Showing posts with label hisab diri... Show all posts
Showing posts with label hisab diri... Show all posts

October 06, 2010

"..ilmu itu cahaya.."

Assalamualaikum salam pembuka bicara..
Syukur pada hari ini, jantung kita masih berdegup, mata kita masih dapat berkelip, hidung kita masih lagi dapat mnghirup udara segar, mulut dapat mengunyah, dan yg paling penting islam kita masih dalam genggaman. =)
Hari xmenunggu kita, seperti masa. Kerna ia juga adalah anggota masa. Sentiasa berganjak dan tidak menoleh ke belakang, hanya meneruskan langlah ke hadapan. Begitu juga hidup kita. Sentiasa bergerak ke depan dan idak boleh berpatah untuk kali yg kedua. Hanya satu peluang yg diberi. Mahupun ada yg untuk kali yg kedua, namun sudah xsama dgn yg pertama. Hidup yg diberi pada kali yg kedua , xakan sama dengan kali yg pertama. Hidup kali yg pertama adalah untuk menanam, adapun yg kedua itu adalah untuk menuai.Subhanallah. Itulah hakikat masa.
Hmmm..xder apa sebenarnya yg nk diperkatakan pada kali ini, cuma ingin menyahut panggilan blog ni jer. Sebab dah lama xupdate.

Belajar.

Itulah peluang yg terbentang di depan mata saya pada detik ini. Satu jangka detik yg amat lama bagi saya untuk dilepasi (walhal, amat mustahil untuk dilepasi) . Akan tetapi, jika diperhalusi, ia seolah jangka masa hanya sekadar di antara dua jaga. Sangat pantas. Jika dibalik masa itu selama 11 tahun yg lalu, saya hanya seorg pelajar yg baru sahaja memulakan langkah masuk ke dalam sebuah empayar ilmu. Sesungguhnya empayar itu amat2lah luas. Tidak terhijab dengan masa. Bahkan dengan mata. Namun, apabila saya mmbuka mata pada hari ini, sudahpun 2 gedung ilmu yg saya lewati. Semua itu seakan baru semalam dilalui. Dua peringkat yg saya telah saya langkahi. Dan pada detik ini, peringkat yg agak mencabar untuk sekalian pencedok ilmu, harus saya lalui dengan sabar. Moga Allah sentiasa menemanku. Dialah sebaik2 teman, sebaik2 penaung , sebaik2 pelindung . Hanya Dia. Mungkin saudara2 sekalian sudah banyak memetik pahit manis sepanjang mngharungi jalan sebagai pelajar. Kita perlu merasa pahit manis buah itu sebelum dapat mengatakannya manis atau masam. Jangan mimpikan mutiara di laut, sebelum diri basah menjamah air. Itulah falsafahnya. Dan pahit manis itulah membuatkn kita ini sedar diri siapakah kita sebenarnya. Belajar itulah yg mmbawa kita kepada pokok2 pengalaman yg berbuah ranum. Manis masam buahnya itu, kitalah yg akan merasanya.



Sungguh banyak limpahan ilmu yg dicurahkan Allah yg Maha Mengetahui ke atas muka bumi ini. Namun semua ilmu itu tidak disusun seperti yg ada di dalam buku2, kitab2 sekarang ini. Semuanya bertaburan dalam alam ini. Ada yg telah dijumpai, dan ada lagi yg masih terbenam jauh di dalam perut bumi. Ia perlu diterokai. Perlu dijelajahi. Namun tidak semua ilmu diturunkan Allah ke atas muka bumi ini, dan ada juga diturunkan melalui perutusan. Itulah ilmu yg paling berharga dalam sejarah hidup makhluk yg bernama manusia. Perutusan itulah RASUL. Diutuskan bersama risalah ilmu agung dari langit, Al Quran. Al Quranlah yg mngajar manusia hakikat kehidupan. Di dalamnyalah segala kunci ilmu diletakkan. Ialah pelengkap dan penyudah bagi sekalian ilmu yg wujud. Yg membawa kpd realiti dan hakikat. Hakikat kepada Pencipta. Pencipta yg telah mewujudkan alam. Juga Pemilik segala ilmu di alam ini.


