February 19, 2011

apa bezanya kita, Yamin?

“Apa yg membuatkan kau lebih hebat dariku?”
Seringkali soalan seperti itu mnyinggah benakku. Namun apabila datangnya soalan itu, aku lansung membiarknnya.  Biar surut pergi dalam lamunanku. Tidak payah untuk mengelaknya. Hanya pastikan mukanya tidak terbit dalam fikiran.

“Kau ni memang pengecutlah, mengaku sajalah!”itu pula jawabnya jika aku berpaling darinya. Huh!
Namun, itu semua mustahil bagiku. Setiap hari aku menatap wajahnya. Aku tidak dapat lari dari itu. Masakan ingin melupakannya jika setiap masa bertentangan muka. Aaah! “lupakanlah saja hasratmu itu, Syimal.”

Aku kalah dengan sindiran itu.

Memang aku akur dengan kehebatan Yamin. Kebanyakan orang sering mnyebut namanya. Taklah macam aku ni. Disisihkan. Aku tahu itu semua. Tapi apa yg menyebabkan aku memang jauh berbeza dari Yamin. Dari paras kami berdua, memang tidaklah ketara sangat. Aku tetap cantik. Tidak ada cacat cela yang membezakan aku dengan Yamin. Memang pedih hatiku jika bertanyakan soal itu. Tiada siapa yg memahamiku. Aku kecewa . Sungguh kecewa sekali.

Tetapi, bila teringatkan satu peristiwa dulu semasa aku sedang bermain, aku sempat melukai si Yamin tu. Tidak semena hatiku puas kerana dapat melakukan itu. Rasa tidak puas hatiku reda sedikit. Alangkah riangnya hatiku jika peristiwa itu berulang kembali.

Namun peristiwa itu masih tidak cukup bagiku. Segala pujian dan kebangggaan terhadap Yamin sering menyaitkan telingaku.Aku masih ingat saat kecilku dahulu. Guru kami sering berpesan agar sentiasa mendahulukan Yamin. Dari kecil sehinggalah sekarang, nama Yamin memang tidak sepi disebut. Bahkan seakan diratib pula. Jauh sekali namaku untuk didengar dari bibir2 orang banyak. Lainlah jika dikaitkan dengan perkara2 yang tidak baik, maka nama Syimallah yg disebut2. Apakah adil nasibku sebegini.
Orang selalu berbisik2 kelebihan Yamin. Katanya Yamin tu pilihan Allah lah, nabi yg mengutamakanlah, macam2 perkara yg sedap didengar telinga, semuanya dikaitkan dengan nama Yamin.

“kenapalah aku ni dicipta?Apakah perlu aku diciptakan?”.

“astaghfirullahal azimm, bagaimana boleh engkau mengatakan sedemikian rupa terhadap penciptamu wahai Syimal?”.

Aku terdiam. Ya. Aku sedar bahawa ungkapanku itu berlebihan. Seakan mahu mencabar hikmah Tuhanku pula. Astaghfirullah.

Ya. Aku masih waras. Semestinya pasti ada hikmah di sebalik penciptaanku ini. Cuma aku yg tidak menyedari hakikat sebenarnya sahaja. Malangnya nasibku. Kesian si Yamin. Kenapalah aku asyik menyalahkannya saja.

Walaupun si Yamin itu mempunyai nama yg baik disisi orang banyak, namun aku tidak boleh menyalahkannya disebabkan kehebatan dan kelebihannya itu. Memang nabi sendiri yg menegah agar jangan sesekali berhasad dengki dengan orang lain. Aah! Betapa jahilnya aku ini. Memang patut orang memuji si Yamin itu. Walaupun aku pernah melukainya sebeluj ini, dia tidak pernah berdendam kepadaku.
“Syimal, kau tidak boleh terus begini. Sampai bila engkau terus saja hendak menyalahkan orang lain disebabkan kelemahan yg ada padamu itu?”.

“Jika engkau terus begini mal, lebih sampai bila pun tidak ada orang yang akan membelamu. Sampai bila2..”
Aku merengus akur. Memang itu yg sebenarnya. Tidak akan ada peluang bagiku jika aku masih terus begini. Aku harus bangkit dari kekuranagan dan kelemahan ini. Jika si Yamin itu boleh, kenapa aku tidak boleh?

“Apa bezanya aku dengan si Yamin tu?”.

“Memang tidak ada.”,bisikku dari dalam.

Ya. Aku pernah mendengar  alunan ayat2 suci yg menerangkan pasal ini.

“sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehinggalah mereka sendiri yg mengubahnya…”.
Ya. Jika si Yamin itu boleh menulis, maka kenapa aku tidak. Jika si Yamin itu boleh bermain, masakan aku tidak boleh. Jika si Yamin itu kuat, kenapa aku harus lemah dan jika si Yamin itu mempunyai kelebihan, bagaimana pula aku tidak.

“semua jawapan itu, engkau sedia mengetahui , duhai Syimal!”.

“Benar! Engkau sedia mengetahui perkara itu. Cuma engkau sahaja yg tidak menyedarinya.”
Aku sedia mengetahui kelebihan yg ada padamu. Dari dulu lagi orang banyak serng menyebutnya. Kata mereka, engkau ni mempunyai pelbagai fadhilat. Allah pun lebih sukakanmu, malah seringkali diceritakan namamu dalam alunan ayat2 suci. Rasulullah pun lebih menyarankan sahabat2 baginda untuk mengutamakanmu. Ya. Aku memang akur. Memang benar.

Tapi walaupun demikian, ada juga orang yang masih membelaku. Kata mereka, aku ni terselamat dari melakukan perkara2 yg tidak baik kerana aku ni jarang digunakan. Itu saja yg pernah aku dengar tentangku dalam bentuk “pujian”.:)Setidaknya, tanpaku, mgkn engkau tidak dapat hidup dgn baik, Yamin. Apapun, kau tetap hebat.

“Kerana itu aku ingin menjadi sepertimu, duhai Yamin..”.