kemegahan yg terpahat di bangunan2 dan sisa2 tamadun sekadar untuk menjadi tontonan umum. Yg sering kita saksikan sekarang ini. Sisa2 dan tinggalan2 bangunan yg menjadi bukti bahawa satu empayar Islam pernah menduduki takhta dunia suatu ketika dahulu, pernah memerintah dunia ini suatu ketika dahulu, pernah mengembangkan satu empayar yg begitu besar dan pernah melindungi keselamatan umatnya...... Amat sayu. Alangkah indah jika empayar itu masih lagi memerintah pada detik ini. Masih lagi berkuasa. Jikalaulah ia masih menaungi dunia ini memayungi umat Islam pada ketika ini. Jikalaulah dan jikalaulah.......hanya itu ungkapan yg mampu dilafazkan.

Kemana perginya tamadun itu?!!!

September 19, 2010

sebelum bergeloranya lautan

Assalamualaikum semua.

Surut jua kemeriahan Syawal yg kita raikan. Kalau hari ni, semua anak2 rantauan sudah pun memulakan semula sesi pembelajaran setelah bercuti untuk berhari raya. Maka sepilah kembali rumah2 yg dulunya sepi tanpa anak yg di rantauan. Mak ayah kembali kesepian di rumah menanti saat beraya yg akan datang moga menyusul kembali. Namun itulah pengajaran yg perlu kita pelajari. Ia memberitahu kita bahawa riang itu tidak selalu menemani, dan sepi itu tidak juga selalu membelenggu. Ada tika ianya cerah, dan ada tika ianya malap. Sudah lumrah. Lumrahlah yg mengajar kita, bahawa hidup ini xsperti air di dalam tempayan. Selalu tenang. Tidak bergelombang. Tenang. Akan tetapi hidup kita ni samalah macam laut biru yg sentiasa berdepan dengan badai yg mengecam. Tidak selalu tenang, bahkan ada ketika ianya seakan empangan yg pecah arusnya, dan ada ketika ia tenang seakan dibelai angin yg mendendangkan lagu damai. Tenang. Tapi disini, saya tidak ingin mmbicarakan soalnya ributnya laut itu, akan tetapi falsafah disebalik geloranya laut itu.=)




Apa falsafahnya ye??
Hmm. Seronok jugak berfalsafah ni ye. Hehe. Amat unik. Combination antara alam dengan kehidupan. Kembali kepada di sebalik tenangnya laut sebentar tadi. Secara jelas dan mudahnya, pabila kita melihat laut, hanya satu perkara jer yg timbul di benak kita. Kedamaian disebalik kebiruan. Amat tenang dan damai jika melihat kepada laut itu. Airnya yg bergelora kecil berhempas2 keatas satu sama lain. Seakan sedang bergurau senda. Akan tetapi, seperti yg saya katakan tadi, ia xseperti itu selamanya. Akan ada suatu saat, angin badai akan membelah ketenangan arus, bahkan jika manusia ada disitu, mungkin tenggelam dibawah keributan arus yg membaham. Samalah seperti manusia. Tidak tenang selamanya. Akan ada ujian yg melintang di hadapan yg sentiasa menunggu. Lanjutan dari itu, Rasululllah SAW bersabda :

"Rebutlah lima perkara sebelum datngnya lima perkara lagi....

1) Rebutlah masa hidupmu sebelum masa matimu
2) rebutlah masa lapangmu sebelum masa sempitmu menjelma
3) rebutlah masa kayamu sebelum datangnya masa fakirmu
4) rebutlah masa sihatmu sebelum datangnya saat sakitmu
5) rebutlah masa mudamu sebelum masa tuamu memanggil




Sudah jelas bahwa hidup kita ni tidak selalu berkilauan seperti berlian, akan tetapi akan ada malapnya. Cuma masa itu yg melakarkannya. Bagaimana dan kenapa adanya ia bukan itu yg harus dipersoal. Sebaliknya, bagaimana untuk menghadapi itu adalah seharunya difikir. Ibarat kita ini sedang memasuki rancangan "Explorace" la katakan bahkan lebih dari itu. Segala halangan dan cabaran yg dihadapi, hanyalah rekaan manusia semata. Kita ini hanya peserta yg wajib menuruti segala peraturan dan halangan yg disediakan. Akan tetapi, hidup ini adalah aturan Penciptanya. YG mem"programme"kan segala aturcara kehidupan. Kalau sudah mengetahui bahwa hidup kita ini xselalu "mantain", maka langkah yg sepatutnya perlulah telah dicaturkan lebih awal. Agar tidak terjelopok ke tanah pabila berdepan dengannya kelak. Jadi, apa percaturan yg perlu dicaturkan??
Tepuk kepala tanyalah otak. Sesungguhnya otak itu dicipta dengan teknologi yg teramat tinggi, tidak setaraf dengan super- computer yg wujud sekarang ini. Malah lebih jauh maju daripada itu. Teramat maju. Jangan siakan teknologi yg telah Allah "programme"kan ke dalam otak kita.=)