Kata Imam Waqi' ( guru Imam syafie ) yg mnyebut bahawa ilmu itu adalah cahaya.Cahaya untuk hati. Dan cahaya itu tidak akan sekali2 berdampingan dengan kegelapan. Jauh sama sekali. Amat mustahil. Peraturan alam ini mengajar kita tentang hakikat ini. Apabila tiba siangnya, maka berundurlah malamnya dan begitulah juga sebaliknya. Apabila ada cahayanya, maka adalah gelapnya. Kegelapan yg singgah dlm hati bukanlah seperti kegelapan malam yg biasa membaluti bumi. Akan tetapi ia adalah cebisan dosa yg dilakukan. Kedua2 cahaya dan kegelapan itu akan bertapak di suatu tempat dalam tubuh manusia yg diberi nama Hati. Maka apa yg akan terjadi sekiranya kedua elemen itu bertembung??? Apa yg akan terjadi yer saudara?? Yang mana satu yg akan berundur? Si cahaya atau si kegelapan? Dalam diri kita ini, ada suatu unsur yg akan membantu kegelapan untuk masuk ke dalam diri kita. Apakah ia saudara? Otak? Hmmm......apa yer?? Ianya adalah nafsu kita saudara. Nafsu inilah yg akan mnjemput kegelapan itu untuk bertapak di dalam hati kita. Seolah2 magnet yg akn menariknya ke dalam diri kita. Dengan itu, apabila kita mmbuat dosa, maka secara perlahan2, cahaya ilmu yg kita timba itu, akan lenyap dari diri kita. Dengan itu, maka terhasillah suatu proses yg dinamakan " Memory deletion". Apa tidaknya saudara, apabila sudah terlalu banyak dosa yg kita kumpulkn dalam hati kita, maka sudah tidak ada lagi ruang masuk untuk cahaya2 ilmu. Dengan itu proses "rejection" akan berlaku serta merta. Dengan itu, mulalah kita mengalami simpton2 seperti susah hendak ingat apa yg dipelajari, mudah lupa dan yg sama waktu dengannya. Begitulah hakikatnya saudara. Nk tau kebenarannya?? Maka silalah praktikkannya di rumah. =)



Jika ada yg menarik kegelapan itu, mesti ada yg menarik cahaya pula. Hmmm...apa pula yg menjadi penariknya?? Tepuk dada, tanyalah hati. Sudah tentu ianya adalah zikrullah dan amal soleh.=) Dan salah satunya adalah, Al Quran. Pencuci kotoran2 yg mndap dalam hati. Semakin banyak "pencuci" itu digunakan, maka makin lenyaplah kotoran yg ada. Teorinya sama seperti dosa tadi. Jika hati kita di isi dengan cahaya zikrullah, maka ruang itu akan menolak keluar segala kegalapan yg ada. Maka bercahayalah si hati itu. Setelah ianya bercahaya, maka kini ia telah menjadi satu "basement" yg hanya untuk cahaya ilmu. Maka mudahlah hati kita ini untuk menerima ilmu. Subhanallah. Akan tetapi ingat saudara sekalian, nafsu itu bukan mudah untuk dijinakkan. Selagi ia liar, selagii itu "pencuci2" tidak akan berkesan terhadap hati itu. Oleh itu, marilah sama2 kita berusaha untuk "mencuci"nya. Jangan sampai hati kita ini, diselubungi dengan unsur kegelapan itu. Nauzubillah.
Jangan sampai kita mengeluh dengan musibah "susah nk ingat, dan cepat lupa". Ianya bukan semula jadi( majoriti ), akan tetapi kitalah yg menutupnya dari menerima cahaya ilmu. Kitalah yg telah membuatnya "susah nk ingat". Jangan sampai apabila tibanya musim peperiksaan, maka mulalah melanggan "khidmat" bomoh2. Tapi mintalah dengan Allah di samping kita berusaha untuk "mencucikan" hati kita ini. Wallahu a'lam.

p/s: objektif post kali ini adalah marilah sama2 kita jaga hati..maaf di atas "kekacauan" sepanjang mengatur patah2 perkataan di atas.=)Ambil yg dpt diambil, fikir apa yg perlu difikir, reject apa yg perlu direject..

