March 16, 2011

hikayat Sang Alam,,,



Kala subuh berhias di ufuk pagi,
sekalian fauna bermadah pujian,
seanggun ciptaan flora menghampari alam,
mentasbih cantiknya Yg menciptakan.

siulan bayu pagi,
mendayu2 membisik, berhikayat
sungguhnya Sang Alam sudah jaga,
kala jaganya bukan dek mimpi
melainkan atas daulat Raja

jaganya Sang Alam, bertemankan
umat dipanggil insan,
sejak berabad sudah menghuni,
mengheret janji maha kudus
ke hujung muara yg berkabus.

Nun di belakang yg kelam,
jika ditoleh menjejak silam,
telah terlakar sebuah hikayat
janji setia setiap nyawa, taat
tunduk kotakan janji yg terungkap.

Hari ini Sang Alam kembali jaga,
dahagakan tasik perjanjian tua
meninjau, kalaulah ada yg masih tersisa,
moga terbasah jua kehausan silam.

wahai umat pengheret janji,
sungguhmu lincah menghambat dunia,
pantasmu  bertatih membilang langkah,
sedarlah,
kelak jua akan rebah, menyembah
hina di kaki Khaliq.

Sebelum Sang Alam pulang
ke kamar menyambung hayat,
riwayatmu kekal mengalir,
menyoroti janji yg telah engkau alurkan,
sebelum menjengah indahnya dunia.

Bukan niat diungkit,
hanya untuk membangkit
sebuah cerita Sang Alam,
dilewati janji kudus,

kala nyawa di hening syurga.

Sekali lagi alam terjaga,
hausnya sejak berzaman
tak akan menyurut, menagih
selaut kejujuran yg kudus,
selagi manusia tiada lurus.


itulah hikayat Sang Alam



p/s: Harap maaf ye, "karya" saye ni xikut format,,juz nk try2..hehe,,apa2 komen dialu-alukan yer,,,dan mintak maaf bebanyak klau xdpt memahamkan kalian semua=P

March 11, 2011

Runtuhnya akhlak, runtuhlah segalanya...

salam sejahtera sekalian kepada sahabat yg dirahmati=).

Alhamdulillah. Tidak jemu lidah ini untuk menuturkannya buat sekian kalinya. Sememangnya ungkapan suci ini sudah menyinggah di bumi seawal usia penciptaannya. Sekalian makhluk tidak jemu bertahmid kepada tuhan yg menciptakan mereka. Ucapan inilah yg diucapkan setelah 'bangkit'nya satu ciptaan yg bernama Adam sewaktu ketika dahulu. Dan sehingga kini dan sampailah tibanya saat yg "diyakini tiba", ungkapan ini tidak akan pernah menyepi dari langit bumi ini. Jika tidak, maka 'saat' itu telah pun menjengah dunia.

Alhamdulillah...


Sebenarnya tiada apa yg ingin saya bawakan untuk ruangan kali ini. Cuma mungkin kedapatan sesuatu "cebisan" yg boleh kita kongsikan bersama untuk renungan dan muhasabah diri kita, insya Allah.

Pada malam itu, ia berlaku ketika saya bersama para jemaah ingin mengadakan majlis bacaan yasin beramai2. Seorang lelaki melemparkan kepada saya satu naskhah kecil. Lantas saya menyambut baik 'lemparan' itu. Selepas itu, saya membelek-belek naskhah itu. Mata saya terpandang suatu bait2 kalimah yg tersusun. Ya. Saya mengenali susunan 'bait' itu. Ia adalah susunan kalimah2 suci. Ternyata ia adalah sebuah naskhah yg mengandungi ayat2 Al Quran. Surah Yaasin. Hati saya ketika itu dapat merasakan satu sentakan yg hebat. Hati saya berbaur3. Marah, terkejut, bahkan terkedu. Saya istighfar berulang kali. Pada masa itu, hati saya memang berduka, sedih. Sedih apabila ayat2 suci yg dahulunya diturunkan dari Luh Mahfuz kepada Rasulullah, sudah tidak dihormati lagi, bahkan jauh sekali untuk dijulang dalam hidup. Ingin saja saya bertanyakan lelaki itu tentang perbuatannya itu. Adakah 'benda' yg pak cik lemparkan itu adalah majalah Mangga? Tapi, saya pendamkn saja hasrat itu. Sungguh berat soalan itu untuk dihamburkan dari lidah saya. Lalu saya hanya beristighfar panjang jauh di lubuk hati.  Moga Allah mengampunkan dosa kami.