Sesungguhnya telah wujud sekian lama penciptaan manusia lagi, suatu "software" yg telah di "install" kan dalam otak kita. Fitrah Insaniah.exe . Apa yg perlu dilakukan oleh "host" kepada otak itu adalah terus meng"update" software itu kepada versi "TAQWA INSIDE" dengan cip IMAN. Itulah cip yg teragung dan paling effective dalam mem"proses' data kehidupan suatu ciptaan yg bergelar manusia. Dengan cip itulah yg mengatur segala urusan "data Computing" samada memilih virus ataupun antivirus. Jika calculation yg dibuat oleh cip itu salah, maka viruslah yg menjadi option kpada HOST tersebut. Maka amatlah penting untuk setiap HOST itu meng"update"kan software itu daripada versi FITRAH INSANIAH kepada versi TAQWA INSIDE yg hanya dapat diperolehi hanya dengan memasang cip IMAN.



..TABARAKALLAHU AHSANUL KHAAALIQIIN..

September 17, 2010

...kepulangan....

Assalamualaikum



Alhmadulillah setinggi2 syukur kita ucapkan kepada Allah iaitu Khalik kita. Sesungguhnya lafaz syukur itu bukanlah semata dengan lidah, akan tetapi seharusnya dengan seluruh anggota yg diciptakan olehNya. Tidak kiralah samada tangan, mata, telinga, kaki, hidung dan sebagainya. Masing3 ada cara tersendiri untuk kita tuturkan sebagai tanda syukur kita kepada Allah. Yg menciptakan segalanya. Dengan mata itu, kita melihat kepada kebesaran2Nya didunia ini, dengan tangan, kita menghukurkan segala kebaikan dan begitulah seterusnya. Kerana kelak mereka itu semua akan berhadapan dengan mahkamah Akhirat. Dan merekalah yg akan menjadi saksi kepada segala perbuatan yg telah kita lakukan dimuka bumi ketikamana kita diberi peluang untuk hidup untuk seketika sewaktu dahulu.



Tidak ada apa yg ingin saya ketengahkan dalam post pada kali ini sebenarnya, melainkan sekadar perkongsian hari lebaran semata.=)
Masih tidak terlalu lambat rasanya sekiranya saya mengucapkan ucapan hari Kemenangan kita, Eidil fitry kepada seluruh umat Islam yg telah berjaya menghabiskan "training" didalam bulan yg mulia Ramadhan yg lalu. Selamat hari kemenangan kepada semua. Setibanya hari raya, telinga dan mulut kita tidak dapat dipisahkan dari laungan takbir raya yg amat2 mendayu2 di ruangan angkasa. Allahu akbar3...La Ilaha Illallah huallahu akbar...(sehinggalah seterusnya)... Mungkin kita sedia mengetahui, ucapan inilah yg dilaungkan oleh Rasulullah ketikamana peristiwa pembukaan Kota Makkah daripada golongan musyrikin kuffar. Ucapan kebesaran inilah yg dilaungkan setelah Kota Makkah dapat ditawan oleh kaum muslimin ada ketika itu. Amat besar sekali pengertian laungan yg sering kita laungkan disaat tibanya musim perayaan eidil Fitry ini. Suatu laungan kemenangan. Allahu akbar.



Namun, perlu diingat sahabat2 sekalian, laungan itu tidak bermakna kita telah berjaya mendapat kejayaan yg sebenarnya. Tidak sama sekali. Tidak bererti kita telah menjadi seorang hamba Allah yg telah berjaya melaksanakan segala perintahNya. Tidak!! Tidak bererti pabila kita selesai menamatkan perintah supaya berpuasa dan sebagainya pada bulan Ramadhan, kita telahpun bebas untuk melakukan segalanya. Tidak bermakna, jika di bulan Ramdhan dahulu, kita disuruh untuk memperbanyakkan ibadat, akan tetapi di luar bulan ramadhan, kita bebas untuk melakukan segala maksiat. Tidak sama sekali. Moga kita diberi perlindungan olehNya daripada semua itu. Nauzubillah.