September 19, 2010

sebelum bergeloranya lautan

Assalamualaikum semua.

Surut jua kemeriahan Syawal yg kita raikan. Kalau hari ni, semua anak2 rantauan sudah pun memulakan semula sesi pembelajaran setelah bercuti untuk berhari raya. Maka sepilah kembali rumah2 yg dulunya sepi tanpa anak yg di rantauan. Mak ayah kembali kesepian di rumah menanti saat beraya yg akan datang moga menyusul kembali. Namun itulah pengajaran yg perlu kita pelajari. Ia memberitahu kita bahawa riang itu tidak selalu menemani, dan sepi itu tidak juga selalu membelenggu. Ada tika ianya cerah, dan ada tika ianya malap. Sudah lumrah. Lumrahlah yg mengajar kita, bahawa hidup ini xsperti air di dalam tempayan. Selalu tenang. Tidak bergelombang. Tenang. Akan tetapi hidup kita ni samalah macam laut biru yg sentiasa berdepan dengan badai yg mengecam. Tidak selalu tenang, bahkan ada ketika ianya seakan empangan yg pecah arusnya, dan ada ketika ia tenang seakan dibelai angin yg mendendangkan lagu damai. Tenang. Tapi disini, saya tidak ingin mmbicarakan soalnya ributnya laut itu, akan tetapi falsafah disebalik geloranya laut itu.=)




Apa falsafahnya ye??
Hmm. Seronok jugak berfalsafah ni ye. Hehe. Amat unik. Combination antara alam dengan kehidupan. Kembali kepada di sebalik tenangnya laut sebentar tadi. Secara jelas dan mudahnya, pabila kita melihat laut, hanya satu perkara jer yg timbul di benak kita. Kedamaian disebalik kebiruan. Amat tenang dan damai jika melihat kepada laut itu. Airnya yg bergelora kecil berhempas2 keatas satu sama lain. Seakan sedang bergurau senda. Akan tetapi, seperti yg saya katakan tadi, ia xseperti itu selamanya. Akan ada suatu saat, angin badai akan membelah ketenangan arus, bahkan jika manusia ada disitu, mungkin tenggelam dibawah keributan arus yg membaham. Samalah seperti manusia. Tidak tenang selamanya. Akan ada ujian yg melintang di hadapan yg sentiasa menunggu. Lanjutan dari itu, Rasululllah SAW bersabda :

"Rebutlah lima perkara sebelum datngnya lima perkara lagi....

1) Rebutlah masa hidupmu sebelum masa matimu
2) rebutlah masa lapangmu sebelum masa sempitmu menjelma
3) rebutlah masa kayamu sebelum datangnya masa fakirmu
4) rebutlah masa sihatmu sebelum datangnya saat sakitmu
5) rebutlah masa mudamu sebelum masa tuamu memanggil




Sudah jelas bahwa hidup kita ni tidak selalu berkilauan seperti berlian, akan tetapi akan ada malapnya. Cuma masa itu yg melakarkannya. Bagaimana dan kenapa adanya ia bukan itu yg harus dipersoal. Sebaliknya, bagaimana untuk menghadapi itu adalah seharunya difikir. Ibarat kita ini sedang memasuki rancangan "Explorace" la katakan bahkan lebih dari itu. Segala halangan dan cabaran yg dihadapi, hanyalah rekaan manusia semata. Kita ini hanya peserta yg wajib menuruti segala peraturan dan halangan yg disediakan. Akan tetapi, hidup ini adalah aturan Penciptanya. YG mem"programme"kan segala aturcara kehidupan. Kalau sudah mengetahui bahwa hidup kita ini xselalu "mantain", maka langkah yg sepatutnya perlulah telah dicaturkan lebih awal. Agar tidak terjelopok ke tanah pabila berdepan dengannya kelak. Jadi, apa percaturan yg perlu dicaturkan??
Tepuk kepala tanyalah otak. Sesungguhnya otak itu dicipta dengan teknologi yg teramat tinggi, tidak setaraf dengan super- computer yg wujud sekarang ini. Malah lebih jauh maju daripada itu. Teramat maju. Jangan siakan teknologi yg telah Allah "programme"kan ke dalam otak kita.=)