Daripada petikan cerita di atas, mungkin kita sedia mengetahui bahawa akhlak di kalangan umat Islam pada ketika ini sudah sampai ke tahap "nyawa2 ikan" bahkan mungkin ada yg sudah mati. Nauzubilllah kita berlindung. Akan tetapi, itulah hakikatnya umat Islam pada masa ini, abad ke 21. Itu adalah secebis daripada "kebiadaban" yg berlaku buat saat ini. Biadab terhadap terhadap ayat2 Allah. Baik dari segi muamalah dengan manusia sendiri lebih2 lagi dengan Tuhan sekalian alam. Rabbul Jalil. Jika Allah sudah lagi dihormati, maka siapakah lagi harus kita harus lebih berakhlak? Padahal Dia lah 'segala-galanya' buat kita sebagai makhluk. Lebih tepat sebagai hamba sehaya. ASTAGHFIRULAH. Sudah tidak ada perasan takut kepada Allah, jauh sekali malu terhadapnya.

JIka sudah tiada akhlak, maka lawannya biadab. Mudah sahaja petuanya. Jika kita bicarakan soal adab ataupun akhlak ini, banyak furu'(section2) yg akan kita temui. Baik akhlak dari segi ibadat, muamalat, soal berpakaian, bersahabat dan segala rutin harian kita tidak akan terlepas daripada 'dipakaikan' dengan akhlak(akan dibincangkan dalam post yg lain). Sememangnya akhlak adalah penyeri kepada setiap sesuatu yg berkaitan dengan manusia. Penyeri kepada tingkah laku kita adalah akhlak. Penyeri kepada fizikal kita juga adalah pakaian yg bercorakkan akhlak. Mahupun insan yg diberi nama lelaki dan wanita, juga akan diserikan dengan akhlak. Jika kita bandingkan dengan hal semasa di sekeliling kita, akhlak ini seakanlah accesories pelengkap. JIka kereta misalnya, segala yg menhiasnya itu adalah "akhlak"nya, seperti warnaya yg memikat, designnya, serta accesories tambahan padanya. Begitu juga manusia. Perlu ada yg melengkapkannya dengan "accesories" yg akan menjadikannya lebih cantik, anggun dan "styler".

Akhlak ini ada tunjangnya. Seperti basement yg ada pada setiap bangunan yg gah terpacak. Tanpa basement itu, bangunan itu tidak akan dapat berdiri mendongak langit. Begitu juga akhlak kita. Perlu ada yg menjadi basementnya. Dan basementnya itu adalah Iman kita kepada Allah. Sekuat mana basement itu akan menjadi ukuran kepada kuatnya akhlak kita. JIka longgar basement itu, maka rapuhlah akhlak kita. Kata orang, akhlak ini juga seperti cerminan iman kita. Yakni jika baik iman kita di dalam, maka eloklah akhlak kita di luar. Akan tetapi ada juga yg memberi 'alasan' bahawa yg elok akhlaknya itu tidak semestinya baik di dalam. Dan yg buruk di dalamnya tidak semestinya buruk di luar. Macam topenglah kata mereka. Hmm. Sememangnya itu adalah menyalahi hukum. Akan tetapi mmg ada kebenaran disebalik semua perkara. YA! Memang tidak dinafikan itu. Akan tetapi sebagai menunaikan tuntutan ISLAM, maka seharusnya kita menilai segala sesuatu perkara itu dari aspek positif, bukannya mengambil yg negatif  untuk dijadikannya sebagai dalil ataupun hujah kita lantaran ada terselit di hati kita untuk 'berpihak' kepada golongan yg tidak berakhlak itu. Yang lebih menyedihkan hati, alasan2 yg sedemikian seringkali melewati sepasang telinga kita, biarpun satu tuntutan yg lebih besar telahpun mereka belakangi. Suruhan Allah supaya menutup aurat. Bukanlah masalah baik buruk luaran atau dalaman mahupun masalah 'penyamaran akhlak' yg lebih utama. Bukan masalah "buah yg buruk di dalam". Akan tetapi yg perlu dibesarkan dan dirunsingkan adalah ia adalah perintah Allah. Perintah Allah agar menjaga aurat. Perintah Allah untuk menitik beratkan masalah aurat, bukan mengambil ringan. Kerana aurat itulah penyebab kepada sebahagian besar 'permasalahan akhlak' yg lain.