Pabila tibanya saat hari lebaran, anak2 perantauan mulalah kembali menjejak ke tempat tnah kelahiran mereka. Begitulah rutin setiap tahun. Ahli keluarga masing3 gembira kerana dapat bertemu dan berkumpul untuk sama2 merayakan hari yg penuh dengan seribu makna itu. Masing2 pulang ke pangkuan keluarga. Semuanya gembira. Gembira kerana setelah lama tidak bersua muka. Gembira menikmati pertemuan setelah menghadapi perpisahan yg sementara. Dan setelah berakhirnya raya, maka mulalah anak2 rantauan ini kembali ke rantauan masing3. Maka berlakulah perpisahan sementara buat kali yg berikutnya. Itulah fitrah. Setiap yg datang akan pergi. Perlu kita sedari, pabila kita dijemput pulang oleh Allah suatu tika kelak, untuk berkumpul disuatu tempat yg diberi nama Mahsyar, sudah tiada lagi untuk pulang kedunia seperti pulangnya kita ke kampung. Jika kita pulang ke kampung, sudah semestinya adalah ole3 yg kita sediakan untuk warga yg di kampung. Seperti itu juga ke Mahsyar nanti. Perlu ada ole2 ataupun bekalan untuk kita bawa bersama. Tambah2 lagi, kepulangan yg kekal. Kepulangan setelah penat bekerja didunia. Maka barangsiapa yg telah bertungkus lumus dalam mengumpulkan harta( pahala) , maka akan bersenang2lah mereka setelah kembalinya mereka ke kampung ( mahsyar ). Akan tetapi barangsiapa yg malas dan berfoya2 semasa dalam tempoh pencarian harta ( pahala ), maka sia2lah masa mereka dan amat2lah rugi peluang yg telah diberikan kepada mereka ketika saatnya mereka kembali ke kampung mereka kelak yakni mAhsyar. Maka, marilah sama2 kita bekerja2 sesungguh2nya didunia ini, sebelum saat kepulangan kita menjemput kelak. Siapa2 yg rajin dalam mengumpulkan harta, maka beruntunglah mereka. Akan tetapi, siapa2 yg sebalinya, rugilah mereka. Kerana sesungguhnya kepulangan kita itu tidak ada patah balik untuk kali kedua. Sesungguhnya kepulangan itu adalah suatu yg teramat pasti ketibaannya.



Sempena dengan hari raya ni, marilah sama2 kita teruskan keazaman kita selaku seorg hamba dalam mmperbaiki mutu amalan yg dilakukan. Jangan sesekali terundur ke belakang, akan tetapi teruslah sentiasa maju ke depan. Life must be "straight", and not to "U-turn". Kalau dalam bahasa melayunya, kehidupan itu perlu sentiasa ke depan, dan jgn sesekali berpatah balik ke belakang..dengan prinsip ini jugalah, Islam menyuruh kita sentiasa memperbaiki diri kita seharian ke arah yg lebih baik dan bukan ke arah yg lebih teruk. Nauzubillah min zaalik. Jika ketika di bulan Ramadhan dahulu kita sering membaca Al quran, kenapa tidak selepasnya Ramadhan? Jika di masa bulan Ramadhan dahulu kita sering berqiam, kenapa tidak selepasnya Ramadhan? Tepuk dada, tanyalah iman kita...Adakah kita ini termasuk dalam golongan yg "U-turn" @ golongan yg "straight"...?Renungkanlah wahai diri. Diri oh diri..

September 07, 2010

Ramadhan Oh Ramadhan..

Assalamualaikum. Setinggi syukur adalah lafaaz yg paling mulia dituturkan oleh mulut kita ini. Alhamdulillah. Alhamdulilah kerna Allah masih lagi memanjanglkan umur kita sehingga hari ini. Sedar tidak sedar, kita sudah berada di ambang Syawal sekarang ini. Bulan Sywal bakal menjelmakan diri sebentar sahaja lagi di ruang legar angakasa bumi. Namun, hakikatnya kita sedang menjalani detik3 perpisahan kita dengan Penghulu segala bulan yg mulia, Ramadhan Al Mubaarak. Subhaanallah. Masih terasa hangatnya kedatangan Ramadhan, seolah2 baru sahaja bersua. Namun, itu semua keasyikan kita dengan dunia. Masa harus berlalu pergi, Tiada perhentian sehinggalah perintah dari Langit diturunkan.





Pada tanggal 1 Ramadhan 1431 H, telah termaktub bahawa Ramadhan mulai bertandang melewati masa dunia. Masyarakat manusia pada ketika itu, masing2 bergembira dan saling berucapan alu-aluan Ramadhan yg mulia. Pada tarikh itu, maka mulalah perintah ke atas manusia agar menahan nafsu dari makan pada waktu siangnya, meninggalkan segala perkara2 yg membatalkan puasa memperbanyakkan amalan sunat termasuklah amalan solah sunat tarawih itu sendiri. Maka perintah itu dipatuhi tanda taat kepada Pemerintah alam, Allah Jalla wa 'ala. Semua manusia yg menyerah diri kepadaNYA memtuhi perintah itu. Maka bermulalah pelaksanaan perinytah itu dikalangan umat muslim.


