September 05, 2011

coretan di permusafiran Ramadhan..

Salam Ramadhan Kareem buat sahabat semua. Sudah lama nikmat jari jemari yg d kurniakan Allah ini tidak lincah memetik key pad kat ruang blog ni. Ala kulli hal, alhamdulillah krn msih berpeluang untuk mencoret serba sedikit lakaran idea  untuk ruangan 'sembang' kita pada kali ini.

Masa yg kita sedang lalui sekarang ini sentiasa bergerak ke hadapan. Tidak sekalipun akan berpusing balik. Ia sedang menuju ke arah suatu kepastian yg nyata. Kepastian yg akan terjadi.
Saat2 yg kita lalui semua tidak sama, walaupun 'nama2'nya sama, walaupun hari yg kita jalani seolah2  berulang2, akan tetapi ia memang sesekali tidak sama. Jelas sekarang ini kita sedang berada di saat2 keemasan. Saat yg paling berharga sebagai seorang muslim, yg mngaku bahawa Allah itu pmerintah alam, dan Muhammad itu utusan perwakilan daripada Allah kepada suku masyarakat manusia di bumi. Maka sekalian muslim di waktu ini sedang menjalankan satu perintah Allah sempena keberadaan di saat, bulan yg penuh dengan barakah ini, Ramadhan Kareem.

Masa terus menjalankan amanahnya. Terus berlari laju ke hadapan. Tidak menunggu siapa2, tidak menendahkan segala pujuk rayu. Hanya satu, terus berlari ke hadapan. Yang cepat beruntung, yg berlengah ketinggalan, yg lambat akan rugi.

Berlalu Ramadhan, mengheret saki baki hari dari medan pertempuran masa. Pada hari ini, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pertempuran diteruskan oleh Syawal. Beberapa detik saja lagi, kedatangan Syawal bakal dilaungkan. Laungan yg akan mnyambut datangnya Syawal, melambai perginya Ramadhan yg mulia.

-27 Ramadhan 1432H
***************************************************
Alhamdulillah wa syukrulilllah. Tahun ni saya berpeluang merasai lapar dahaga di bawah terik panas mentari di wilayah Mesir. Merasai sendiri pngalaman ber Ramadhan di tanah arab yg panas. Di tambah pula waktu berpuasa di sni memang berbeza dari waktu3 di msia( disebabkan berada di musim panas), maka waktu bersahur diawalkan manakala waktu berbuka dilewatkan sedikit, yg menyebabkan waktu berpuasa di sini lama sedikit dari waktu tempatan di malaysia. Oleh itu tarbiyah ramadhan di sini lebih advance ckit compared to malaysia^_^.

Ape yg advantage kat cni, adalah waktu berbuka. Masyaakat arab mesir di sini, apabila tibanya bulan Ramadhan, mereka akan berlumba2 untuk bertabarru' atau bersedeqah. Oleh itu, banyak terdapat tempat2 berbuka di sini yg mnyediakan makanan untuk masyarakat di sni secara percuma, majjaanan. Hampir boleh dikatakan, apabila bulan Ramadhan ini, masyarakat2 yg miskin dan faqir akan berpesta menikmati hasil2 sedeqah. Memang btul lah islam itu adalah rahmat. Ia mendatangkan kepada umat manusia suatu kesenangan dan pertolongan kepada umatnya. Alhamdulillah.

Dari segi sambutan pula, masyarakat di sini amat2 mengagungkan bulan Ramadhan yg mulia ini. Mereka bersiap sedia untuk menyambut kedatangan bulan ini sebulan sebelum tibanya Ramadhan. Dengan itu, suasana untuk menyambut Ramadhan di sini dapat dilihat secara jelas. Berbeza dengan malaysia, hanya menunggu ketibaan Ramadhan dengan persiapan2 Bazar Ramadhan. Apabila tibanya Ramadhan, maka berpusu2 lah lautan manusia menenggelami pasar bazar Ramadhan. Kata org tempatan, bulan Ramadhan ini adalah bulan rahmat, rahmat melalui perniagaan. Masyarakat di sini, sebelum tibanya Ramadhan, maka sudah kelihatan semakin ramai jemaah yg mengimarahkan masjid, kalau sebelum2 ini satu sof, maka jika semakin hamoir dengan Ramadhan, akan kedapatan hampir penuh sesebuah masjid itu. Begitu teruja mereka ini menyambut kedatangan Ramadhan yg penuh dengan barakah ini. Memang suasana ber Ramadhan di sini dapat dirasai dengan lebih baik. Alhamdulillah. Tambahan pula, masyarakat di sini tidaklah terlalu mengagungkan ketibaan Syawal, mereka hanya sekadar menyambut sehari dua sahaja. Memang ada perbezaaan yg ketara jika dibandingkan dengan tempat kita, malaysia yg terlalu memperbesarkan Hari Raya. Malah, iklan sempena hari raya pon berlegar2 di kaca televisyen sebaik sahaja pengishtiharan kedatangan bulan Ramadhan. Hampir sebulan sepanjang bulan Ramadhan iklan2 itu berlegar2 ke udara melewati segenap penjuru di Malaysia. Sepatutnya kedatangan Ramadhan yg disambut besar-besaran kerana bulan ini lebih agung di Allah kerna padanya peristiwa penurunan kitab suci umat Islam, Al Quran. So, pandai2lah kita menilainya mana yg lebih baik.=)