Sesungguhnya telah wujud sekian lama penciptaan manusia lagi, suatu "software" yg telah di "install" kan dalam otak kita. Fitrah Insaniah.exe . Apa yg perlu dilakukan oleh "host" kepada otak itu adalah terus meng"update" software itu kepada versi "TAQWA INSIDE" dengan cip IMAN. Itulah cip yg teragung dan paling effective dalam mem"proses' data kehidupan suatu ciptaan yg bergelar manusia. Dengan cip itulah yg mengatur segala urusan "data Computing" samada memilih virus ataupun antivirus. Jika calculation yg dibuat oleh cip itu salah, maka viruslah yg menjadi option kpada HOST tersebut. Maka amatlah penting untuk setiap HOST itu meng"update"kan software itu daripada versi FITRAH INSANIAH kepada versi TAQWA INSIDE yg hanya dapat diperolehi hanya dengan memasang cip IMAN.



..TABARAKALLAHU AHSANUL KHAAALIQIIN..

September 17, 2010

...kepulangan....

Assalamualaikum



Alhmadulillah setinggi2 syukur kita ucapkan kepada Allah iaitu Khalik kita. Sesungguhnya lafaz syukur itu bukanlah semata dengan lidah, akan tetapi seharusnya dengan seluruh anggota yg diciptakan olehNya. Tidak kiralah samada tangan, mata, telinga, kaki, hidung dan sebagainya. Masing3 ada cara tersendiri untuk kita tuturkan sebagai tanda syukur kita kepada Allah. Yg menciptakan segalanya. Dengan mata itu, kita melihat kepada kebesaran2Nya didunia ini, dengan tangan, kita menghukurkan segala kebaikan dan begitulah seterusnya. Kerana kelak mereka itu semua akan berhadapan dengan mahkamah Akhirat. Dan merekalah yg akan menjadi saksi kepada segala perbuatan yg telah kita lakukan dimuka bumi ketikamana kita diberi peluang untuk hidup untuk seketika sewaktu dahulu.



Tidak ada apa yg ingin saya ketengahkan dalam post pada kali ini sebenarnya, melainkan sekadar perkongsian hari lebaran semata.=)
Masih tidak terlalu lambat rasanya sekiranya saya mengucapkan ucapan hari Kemenangan kita, Eidil fitry kepada seluruh umat Islam yg telah berjaya menghabiskan "training" didalam bulan yg mulia Ramadhan yg lalu. Selamat hari kemenangan kepada semua. Setibanya hari raya, telinga dan mulut kita tidak dapat dipisahkan dari laungan takbir raya yg amat2 mendayu2 di ruangan angkasa. Allahu akbar3...La Ilaha Illallah huallahu akbar...(sehinggalah seterusnya)... Mungkin kita sedia mengetahui, ucapan inilah yg dilaungkan oleh Rasulullah ketikamana peristiwa pembukaan Kota Makkah daripada golongan musyrikin kuffar. Ucapan kebesaran inilah yg dilaungkan setelah Kota Makkah dapat ditawan oleh kaum muslimin ada ketika itu. Amat besar sekali pengertian laungan yg sering kita laungkan disaat tibanya musim perayaan eidil Fitry ini. Suatu laungan kemenangan. Allahu akbar.



Namun, perlu diingat sahabat2 sekalian, laungan itu tidak bermakna kita telah berjaya mendapat kejayaan yg sebenarnya. Tidak sama sekali. Tidak bererti kita telah menjadi seorang hamba Allah yg telah berjaya melaksanakan segala perintahNya. Tidak!! Tidak bererti pabila kita selesai menamatkan perintah supaya berpuasa dan sebagainya pada bulan Ramadhan, kita telahpun bebas untuk melakukan segalanya. Tidak bermakna, jika di bulan Ramdhan dahulu, kita disuruh untuk memperbanyakkan ibadat, akan tetapi di luar bulan ramadhan, kita bebas untuk melakukan segala maksiat. Tidak sama sekali. Moga kita diberi perlindungan olehNya daripada semua itu. Nauzubillah.