Detik2 terus bergantian. Anak bulan Ramadhan kian mengembangkan diri. Seoalah2 menjalani sebuah tranformasi. Itulah sebenarnya bukti bahawa makhluk yg bernama masa itu sedang bertransformasi. Dari detik ke detik yg lain. Dari kecil menjadi besar. Itulah bukti masa kian berusia. Dan Ramadhan juga mengalami transformasi usia jua. Jika dahulu usianya sehari, tetapi kini umurnya telah pun mencapai kepada pengakhiran. PERPISAHAN. Sesungguhnya masa itu amat2lah licik memperdayakan kita,manusia yg leka. Seakan RAmadhan yg melewati massa kita, berlalu pergi tanpa sempat kita menrangkulnya walaupun sebentar jua. Sesungguhnya peluang yg telah diberikan kita pada kali ini, hampir tamat ke penghujung pertemuan. Sungguh sedih hati ini pabila mengenangkan bahawa kita akan berpisah dengan bulan yg amat mulia ini, yg penuh dengan Rahmat dari Penciptanya. Kita bakal menyudahkan perintah kita tidak lama sahaja lagi. Tidak lama. Sungguhpun kita dijanjikan bahawa bulan itu akan menziarahi kita kelak di masa yg mendatang, namun ditidak dijanjikan bahawa umur kita ini akan berjumpa dengan Ramadhan untuk kali yg seterusnya.

Kenapa sekejap jua dikau menziarahi kami wahai Ramadhan??

Kenapa tidak lama kita bersua??

Kenapa kita tidak selalu bersama??

Ungakapan demikian selalu melewati kotak akal ini. Akan tetapi, sebelum soal itu diungkapkan, adakah hati ini telah ditanya dahulu.

Kenapa tidak diri ini menikmati masa di saat bersama dengannya (Ramadhan)??


Jangan mudah kita menanyakan orang lain, sebaliknya diri kitalah yg seharusnya ditanyakan terlebih dahulu dari yg lain. Jangan mudah kita menyalahkan orang lain jika diri kita yg selalu melakukan kesalahan. Jangan disalahkan kenapa Ramadhan itu yg cepat meninggalkan kita, akan tetapi salahkanlah diri sendiri kenapa tidak memanfaatkan Ramadhan itu tika ia berada di sisi. Sedarlah wahai diri. Dikau diziarah bukan menziarah. Dikau dilewati, bukan melewati. Dikau diberi bukan memberi. Dikau ditumpangkan bukan yg memilik. Dan Dikau itu dimilik dan bukannya memilik. Ramadhan itu menziarahimu bukan dirimu yg menziarahinya. Sudah peraturan alam, yg menziarah itu pasti kelak akan bertandang pergi jua. Yang dipinjam akan dikembalikan jua. Yg diberi akan diambil balik. Itulah hakikat yg telah termaktub bagi makhluk yg bernama manusia.





Pada tanggal 30 Ramadhan 1431 H, lambaian pergi Ramadhan melewati umat manusia. Satu tarikh yg menyaksikan perpisahan manusia dengan satu bulan yg mulia, Ramadhan. Maka mulalah manusia itu berkejar2 ke arah Syawal. Bulan Syawal. Memang bulan Syawal itu dijadikan untuk bergembira. Menyambut kegembiraan setelah tamat menjalani perintah dari Pemerintah Alam, Allah jalla wa 'ala. Akan tetapi, kegembiraan itu tidaklah sebesar seperti Rahmat yg ditiwarkan pada bulan Ramadhan. Allahu akbar. Sebelum kita berpisah secara rasmi yg disempadani oleh Syawal kelak, marilah kita merangkul sesungguhnya ramadhan pada kali ini. Rindulah ia. Tangislah untuk pemergianya. Tidak pasti kita akan menjumpainya pada masa yg mendatang. Amat tidak pasti. Mohon kita dipertemukannya sekali lagi dengannya hendaknya, YA ROBB. Wallahu a'lam.

August 31, 2010

dimana merdekanya kita umat Islam...???


Setinggi2 syukur kepada Pemilik Alam yg Maha Hidup dan Maha Berkuasa Mutlak. Pada hari ini, sejarah 31 Ogos kian melewati kita penduduk Malaysia buat kali yg seterusnya, kali yg ke 53. Sudah makruf apabila tibanya saat ini, masyarakat kita masing2 meraikannya, HAri Kemerdekaan. Pada tarikh inilah pada suatu ketika dahulu, tanah air kita di isytiharkan "merdeka" oleh mantan Perdana Menteri kita, Allahyarham Tunku Abdul Rahman yg kononnya merdeka daripada kekangan penjajah "Orang Puteh" atau sekarang ini dikenali dengan Org Barat. Kita sebagai rakyat di tanah air kita memang seharusnya bersyukur dgn apa yg kita perolehi. Bersyukur dengan keamanan dan "kesejahteraan" yg dikecapi. Alhamdulillah diucapkan. Tapi kita sebagai umat Islam dan rakyat MAlaysia, seharusnya tidak alpa dengan nikmat yg diperolehi. Kemeerdekaan yg mutlak tidak lagi kita kecapi, baik di dunia maahupun di akhirat. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, umat Islam amnya, kita tidak lagi mencapai kemerdekaan sebenarnya. Dimana kemerdekaan yg kita pegang sekarang ini sebenarnya.? Lihatlah di Palestin sana, adakah saudara kita disana hidup dalam pembelaan Islam? Adakah mereka2 itu mendapat suatu nikmat yg diberi nama "Kemerdekaan" dan "Kebebasan"? Akan tetapi ternyata semua itu tidak dikecapi oleh mereka semua, saudara seagama kita, Islam.


