August 28, 2012

Solat dan hidup kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setelah sekian lamanya laman ini tidak berusik, akhirnya dapatlah juga kita menulis dan mencoretkan serba sedikit idea yg terpendam.=)

Moga2 masa yg kita curahkan, elektrik yg kita gunakan, nikmat mata dan akal yg kita nikmati untuk singgah di laman saya ini, mendapat bonus pahala per second hendaknya^^. Insya Allah.

Pernahkan kita terfikir, 'kenapalah manusia yg mengaku 'beriman' dengan Allah ni, yg melakukan solat, puasa n sbgnya, buat maksiat?'. Sedangkan diorang sembahyang je, puasa penuh pulak tu. Tapi, apabila berada diluar 'rangkaian' ibadah2 itu, mereka secara 360 degree berubah. Mereka sudah tidak lagi patuh kepada Allah sebagaimana mereka patuh ketika mereka berada dalam 'rangkaian' ibadah mereka. Maka lahirlah satu golongan yg solat tapi mengumpat, solat tapi mencuri, solat tapi menipu, solat tapi dan tapi...

Mungkin kita terfikir lagi,' Allah yg mereka sembah/taat masa sembahyang tu, berbeza ke dengan Allah masa mereka di luar solat mereka?'.

Jawapannya mesti dan semestinya tak, kan?

Tapi kenapa?

Bukankah Allah dah sebutkan di dalam kitabnya yang mulia

"sesungguhnya solat itu akan menegah seseorang itu daripada melakukan perkara keji dan mungkar" -mafhum ayat. Sila rujuk surah Al Ankabut(surah labah2/spider) ayat 45.

Jadi, apakah firman Allah itu tidak benar?

Jelas sekali tidak. Tidak ada kata2 atau keterangan yang amat2 tepat dan benar melainkan Al Quran yg suci dari segala kesilapan. Kerana ia turun dari Allah, yg mencipta seluruh isi alam. Allah lah yang benar.

Maka, dimana silapnya?

Tidak lain dan tidak bukan, silapnya dari hati pensolat itu. Cek balik hatinya. Cek balik ilmunya.
Kerana Islam yg diturunkan oleh Allah melalui rasulnya, mendidiknya umatnya bahawa setiap perbuatan yang terpancar dari diri seseorang itu, berpunca dari lubuk hatinya. Disebabkan itulah perkara yang mula2 diutamakan pada diri seorang muslim itu adalah hatinya yakni imannya. Jika molek imannya maka cantiklah amalnya. Begitulah acuan yang diberikan oleh Islam.

Jadi kenapa mereka yang solat itu dalam masa yang sama buat maksiat?

Sama seperti yg saya sebutkan tadi. Cek hatinya. Mesti ada bad sector di dalam hatinya. Bad sector itulah yang perlu dibaiki dan dibuang dari dirinya. Bad sector itulah yang mendorongnya melakukan maksiat apabila berada diluar rangkaian solatnya itu. Di dalam solatnya, dia merasakan bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah, akan tetapi apabila diluar solatnya dia merasakan bahawa Allah tidak lagi 'dihadapannya'. Di dalam solat, dia merasakan berdosa jika membuat perkara2 yg tidak sepatutnya, akan tetapi diluar solatnya tidak lagi. Orang sebegini sudah jelas bahawa mereka mengasingkan kehidupan mereka ketika solat dan ketika di luar solat mereka. Ketika solat, mereka tidak mengumpat, mereka tidak menipu, mereka tidak mencela, mereka tidak mencuri dan seumpamanya. Jika mereka berbuat salah satu perkara tersebut, maka batallah solat mereka.
Jika mereka menjaga hati mereka sewaktu solat itu, maka mereka mampu untuk mengawal dan menjaga hati mereka sewaktu di luar solat. Jika tidak, maka mungkin disebabkan hal inilah yang menjadikan hati mereka sentiasa liar samada di dalam atau di luar solat. Kerana fungsi solat itu adalah untuk satu cara 'training' untuk kita mengawal konsentrasi/khusyuk kita atau dalam erti kata yang lain adalah untuk menjaga hati.

Kerana apa? Kerana hati itulah harta dan kurnia yang paling penting. Dan ia mesti hidup!
Makanya, harus di cek balik solat kita. Solat kerana ikut2? Solat kerana takut dimarah? Ataupun solat untuk membaiki diri.?



Sekiranya dunia dan segala isinya yg menjadi 'qiblat' kita saat mendirikan solat, maka jelaslah bahawa ia sudah gagal. Solat yang gagal. Solat yg tidak dapat bonus pointnya. Solat yang tidak dapat 'memagari' dirinya dari panas api nereka Allah. Solat yang kosong.