Pabila tibanya saat hari lebaran, anak2 perantauan mulalah kembali menjejak ke tempat tnah kelahiran mereka. Begitulah rutin setiap tahun. Ahli keluarga masing3 gembira kerana dapat bertemu dan berkumpul untuk sama2 merayakan hari yg penuh dengan seribu makna itu. Masing2 pulang ke pangkuan keluarga. Semuanya gembira. Gembira kerana setelah lama tidak bersua muka. Gembira menikmati pertemuan setelah menghadapi perpisahan yg sementara. Dan setelah berakhirnya raya, maka mulalah anak2 rantauan ini kembali ke rantauan masing3. Maka berlakulah perpisahan sementara buat kali yg berikutnya. Itulah fitrah. Setiap yg datang akan pergi. Perlu kita sedari, pabila kita dijemput pulang oleh Allah suatu tika kelak, untuk berkumpul disuatu tempat yg diberi nama Mahsyar, sudah tiada lagi untuk pulang kedunia seperti pulangnya kita ke kampung. Jika kita pulang ke kampung, sudah semestinya adalah ole3 yg kita sediakan untuk warga yg di kampung. Seperti itu juga ke Mahsyar nanti. Perlu ada ole2 ataupun bekalan untuk kita bawa bersama. Tambah2 lagi, kepulangan yg kekal. Kepulangan setelah penat bekerja didunia. Maka barangsiapa yg telah bertungkus lumus dalam mengumpulkan harta( pahala) , maka akan bersenang2lah mereka setelah kembalinya mereka ke kampung ( mahsyar ). Akan tetapi barangsiapa yg malas dan berfoya2 semasa dalam tempoh pencarian harta ( pahala ), maka sia2lah masa mereka dan amat2lah rugi peluang yg telah diberikan kepada mereka ketika saatnya mereka kembali ke kampung mereka kelak yakni mAhsyar. Maka, marilah sama2 kita bekerja2 sesungguh2nya didunia ini, sebelum saat kepulangan kita menjemput kelak. Siapa2 yg rajin dalam mengumpulkan harta, maka beruntunglah mereka. Akan tetapi, siapa2 yg sebalinya, rugilah mereka. Kerana sesungguhnya kepulangan kita itu tidak ada patah balik untuk kali kedua. Sesungguhnya kepulangan itu adalah suatu yg teramat pasti ketibaannya.



Sempena dengan hari raya ni, marilah sama2 kita teruskan keazaman kita selaku seorg hamba dalam mmperbaiki mutu amalan yg dilakukan. Jangan sesekali terundur ke belakang, akan tetapi teruslah sentiasa maju ke depan. Life must be "straight", and not to "U-turn". Kalau dalam bahasa melayunya, kehidupan itu perlu sentiasa ke depan, dan jgn sesekali berpatah balik ke belakang..dengan prinsip ini jugalah, Islam menyuruh kita sentiasa memperbaiki diri kita seharian ke arah yg lebih baik dan bukan ke arah yg lebih teruk. Nauzubillah min zaalik. Jika ketika di bulan Ramadhan dahulu kita sering membaca Al quran, kenapa tidak selepasnya Ramadhan? Jika di masa bulan Ramadhan dahulu kita sering berqiam, kenapa tidak selepasnya Ramadhan? Tepuk dada, tanyalah iman kita...Adakah kita ini termasuk dalam golongan yg "U-turn" @ golongan yg "straight"...?Renungkanlah wahai diri. Diri oh diri..

September 07, 2010

Ramadhan Oh Ramadhan..

Assalamualaikum. Setinggi syukur adalah lafaaz yg paling mulia dituturkan oleh mulut kita ini. Alhamdulillah. Alhamdulilah kerna Allah masih lagi memanjanglkan umur kita sehingga hari ini. Sedar tidak sedar, kita sudah berada di ambang Syawal sekarang ini. Bulan Sywal bakal menjelmakan diri sebentar sahaja lagi di ruang legar angakasa bumi. Namun, hakikatnya kita sedang menjalani detik3 perpisahan kita dengan Penghulu segala bulan yg mulia, Ramadhan Al Mubaarak. Subhaanallah. Masih terasa hangatnya kedatangan Ramadhan, seolah2 baru sahaja bersua. Namun, itu semua keasyikan kita dengan dunia. Masa harus berlalu pergi, Tiada perhentian sehinggalah perintah dari Langit diturunkan.





