June 01, 2013

Kenapa bermurah-murahan?

Bismillah.

Wahai wanita, kenapa bermurah murahan?

Sebelum datangnya Islam, nasib kaum wanita amatlah dipandang rendah dan hina. Kaum mushrikin Quraisy pada ketika itu sanggup membunuh anak2 perempuan yg baru lahir. kerana apa? pada tanggapan mereka, bayi perempuan akan membawa nasib kurang baik, tidak membawa tuah kata mereka. Hanya kaum lelaki sahaja punya tuah buat keluarga.

Maka, tika itu kaum wanita sentiasa diselubungi rasa tidak enak dan takut. Anak2 di dalam kandungan menjadi satu fobia buat mereka. Jika anak lelaki, maka itu adalah sebesar2 tuah. Jika sebaliknya, maka ia adalah sebesar malapetaka. Bunuh adalah pengakhiran!
Namun apabila datangnya Islam, seakan keadaan yg gelap gelita buat kaum wanita pada tika itu menjadi terang benderang disimbah cahaya. Islam datang mengangkat nilai wanita. Dari serendah2 darjat, sehingga setinggi2 tingkat diangkat mereka. Betapa Islam itu amat menghargai nilai seorang wanita yg sebelum itu langsung tidak punya nilai di sisi masyarakat mereka. Melainkan nilai 'nafsu binatang'. Kehadiran mereka hanya untuk melegakan nafsu lelaki mushrikin pada masa itu. Hanya sekadar itu. Tidak lebih.

Lalu, setelah hampir berabad lamanya Islam menaungi takhta dunia, kaum wanita cukup dibela dan dijaga rapi. Dijaga harga mereka dengan setinggi mungkin. Sangat tinggi harga mereka. Aurat mereka dijaga rapi. Hak mereka sentiasa terbela. itulah rahmat yang dibawa Islam, yg telah disebarkan oleh Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda)

Lalu, zaman bergantian. Empayar demi empayar bertukar ganti. Islam kadang2 naik, kadang2 turun. 'Penjaga' maruah wanita mula goyah dan lemah disebabkan umat Islam makin menjauhi cahaya itu. Akibatnya, nilai wanita mulai susut. Harga mereka kian menurun. Sudah tidak terjaga seperti dahulu. Mereka sudah mula menjadi 'tatapan' umum. Bukan lagi di 'first class', yg cukup dijaga privasinya.
Maka harga wanita mula hilang kembali. Akan tetapi tidak sama dengan jahiliyyah dahulu. Dulu mereka 'dilelong'. Sekarang ini mereka sendiri yg 'menawarkan' harga terendah. Siap buka harga promosi lagi. Buka sana, buka sini.  Mereka lupa nilai mereka yg cukup2 mahal.

Islam datang menyuruh kaun wanita untuk menutup aurat mereka. Tiada sebab lain. Hanya untuk menjaga maruah mereka. Tiada sebab lain melainkan untuk melindungi hak2 mereka. Allah yg menciptakan mereka
dengan serba kecantikan, maka Allah jugalah yang menyuruh mereka menjaga kecantikan mereka itu.

Lalu, kenapa bermurah-murahan, wahai wanita?

Sedarlah wanita. Dirimu cukup berharga, cukup tinggi nilaimu. Tidak perlu risau. Tidak perlu gundah akan 'lelakimu' nanti. Akan ada mereka yg datang membelimu dengan harga yg cukup tinggi. Tidak akan susut nilaimu jika auratmu dijaga sepenuh rasa penghargaan. Percayalah.

Tidak akan. 















Hargailah dirimu. Kerana dirimu cukup berharga. <3 br="">