Untuk akhirnya, jom kita jadikan hidup kita ini seperti hidup kita di dalam solat. Hidup di dalam keadaan yg penuh dengan ketenangan dan perhambaan. Hidup yang penuh dengan kebaikan dan jauh dari kemungkaran yg hina. Dan perlu kita ingat bahawa, setiap ibadah yg ditetapkan Allah ke atas kita itu bertujuan untuk mendidik kita. Suatu bentuk acuan yang sempurna.
Jom jadi hamba Allah yg paling baik^^,

p/S: mohon maaf jika terdapat kesalah isi ataupun tidak sampai maksud yang sebenarnya. Mohon tunjuk ajar. Tq.=')






May 22, 2012

Exam, exam dan kita

Salam sejahtera dialukan=)

Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya untuk Dia. Pemilik segala alam. Allah azza wa jall.
Terasa pula jari jemari ni nk mencoret sesuatu di page yg dah lama xdikujung ni. Maklumlah sekarang ini, kami di Mesir sedang dilanda 'musim study'. So, biasalah bila tiba sahaja musim ini, sekalian manusia yg membawa title PELAJAR akn fokus dan fokus kpd BUKU. Segala jenis BUKU. Buku kuliah, muka BUKU, kedai BUKU dan bermacam2 lah jenis buku lg. Apa yg paling utama dan pertama di setiap minda mereka adalah BUKU. Kemana dan Siapa adalah BUKU. Memang akan duduk dalam kepompong BUKU. ALHAMDULILLAH=).

Exam dan Buku

Kedua2 elemen ni memang xdapat dipisahkan. Bagai pelangi dengan warna2nya. Kalau xcukup warnanya org xakan panggil pelangi kan?(betul ke?)So, macam tu juga dengan buku. Bila sebut buku, secara automatik otak kita akan membuat kiraan dan menghasilkan satu natijah, Exam. Ini kerana setiap ilmu yg kita pelajari @ terima perlu melalui satu jenis peringkat test untuk di 'grade'kn kualiti /mutu ilmu tersebut. Memang tidak dapat lari dari hakikat itu. Buku. Test. Exam.

Lagi-lagi Exam

Huhu. Sudah adat org mengaji. Memang kena exam @ imtihan. Hatta jika kita kaitkan dengan hidup kita sekarang ini, memang kita sedang berada dalam atmosfera IMTIHAN. Kerana apa? Sebab kita ini sedang di 'grade' kn oleh Allah untuk hari penerimaan IJAZAH jelak. Ijazah yg memberikan kita 'peluang hidup' di Syurga atau Neraka. So, kita perlu mempersiapkan diri untuk di test. Samada nak @ tak nak. BUKAN PILIHAN. Pilihannya hanya dua. Berjaya atau gagal. Kita yg memilih pilihan itu. Bukan mak ayah kita. Bukan lecturer kita. Bahkan bukan yg menjual sayur2 di kedai tu. Akan tetapi KITA je. Tak payah la kita ni duk sibuk duk tanya kenapalah ade exam?Sibuk la exam ni..Exam ni bidaah la..and bla2. Semua tu buang masa je. Sebab exam tu memang ada. ADA. Apa yg penting, kita mencari akal bagaimana nk lepas exam ni. Kan elok begitu. Kan2?=)

Exam dan Kehidupan

Ada sesuatu yg positif dengan exam. Exam itu mengajar kita. Masa, teknik, emosi dan harapan. Betapa exam itu mengajar dan mendidik kita supaya pandai menghargai masa, teknik yg berkesan untuk mendapatkan sesuatu, melatih kita untuk mengawal emosi(stress), dan juga pergantungan yg tinggi kpd pencipta kita. Semua itu merupakan nilai2 murni yg perlu ada pada setiap kita untuk terus hidup. So, exam ni sebenarnya suatu bentuk program yg dicipta untuk melatih kita bagaimana hendak hidup. How to survive. Kerana apa? kerana hidup kita ini memang tidak dpt dipisahkan daripada elemen2 tersebut-masa, softskill, emosi dan harapan.

Konklusi

Dunia ini berbeza2 mengikut pandangan masing2. Ada yg melihat dunia ini sebagai tempat ujian semata2. Ada yg melihat dunia ini sebagai tempat keseronokan. Ada yg melihat dunia ini sebagai suatu dimensi yg asing dan perlu kpd survival. Berbagai2 perpsepsi yg dilahirkan. Namun itu semua kembali kepada bagaimana kita melihat dan menilai dunia itu sendiri. Jika seseorang itu memandang dan beranggapan bhwa hidup itu susah, maka dia telah membina suatu rintangan di sekeliling hidupnya daripada kemudahan. Jika dia melihat bhawa dunia itu mengecewakan, maka dia telah menjadikan dunia di sekelilingnya kecewa dengannya. Jika dia melihat dunia itu suatu bentuk kesenangan dan kejayaan, maka dia telah membuka pintu2 kejayaan tersebut. We are how we see. Sama2 kita melihat exam itu sebagai satu medan percubaan dan latihan agar kita mendapat apa segala kebaikan darinya=). Kerana dunia ini untuk mereka yg BERJAYA untuk menjadi yg BERJAYA di akhirat kelak. Jika kita positif maka kita beroleh positif dan begitulah sebaliknya.

Sekadar perkongsian. Wallahu a'lam.

May 07, 2012

perindu malam


Perindu malam,
Seakan didengar resahnya, 
Menangis di sisi syahdu, 
Mngesat air mata noda,
Berlapikkan amal yg lusuh.

Perindu malam,
Tubuhnya tua dgn doa, 
Lebar telapak tangannya,
Menadah tumpahan dosa, 
Yg tak pernah reti untuk surut.

Perindu malam,
Tua umurnya,
Merindui sang Pengasih,
Membilang umurnya,
Dicelah butir2 tasbih.

 _perindu sufi_7/5/2012