Pada tanggal 1 Ramadhan 1431 H, telah termaktub bahawa Ramadhan mulai bertandang melewati masa dunia. Masyarakat manusia pada ketika itu, masing2 bergembira dan saling berucapan alu-aluan Ramadhan yg mulia. Pada tarikh itu, maka mulalah perintah ke atas manusia agar menahan nafsu dari makan pada waktu siangnya, meninggalkan segala perkara2 yg membatalkan puasa memperbanyakkan amalan sunat termasuklah amalan solah sunat tarawih itu sendiri. Maka perintah itu dipatuhi tanda taat kepada Pemerintah alam, Allah Jalla wa 'ala. Semua manusia yg menyerah diri kepadaNYA memtuhi perintah itu. Maka bermulalah pelaksanaan perinytah itu dikalangan umat muslim.


Detik2 terus bergantian. Anak bulan Ramadhan kian mengembangkan diri. Seoalah2 menjalani sebuah tranformasi. Itulah sebenarnya bukti bahawa makhluk yg bernama masa itu sedang bertransformasi. Dari detik ke detik yg lain. Dari kecil menjadi besar. Itulah bukti masa kian berusia. Dan Ramadhan juga mengalami transformasi usia jua. Jika dahulu usianya sehari, tetapi kini umurnya telah pun mencapai kepada pengakhiran. PERPISAHAN. Sesungguhnya masa itu amat2lah licik memperdayakan kita,manusia yg leka. Seakan RAmadhan yg melewati massa kita, berlalu pergi tanpa sempat kita menrangkulnya walaupun sebentar jua. Sesungguhnya peluang yg telah diberikan kita pada kali ini, hampir tamat ke penghujung pertemuan. Sungguh sedih hati ini pabila mengenangkan bahawa kita akan berpisah dengan bulan yg amat mulia ini, yg penuh dengan Rahmat dari Penciptanya. Kita bakal menyudahkan perintah kita tidak lama sahaja lagi. Tidak lama. Sungguhpun kita dijanjikan bahawa bulan itu akan menziarahi kita kelak di masa yg mendatang, namun ditidak dijanjikan bahawa umur kita ini akan berjumpa dengan Ramadhan untuk kali yg seterusnya.

Kenapa sekejap jua dikau menziarahi kami wahai Ramadhan??

Kenapa tidak lama kita bersua??

Kenapa kita tidak selalu bersama??

Ungakapan demikian selalu melewati kotak akal ini. Akan tetapi, sebelum soal itu diungkapkan, adakah hati ini telah ditanya dahulu.

Kenapa tidak diri ini menikmati masa di saat bersama dengannya (Ramadhan)??


Jangan mudah kita menanyakan orang lain, sebaliknya diri kitalah yg seharusnya ditanyakan terlebih dahulu dari yg lain. Jangan mudah kita menyalahkan orang lain jika diri kita yg selalu melakukan kesalahan. Jangan disalahkan kenapa Ramadhan itu yg cepat meninggalkan kita, akan tetapi salahkanlah diri sendiri kenapa tidak memanfaatkan Ramadhan itu tika ia berada di sisi. Sedarlah wahai diri. Dikau diziarah bukan menziarah. Dikau dilewati, bukan melewati. Dikau diberi bukan memberi. Dikau ditumpangkan bukan yg memilik. Dan Dikau itu dimilik dan bukannya memilik. Ramadhan itu menziarahimu bukan dirimu yg menziarahinya. Sudah peraturan alam, yg menziarah itu pasti kelak akan bertandang pergi jua. Yang dipinjam akan dikembalikan jua. Yg diberi akan diambil balik. Itulah hakikat yg telah termaktub bagi makhluk yg bernama manusia.