Apakah dikira sebagai merdeka jika kita masih lagi tunduk kepada penjajah?? Apakah dikira merdeka sekiranya kita tidak bebas mentadbir tanah air kita?? Apakah dinamakan merdeka walaupun kita masih perlu tunduk kepada syarat2 penjajah?? Jika kita kembali kepada makna asal apa sebenarnya merdeka itu, jelas disana kita sebenarnya tidak merdeka. Hanya keamanan bersyarat yg sementara yg hanya dijanjikan kpd kita. Bukan "merdeka" yg kita hajat2kan selama ini. Hanya "merdeka" kulit semata2. Kita sebenarnya tidak lagi merdeka sebenarnya. Oleh itu jangan sesekali kita alpa dengan perangkap yg dipasang siap oleh musuh kita. Walaupun secara zahirnya kita kelihatan bebas dan "merdeka", namun sebenarnya fikiran kita masih dijajah oleh anasir3 musuh yg sentiasa bergelumang dgn rancangan jahat mereka terhadap kita.


Jika dahulu, selepas berlakunya Pembukaan Kota Mekah, umat Islam pada ketika itu, telah mengecapi satu kemenangan yg besar dengan menundukkan salah satu kuasa yg besar di bumi arab, Kerajaan Arab Quraisy. Selepas berlakunya pembukaan itu, umat Islam telah terlepas daripada salah satu belenggu yg sentiasa berhasrat memusnahkan Islam. Bebas daripada kekangan golongan musyrikin Makkah, bebas tanpa sebarang perjanjian, bebas tanpa sebarang syarat. Itulah sebenar2 "merdeka" sebenarnya. Tidak terikat dengan mana2 syarat. Dengan kemenangan sedemikian, umat Islam terus bangkit. Satu kemenanga demi kemenanga digapai. Satu pencapaian demi pencapaian tersegam di dada umat Islam. Umat Islam terus memerintah dunia sehinggalah saat kejatuhannya. Kejatuhan yg disebabkan oleh kealpaan pemerintah, kelalaian pemerintah dan umat Islam amnya. Itulah janji Allah. JIka syariat Islam tidak lagi ditegakkan, maka kehancuranlah yg menunggu. Kebinasaanlah yg menyambut. Kejatuhan yg disambut gembira oleh musuh2 Islam. Yang dikesali umat Islam.

Ada pepatah yg mengatakan "jangan pandang belakang". Ada benar dan ada juga tidaknya. Kita perlu melihat kehadapan untuk melihat matlamat dan kita juga perlu berpaling ke belakang supaya kita beroleh pengajaran untuk masa yg kian mendatang. Sejarah itulah yg mengajar kita mengenal siapa kita pada ketika dahulunya. Sejarah itu jugalah yg mengajar kita agar meneladani golongan2 terdahulu. Jadi jika kita melihat kpd kerajaan besar terdahulu seperti Kerajaan Namrud, Kerajaan Mesir Purba, jelas pengakhirannya adalah kehancuran disebabkan keangkuhan pemerintahnya yg tidak mahu menurut Islam, tidak mahu menegakkan agama Allah. Dari dahulu lagi Allah telah mengajarkan kita bahawa sekiranya manusia itu sombong dengan AgamaNya, maka itulah balasan di pengakhirannya.


Kita perlu ingat bahawa kita ini (manusia) telah diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini dengan Deen Allah. Kita telah mengambil perjanjian ini sejak dahulu. Janji yg mana makhluk yg lain di bumi tidak sanggup memikulnya. Dengan demikian, segeralah kita sedar bahawa kita punya janji(amanah) dengan Robbul 'Alamiiin, Pemilik alam ini. Jika janji itu tidak ditepati, maka tunggulah balasan yg telah dijanjikan. Sama2 kita jaga nikmat keamanan yg Allah kurniakan kpada tanah air kita. Akan tetapi, kewaspadaan itu juga amat perlu terhadap musuh2 agama kita yg sentiasa berusaha menjajah kita dari segenap pelusuk arah. Kemerdekaan yg sebenar tidak lagi muncul di hadapan kita, tidak lagi kita kecapi. Perjuangan kita masih panjang. Sepanjang umur dunia ini. Selagi Islam tidak dapat dipacakkan, selagi itu "merdeka" tidak akan kita gapai. Dan ingatlah bahawa Merdeka yg sebenar2nya adalah milik Allah. Kita ini selama2nya bergelar hambaNYa. Tidak akan sekali2 merdeka. Akan tetapi, gelaran hamba yg kita dokongi itu adalah anugerah yg paling berharga dan paling mahal. Rugilah mereka2 yg ingin "merdeka" dariNya. Amat2lah rugi. Harap apa yg baik itu dikongsi bersama. Insya Allah. =) wsalam.

HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.

