August 10, 2013

Lebaran 2013



Salam sejahtera dan salam Syawal yang mulia.

First, syukur kepada Allah yang memberikan peluang kepada kita untuk berada di mulia yang mulia ini. Bulan Syawal yang penuh dengan makna dan erti. 

Selamat hari raya diucapkan kepada semua masyarakat muslim di dunia. Terutamanya ahli keluarga di Malaysia, abah, umi, izzat, abrar, fatimah, ilyana dan husna <3 br="">

Sedih~

Tahun ni, tidak berpeluang untuk menyambut syawal bersama keluarga di atas beberapa masalah yg dihadapi. Apapun syukur kerana masih boleh beraya, walaupun tidak di samping keluarga yang dicinta.=(

Moga umi abah di kampung, gembira dengan raya kali ini, walaupun dua org putera mereka tidak dapat berada di sisi saat takbir gema raya dilaungkan. Sungguh, aku ingin mengucup kedua2 dahi mereka. Sungguh rindu dengan mereka. Moga Allah membalas rasa rindu ini. =(

Raya Di Mesir~

Gambar di tepi pantai Alexandria, mesir. Raya kedua. 2013.
Raya di tanah orang ini memang jauh berbeza dengan tanah sendiri. Budaya di sini memang jauh sekali jika nak dibandingkan dengan tanah melayu. Takbir mereka pun sudah ‘lain’. Mereka lebih keras dan semangat. Memang tiada langsung rasa syahdu lebaran seperti di Malaysia sana. Tapi, ala kulli hal, ALHAMDULILLAH. =)

Tahun ni, raya memang tidak dapat diraikan sepenuhnya. Allah berikan sedikit ujian. Terpaksa untuk reseat paper untuk exam final. Memadangkan exam hanya tinggal bebrapa hari sahaja lagi, terpaksa lah melayan  buku2 di rumah.=) Doakan saya ya!~

Tarikh 20 Ogos~

Tarikh ini memang penuh dengan makna buat saya. cuba teka tarikh apa? Pada tarikh inilah saya dilahirkan oleh ummi tercinta. 22 tahun yang lalu. Dan pada tarikh ini jugak, saya akan menduduki exam pathology.  Moga-moga tarikh ini menjadi tarikh istimewa buat saya dan seluruh saudara2 muslim yang lain. =)

Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL AAidin WAL FAAIZIN daripada saya kepada sahabat2 semua. =)

June 01, 2013

Kenapa bermurah-murahan?

Bismillah.

Wahai wanita, kenapa bermurah murahan?

Sebelum datangnya Islam, nasib kaum wanita amatlah dipandang rendah dan hina. Kaum mushrikin Quraisy pada ketika itu sanggup membunuh anak2 perempuan yg baru lahir. kerana apa? pada tanggapan mereka, bayi perempuan akan membawa nasib kurang baik, tidak membawa tuah kata mereka. Hanya kaum lelaki sahaja punya tuah buat keluarga.

Maka, tika itu kaum wanita sentiasa diselubungi rasa tidak enak dan takut. Anak2 di dalam kandungan menjadi satu fobia buat mereka. Jika anak lelaki, maka itu adalah sebesar2 tuah. Jika sebaliknya, maka ia adalah sebesar malapetaka. Bunuh adalah pengakhiran!
Namun apabila datangnya Islam, seakan keadaan yg gelap gelita buat kaum wanita pada tika itu menjadi terang benderang disimbah cahaya. Islam datang mengangkat nilai wanita. Dari serendah2 darjat, sehingga setinggi2 tingkat diangkat mereka. Betapa Islam itu amat menghargai nilai seorang wanita yg sebelum itu langsung tidak punya nilai di sisi masyarakat mereka. Melainkan nilai 'nafsu binatang'. Kehadiran mereka hanya untuk melegakan nafsu lelaki mushrikin pada masa itu. Hanya sekadar itu. Tidak lebih.