28 Ramadhan 1432H
************************************
Moga2 Ramadhan kita pada kali ini memberi erti dalam hidup kita dalam erti menjadi hamba Allah yg taat dan bersyukur. Mungkin Ramadhan pada kali ini adalah Ramadhan yg sudah sesekian kalinya dalam hidup kita. Namun, apakah Ramadhan yg kita lalui sekarang ini bersamaan dengan Ramadhan yg dahulu?Itulah yg perlu kita muhasabahkan. Walaupun Ramadhan terus berulang dalam setiap episod hidup kita, namun, ia tidak akan pernah sama. Berlainan episod, maka berlainanlah peristiwa yg berlaku. Peluang hnya sekali. Sama2 kita berusaha menjadi hambanya yg bersyukur. =)

29 Ramadhan 1432H
************************************

Hari ini, sudah hampir seminggu lebih, Ramadhan meninggalkan kita. Kita sedang berada di fatrah yg ketiga daripada 3 fatrah untuk satu pusingan. Pusingan ramadhan. Satu fatrah sebelum Ramadhan, satu fatrah ketika ramadhan dan satu fatrah selepas Ramadhan. Jika direnung kembali  ketika saat2 akhir di penghujung Ramadhan, betapa banyaknya manusia yg 'mengesali' pemergian Ramadhan. Namun itu adalah sewaktu sebelum perginya Ramadhan. Di saat bergembira menyambut Syawal, nama Ramadhan sudah mula dipinggirkan. Sudah mula tenggelam dalam gelombang keriaan insan. Ramadhan hanya mampu melihat umat manusia meraih kegembiraan apabila melihatnya pergi, hanya mampu meratapi dari jauh. Semakin lama, semakin jauh Ramadhan mengunjur langkah. Maka makin jauhlah hati manusia darinya. Akan tetapi, itu sudah memang mnjadi lumrah. Lumrah yg telah diatur oleh tuhan bahwa akan ada mula dan akan ada akhir. Ramadhan memang akur dengan lumrah itu. Namun, bukan itu yg Ramadhan kesali. Apa yg dikesalkan, manusia sudah mula meninggalkan amalan2 mereka sewaktu mereka berada di bulan Ramadhan dahulu. Seolah2 mereka hanya berpura2 dengan Ramadhan sewaktu menyambutnya dahulu. Memang amat kesal dengan sikap itu. Sikap manusia yg kembali asyik dengan godaan lama. Kalau di bulan Ramadhan mereka bersungguh2 beribadat, akan tetapi, di luar Ramadhan, mereka kembali berfoya2 dengan godaan dunia. Kalau dulu sewaktu ramadhan mereka berebut3 melakukan amal, kini mereka kembali berebut3 'tawar-menawar' untuk melakukan amal. Langsung sudah berubah sekalian manusia. Maka ada ketika Ramadhan mula terfikir, untuk apa sebenarnya mereka melakukan taat sebenarnya? Adakah semata2 hanya menunjuk baik kepadanya? Adakah teman2nya yg lain( bulan2 yg lain) memang terlalu hina darinya? Adakah manusia itu beribadah untuknya, bukan untuk Allah? Ia hanya mampu bertanyakan dirinya sahaja, tiada siapa yg sudi menjawab untuknya. Hanya mengeluh seorang diri. Moga Allah mendengar rintihannya.



Selamat menyambut pemergian Ramadhan dan tdak lupa, menyambut datangnya Syawal. Tiada apa yg berbeza tentang keduanya, hanya perlu diisi dengan taat.^^

7 Syawal 1432H.
-perindu Ramadhan-