"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"


(p/s: harap maaf jika idea diatas tidak seiringan dengan pendapat kalian semua. Hanya pendapat daripada penulis semata2.)

August 25, 2010

Sejauh mana kebenaran zaman prasejarah???

Salam sejahtera.

syukur dapat lagi yer kita bertemu. Hmm.. Baru3 ni, saya ada terbaca satu dokumentari berkaitan dengan penipuan yg berlaku dalam penulisan sejarah tamadun manusia. Pasti saudara2 sering mndengar bahawa sejarah manusia ni konon2nya mempunyai zaman pra sejarah seperti zaman paleolitik, neolitik, mesolitik, dan zaman logam. Dan apa yg paling teruk kita dengar adalah sejarah manusia ini adalah bermula dari beruk sepertimana dakwaan yg dikemukakn oleh Darwin yg dikenali sbg teori Darwinism atau teori evolusi. Tapi yg sebenarnya, ada something yg diorg sembunyikan dan selewengkan daripada kita sebagai org awam. Ramai para evolusionis ( diorg3 yg percaya dunia ni xde Tuhan) mndakwa bahawa dunia ini terjadi dgn sendiri atau secara kebetulan. Dari dakwaan inilah diorg mengemukakan bahawa mnusia di dunia ini tercipta daripada makhluk2 lain yg berevolusi( berubah bntuk atau upgrade la kononnya). Contohnya kejadian manusia itu berasal dari beruk.

Para saintis evolusionis - dalam usaha mereka untuk menyokong proses evolusi yang dianggap bermula daripada sel tunggal kepada organisma berbilang sel, kemudian daripada beruk kepada manusia - bukan saja telah 'menulis' semula asal-usul manusia, bahkan juga 'mencipta' era khayalan seperti 'Zaman Orang Batu' dan 'Zaman Batu' untuk menjelaskan cara hidup 'Orang Primitif' ( org yg duk dalam gua). Evolusionis, yang percaya bahawa manusia dan beruk berasal daripada moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan dakwaan mereka. Untuk itu, mereka meneliti setiap batu, atau mata panah, atau mangkuk yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun, gambaran 'manusia beruk' duduk di dalam gua yang gelap sambil berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan Zaman Batu. Semuanya adalah pembohongan evolusionis semata2 untuk mengukuhkan dakwaan mereka.


Akan tetapi, golongan2 ini, tidak dapat mengemukakan bukti yg kukuh utk dakwaan mereka. Bahkan makin menemukan jalan2 yg membutukan mereka sahaja. Ketahuilah oleh mereka2, dakwaan yg korg bawa tu sebenarnya akan menjerumuskan mereka2 itu ke dalam dimensi mereka sendiri. Tidak lebih dari itu. Huhu.Tambahan pulak, dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan terbaru dalam bidang sains - terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi, mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa asalnya dari spesies yg lain berubah menjadi 'versi terbaru', telah dibuktikan salah.

Manusia juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban canggih sehingga hari ini. Maka, 'evolusi sejarah' juga tidak pernah terjadi. Manusia wujud di dunia ini bukan melalui evolusi, tetapi dengan penciptaan yang sempurna dari Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui yg bermula dgn penciptaan nabi Adam AS sepertimana kita sedia percaya. Allah itu adalah bersifat dengan Al MUSOWWIR yg mnciptakn manusia daripada tanah. Subhaanallah!! Maka jelas disana tiada peralihan zaman prasejarah sebenarnya bahkan manusia sejak dahulu kala lagi mempunyai masyarakat primitif dan ada juga masyarakat yg lebih maju ke hadapan. Akan tetapi malangnya, banyak gambaran khayalan2 ini dipaparkan di sekolah, surat khabar dan televisyen, kebanyakan orang menerima dakwaan ini tanpa soal dan membayangkan manusia dulu kala hidup dengan hanya menggunakan peralatan batu purba dan ketiadaan teknologi.

Ukiran batu ini, menurut para evlolusionalis, diukir hanya dengan menggunakan batu sahaja ( ketika zaman batu, Neolitik). Akan tetapi, pengukiran yg sebegitu mustahil untk dilakukan dengan hanya menggunakan proses geseran antara batu melainkan dgn menggunakan alatan yg lain seperti besi2. Oleh itu, para evolusionalis, tidak dapat mengemukakan penerangan yg jelas berkaitan terbentuknya ukiran sebegitu.


Akan tetapi gambaran sebenar muncul apabila penemuan arkeologi dan fakta-fakta saintifik dikaji. Kesan dan tinggalan yang ada sehingga kini seperti peralatan, jarum, serpihan seruling, barang2 perhiasan rumah dan hiasan peribadi menunjukkan bahawa dari segi budaya dan sosial bahawa manusia sememangnya telah menjalani kehidupan bertamadun sepanjang sejarah bukans seperti yg didakwa oleh golongan evolusionalis yg kononnya berevolusi dari peringkat ke suatu peringkat yg lain. Wallahu 'alam.

Sejarah Islam dipisahkan...???