Lalu, setelah hampir berabad lamanya Islam menaungi takhta dunia, kaum wanita cukup dibela dan dijaga rapi. Dijaga harga mereka dengan setinggi mungkin. Sangat tinggi harga mereka. Aurat mereka dijaga rapi. Hak mereka sentiasa terbela. itulah rahmat yang dibawa Islam, yg telah disebarkan oleh Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda)

Lalu, zaman bergantian. Empayar demi empayar bertukar ganti. Islam kadang2 naik, kadang2 turun. 'Penjaga' maruah wanita mula goyah dan lemah disebabkan umat Islam makin menjauhi cahaya itu. Akibatnya, nilai wanita mulai susut. Harga mereka kian menurun. Sudah tidak terjaga seperti dahulu. Mereka sudah mula menjadi 'tatapan' umum. Bukan lagi di 'first class', yg cukup dijaga privasinya.
Maka harga wanita mula hilang kembali. Akan tetapi tidak sama dengan jahiliyyah dahulu. Dulu mereka 'dilelong'. Sekarang ini mereka sendiri yg 'menawarkan' harga terendah. Siap buka harga promosi lagi. Buka sana, buka sini.  Mereka lupa nilai mereka yg cukup2 mahal.

Islam datang menyuruh kaun wanita untuk menutup aurat mereka. Tiada sebab lain. Hanya untuk menjaga maruah mereka. Tiada sebab lain melainkan untuk melindungi hak2 mereka. Allah yg menciptakan mereka
dengan serba kecantikan, maka Allah jugalah yang menyuruh mereka menjaga kecantikan mereka itu.

Lalu, kenapa bermurah-murahan, wahai wanita?

Sedarlah wanita. Dirimu cukup berharga, cukup tinggi nilaimu. Tidak perlu risau. Tidak perlu gundah akan 'lelakimu' nanti. Akan ada mereka yg datang membelimu dengan harga yg cukup tinggi. Tidak akan susut nilaimu jika auratmu dijaga sepenuh rasa penghargaan. Percayalah.

Tidak akan. 















Hargailah dirimu. Kerana dirimu cukup berharga. <3 br="">

March 06, 2013

itulah INSAN.

Bismillah.

Dengan nama sang Pencipta yang menciptakan segala yang ada, seagung nama yang dipuja dan dipuji. Dialah Allah.

Sekadar mencoretkan sedikit cetusan hati, nah, satu puisi dari saya.=)

Ianya berkisar tentang satu kejadian yang unik.






















Manusia...

maka bergema sebenar firman,
manusia itu sekejam jadian,

kala galak-liar membaham,
buasnya persis kebinatangan
tiada lagi erti syahdu insan.

benarlah sudah suatu firman,
sebaik jadian-itulah insan,
selembut bayu, seharum hembusan,
maka insan itu mudahnya ampun,
segala apa kebaikan-
selebar langit dihulurkan,
sedalam laut dicarikan.

itulah sesempurna kejadian tuhan,
tidak seperti malaikat yang
hanya tunduk pada pesan,
tidak juga Iblis- angkuh melawan.
itulah secantik kejadian.
Diseru sebagai INSAN.


6/3/2013
Rabu 2.39 Ptg
kamar petang.





February 17, 2013

Senja nan hening



Di kala senja mula
sedar ke alam jaga,
laut mula hitam pekat,
langit pula merah tembaga,
di situ nampak kuasa Pencipta.

Maka sayup di langit sana
gema suara manusia,
memuji Tuhan, Pencipta
menyeru nama Allah- Maha BesarNya.

Maka dengan nama sehebat nama,
bergegar langit yang kian
tenggelam dalam dakapan,
awan gelap hitam.

itulah hebat Pencipta,
maha kaya dengan segenap puji,
mencipta mentadbir dengan sehalus cinta.
Dialah Allah yang maha esa.

philos Sophia.
5.58 PM,
kamar beradu,
16/2/2013
Sabtu.