Sememangnya si Iblis sudah berjanji untuk menghasut manusia sampailah ke lubang jarum sekalipun. Sekecil2 perkara dan seremeh2 perkara. Jika masih ada ruang untuk mencelah, maka ia akan menggunakan peluang itu. Memang kita tidak nafikan bahawa adanya ulat di dalam buah yg dari luarnya nampak baik. Ulat itu sebenarnya hati kita yg memihak kepada batil. Dan hanya dengan taubat dan zikrullah dapat menyingkirkannya keluar dari  tubuh kita. Apa yg penting di sini adalah keadaan yg di dalam itu, iman. Akan tetapi tidak bermakna bahawa tidak perlu dipakaikan dengan nilai akhlak kerana ia adalah kunci kepada rahmat Allah. TIdak akan pernah lengkap iman itu tanpa adanya akhlak. Sama seperti rumah yg tiada atap.

 Akhlak ini dengan kata lainnya adalah pelengkap ataupun accesories tambahan yg akan melengkapkn iman seseorang. Sebagai perumpamaan, kita berhasrat untuk membeli buah-buahan yg lazat dan segar. Lalu kita lalu di kawasan yg mana di sana ada 2 buah kedai buahan yg besar. Yang satunya, kedai A, menjual buah-buahan yg elok dan kelihatan 'fresh' dan sebuah kedai lagi, kedai B, menjual buah-buahan yg sudah nampak buruk dan lama. Maka untuk menarik minat pelanggannya, tuan yg menjaga kedai B itu melaung2 mengatakan bahawa buahnya adalah yg terbaik. Dia mengatakan bahawa keadaan luarnya sahaja yg kelihatan buruk dan lama sebegitu, namun isinya di dalam semua baik2 belaka. Satu soalan untuk sahabat2 sekalian, adakah kedai B itu akan kita kunjungi setelah tuannya itu memberitahu sedemikian? Ataupun kedai A yg akan kita kunjungi disebabkan kita melihat buah2 di sana lebih elok dan segar walaupun tuanya tidak memberitahu apa2 kepada kita tentang buahnya?Semestinya, secara adat, kita akan memilih kedai A untuk dijadikan destinasi.

Nah, begitu juga akhlak. Ia adalah pelengkap dan bukti kepada moleknya "isi" kita. Walaupun "isi" kita itu tidaklah sebaik yg disangka. Akan tetapi sekurang2nya kita meyakinkan masyarakat bahawa kita ini adalah baik. Akan tetapi bukan untuk mengambil kesempatan yg ada. Oleh sebab itu, iman dan takwa kita yg akan menjaga kita dari melakukan hal2 yg sedemikian. Ingatlah bahawa apa yg kita cuba tampilkan adalah semata2 kerna Allah, tiada yg  terselit untuk makhluk. Allah adalah kekasih kita yg ingin kita tunjukkan padaNya keikhlasan cinta kita terhadapNya.

Akhlak ini tidak dapat kita pisahkan daripada kehidupan yg sedang kita jalani ketika ini. JIka kita berhadapan dengan manusia, maka akhlaklah yg menjadi pengikat dan penyubur kasih sayang. Dan jika kita berseorangan pula, kita sebenarnya berhadapan dengan Allah, maka akhlak itulah yg menjadi siraman yg akan mengukuhkan tautan cinta kita kepada Allah, sang Pencipta. Jika kebiasaan, ungkapan yg seringkali kita dengari adalah "tak kenal maka tak cinta", akan tetapi pada kali ini kita susun kalimah baru, "tiada akhlak maka tiada cinta..".Hehe.

Banyak yg masih perlu kita dalami soal akhlak ini. Akhlak ini bukan soal local problem, sebaliknya adalah universal problem yg sedang dialami oleh umat Islam pada saat ini khususnya, dan masyarakat manusia amnya. Tanpa akhlak, runtuhlah tamadun manusia. Memang sudah tercatat di suratan2 sejarah lampau, setiap tamadun yg musnah itu, semuanya adalah berpunca runtuhnya akhlak dan melanggar syariat Allah. Yang lebih jelas adalah tamadun yg di asaskan oleh umat Islam sendiri. Runtuh dalam debu2 dosa dan kemaksiatan. Apabila runtuhnya akhlak, maka runtuhlah ketamadunan.

Apa yg penting?!!! Jaga AKHLAK!!