Salaaamun alaikum. Alhamdulillah syukur kerna d beri peluang olehNya utk memasukkan entry pertama saya. Tajuknya "Dimana hilangnya sejarah Islam....". Saya pasti saudara skalian belajar dan tahu pasal sejarah dunia. Sejak dari sekolah menengah lagi kita di dedahkan dgn sejarah dunia , khususnya sejarah tanah melayu. Namun apa yg malang sekali, sejarah tentang islam amat2 lah di ketepikan oleh masyarakat kita. Apabila di tnya siapa yang menakluki Tanah Melayu, terus di jwab dengan confident bahwa British lah yg telah menjajah Tanah Melayu. Namun apabila ditanya siapakah yg memerangi empayar islam, siapa yg menjatuhkan empayar islam, siapa yg menakluki negara2 Islam pada suatu ketika dahulu, amat jarang kita mendengar jawapan yg tepat yg keluar dari mulut masyarakat kita. Amat ckit golongan yg ambil tahu tentang sejarah ketamaduanan Islam pada zaman sekarang ini. Allahu akbar..Kita tidak tahu mengenai sejarah Ketamadunan Islam itu seakan2 Islam itu tidak pernah berada di kemuncak, tidak pernah memayungi kerajaan dunia, tidak pernah menguasai pemerintahan dunia. Seolah2 suatu aliran sungai yg dahulunya amat cantik airnya, lalu ditimbus aliran itu sehingga tidak menampakkan sedikit pun kesan kewujudannya. Betapa musuh Islam itu sudah berjaya menutupi kesan sejarah ISLAM pada suatu tika dahulu. Islam Oh islam. Sejarah dunia Barat di utamakan, dan sejarah dunia Islam di pinggirkan. Amat licik perancangan musuh2 Islam dalam usaha menghancurkan Islam termasuk usaha menghapuskan sejarah Islam itu sendiri.



Pernahkah kita terfikir keadaan kerajaan Islam di saat bermulanya sejarah Tanah Melayu seawal kewujudannya sepertimana yg kita pelajari Tanah Melayu itu di asaskan oleh seorang saudagar dari Pelembang, Parameswara yg bermula di Melaka?? Pernahkah terlintas di benak kita sebesarmana kerajaan Islam pada ketika itu?? Semua ini di sembunyikan daripada kita agar kita kelak tidak ada rasa sayang terhadap agama kita yg mana ia pernah di suatu ketika dahulu berdiri teguh berlandaskan syariaat Islam. Pada ketika itu musuh2 Islam xbrani mencabar kerajaan Islam kerana meraka sedia mengetahui bahawa jika mereka berbuat demikian, maka kehancuran menunggu mereka. Akan tetapi, musuh2 Islam ini tidak pernah berhenti dalam usaha utk mnghancurkan kerajaan Islam. LAma kelamaan, zaman berganti zaman, mereka akhhirnya berjaya menemukan satu taktik utk merebahkan kerajaan Islam. MENJAJAH PEMIKIRAN UMAT ISLAM. Tidak lama selepas itu, umat islam semakin hari semakin longgar dgn pegangan mereka. Semakin kuat bergantung kepada hiburan dunia. Maka dari situlah kerajaan Islam kian lama kian lemah. Saban waktu berganjak, sedikit demi sedikit ianya menghilang. Sehinggalah pada awal abad ke 20an, tiada lagi nama kerajaan Islam yg tertegak. Tiada lagi panji2 Islam yg berkibaran secara megah di atas muka bumi. Kerajaaan Islam telahpun berjaya direbahkan. Tiada lansung kekuatan. Hanya mampu mengemis kemurahan hati musuh2 Islam yg kesumat dgn dendam dan benci. Nah, tengoklah keadaan umat Islam sekarang ini. Usah tengok pada masyarakat, diri kita pun sudah cukup untk mmbuktikan lemahnya umat Islam pada masa ini. Pada abad ini. Pada waktu ini. Nasib kita menjadi mangsa perjudian waktu. Ingatlah wahai saudara sekalian, juga diri ini, Islam tidak akan tertegak dgn hnya termeterainya perjanjian2 damai kosong. Tidak akan tertegak tnpa keutuhan fikiran kita. Selagimana fikiran kita di kuasai oleh musuh3 Islam, selagi itulah kita berada di bawah pijakan mereka kerana kita sedang di belenggu dengan rantai2 jerangkap mereka. Walaupun kita tidak sedari tentang hal ini, namun inilah satu malapetaka buat umat ISlam pada masa ini
.

Kita telah pun sedia maklum bahawa kesan pengetahuan sejarah itu amat mendalam kepada umat manusia. Sejarah itulah yg mengajar kita mengenal asal usul kita, yg membuka jalan kepada kita untuk mengetahui perkembangan perjalanan sesebuah kerajaan amnya. Pernahkah kita terfikir pada suatu saat dahulu ketika berlakunya Perang Dunia Ke2, ketika tentera Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu, bahawa mereka ( tentera Jepun) cuba mengubah nama Singapura kepada Syonan. Pernahkah kita terfikir kenapa mereka berbuat demikian.? Amat mudah jwapannya iaitu kerana ingin menghapuskan indentiti negara itu. Apabila identiti sudahpun hilang, maka tiada sebab lagi untuk rakyatnya mencintai negara mereka yg dahulu kerana mereka sudahpun memiliki sebuah negara baru di atas timbunan negara mereka yg asal. Mereka dikaburi dengan rancangan jahat musuh2 mereka. Itulah salah satu perancangan musuh3 Islam yg tidak pernah serik dalam merancang dan berfikir untuk melenyapkan agama Islam dari muka bumi ini. Sebagaimana Firman Allah dalam surah Al Baqarah yg mafhumnya:

"....dan tidak akan sekali2 yahudi dan nasrani itu redha(senang hati) terhadapmu ( agama kamu, Islam) sehinggalah kamu mengikuti ajaran mereka.."

Jadi sekian sahaja utk post kali ini. Dan Insya Allah, dalam post yg akan datang, saya akan kongsikan post yg berkaitan dgn sejarah ketamadunan Islam. Kita jumpa di post yg akan datang plak yer.. insya Allah.. trima kasih utk bacaan. Jika ada kesilapan, harap dimaafkan. Moga2 segala apa yg saya terbitkan utk post kali ini memberi manfaat kpd kita smua insya Allah. =)
wsalam

August 24, 2010

mulanya sebuah perjalanan..

Salam perawalan,

Alhamdulillah syukur setinggi awan hendaknya sama2 kita panjatkan ke hadrat yg Agung, Allah swt. Untuk mmbuka tirai kehidupan di dalam dunia pulisan blog ini, ingin sekali saya tampilkan suatu bikisan di sini untuk saudara2 sekalian sebagai satu perkongsian untuk kebaikan kita semua hendaknya, insya Allah. JAdi first of all, kata ahli falsafah, setiap yg wujud itu pasti ada pemulanya, melainkan zat yg Agung, baginya tiada permulaan. Kehidupan kita pon ada permulaan dan ada pengakhranya. MAka setiap kewujudan yang baik itu mestilah bercambah daripada benih yang baik. Sabda Rasululullah SAW, .."setiap perbuatan itu mestilah bertemankan niat...". Hmm, secara mudahnya, niat itulah yg akan memandu kita kelak samada utk menuju k arah simpang kanan atau simpang kiri. Simpang kanan itu adalah kesejahteraan dan yg kiri itu adalah kekusutan.





Jika di ambil satu contoh yang simple, misalnya berkaitan dengan perbuatan seharian kita seperti berjalan. Adakah saudara berjalan itu tanpa arah tuju??? Jika di tanya seseorang itu ke mana arah tujunya, lalu dia menjawab "entah", maka apa tanggapan saudara terhadap orang itu ya?? Dengan itu, memang x masuk akal jika kita buat sesuatu perkara itu tnpa niat atau bahasa modennya matlamat yang di tuju. Begitu juga sepertimana kisah penciptaan manusia pertama di dunia, Nabi Adam AS. Jika kita imbau kembali sejarah ketamudanan manusia pertama itu, apa yang kita perolehi? Apakah manusia pertama itu di ciptakan semata utk mencuba2?? BAhkan tidak. Allah SWt menciptakan Adam AS sebagai makhluk manusia pertama adalah semata2 utk taat kepadanya. Jelas di sana bahawa tujuan atau niat atau matlamat itu adalah xdapat d pisahkan daripada setiap perkara.



Jadi di sini, ingin saya ketengahkan bahawa niat itu amat penting dalam memandu kita dalam apa jua perbuatan. Maka hiasilah niat kita dengan permata2 agama supaya kelak kita beroleh kebaikan. Dalam post kali ini, saya benar2 berharap moga2 penulisan blog saya ini memberikan suatu kebaikan kepada kita, lebih2 lagi kepada agama yang kita support dan dokong bersama2 ini. Ingatlah wahai saudara2 sekalian, Allah itu bersifat dgn maha Lemah lembut dan Bengis. Jika kita tidak melanggari apa yg telah di gariskan, maka Allah itu Maha lemah lembut, tapi ingat, jika kita melanggarinya, takutlah bahwa Allah itu Maha Bengis.


Akhir kalam, mohon kemaafan jika disana ada kedapatan suatu bahasa x mnyenangkan hati kalian semua. Juga mohon segala tunjuk ajar dalam melalui jalan yg di lalui. Sebarang kekurangan harap di perbetulkan dan segala yg ada itu harap sama2 di manfaatkan seadanya. Akhir sekali, hayatilah serangkap pantun...

"..Suramnya cahaya sang api langit angkasa,
muram si bumi mengeluh kesayuan,
sekiranya hamba menuturkan binasa,
harap besi walau kukuh di patahkan.."



Wassalam. Sekian untuk kali ini.