Pada tanggal 30 Ramadhan 1431 H, lambaian pergi Ramadhan melewati umat manusia. Satu tarikh yg menyaksikan perpisahan manusia dengan satu bulan yg mulia, Ramadhan. Maka mulalah manusia itu berkejar2 ke arah Syawal. Bulan Syawal. Memang bulan Syawal itu dijadikan untuk bergembira. Menyambut kegembiraan setelah tamat menjalani perintah dari Pemerintah Alam, Allah jalla wa 'ala. Akan tetapi, kegembiraan itu tidaklah sebesar seperti Rahmat yg ditiwarkan pada bulan Ramadhan. Allahu akbar. Sebelum kita berpisah secara rasmi yg disempadani oleh Syawal kelak, marilah kita merangkul sesungguhnya ramadhan pada kali ini. Rindulah ia. Tangislah untuk pemergianya. Tidak pasti kita akan menjumpainya pada masa yg mendatang. Amat tidak pasti. Mohon kita dipertemukannya sekali lagi dengannya hendaknya, YA ROBB. Wallahu a'lam.

August 31, 2010

dimana merdekanya kita umat Islam...???


Setinggi2 syukur kepada Pemilik Alam yg Maha Hidup dan Maha Berkuasa Mutlak. Pada hari ini, sejarah 31 Ogos kian melewati kita penduduk Malaysia buat kali yg seterusnya, kali yg ke 53. Sudah makruf apabila tibanya saat ini, masyarakat kita masing2 meraikannya, HAri Kemerdekaan. Pada tarikh inilah pada suatu ketika dahulu, tanah air kita di isytiharkan "merdeka" oleh mantan Perdana Menteri kita, Allahyarham Tunku Abdul Rahman yg kononnya merdeka daripada kekangan penjajah "Orang Puteh" atau sekarang ini dikenali dengan Org Barat. Kita sebagai rakyat di tanah air kita memang seharusnya bersyukur dgn apa yg kita perolehi. Bersyukur dengan keamanan dan "kesejahteraan" yg dikecapi. Alhamdulillah diucapkan. Tapi kita sebagai umat Islam dan rakyat MAlaysia, seharusnya tidak alpa dengan nikmat yg diperolehi. Kemeerdekaan yg mutlak tidak lagi kita kecapi, baik di dunia maahupun di akhirat. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, umat Islam amnya, kita tidak lagi mencapai kemerdekaan sebenarnya. Dimana kemerdekaan yg kita pegang sekarang ini sebenarnya.? Lihatlah di Palestin sana, adakah saudara kita disana hidup dalam pembelaan Islam? Adakah mereka2 itu mendapat suatu nikmat yg diberi nama "Kemerdekaan" dan "Kebebasan"? Akan tetapi ternyata semua itu tidak dikecapi oleh mereka semua, saudara seagama kita, Islam.


Apakah dikira sebagai merdeka jika kita masih lagi tunduk kepada penjajah?? Apakah dikira merdeka sekiranya kita tidak bebas mentadbir tanah air kita?? Apakah dinamakan merdeka walaupun kita masih perlu tunduk kepada syarat2 penjajah?? Jika kita kembali kepada makna asal apa sebenarnya merdeka itu, jelas disana kita sebenarnya tidak merdeka. Hanya keamanan bersyarat yg sementara yg hanya dijanjikan kpd kita. Bukan "merdeka" yg kita hajat2kan selama ini. Hanya "merdeka" kulit semata2. Kita sebenarnya tidak lagi merdeka sebenarnya. Oleh itu jangan sesekali kita alpa dengan perangkap yg dipasang siap oleh musuh kita. Walaupun secara zahirnya kita kelihatan bebas dan "merdeka", namun sebenarnya fikiran kita masih dijajah oleh anasir3 musuh yg sentiasa bergelumang dgn rancangan jahat mereka terhadap kita.


Jika dahulu, selepas berlakunya Pembukaan Kota Mekah, umat Islam pada ketika itu, telah mengecapi satu kemenangan yg besar dengan menundukkan salah satu kuasa yg besar di bumi arab, Kerajaan Arab Quraisy. Selepas berlakunya pembukaan itu, umat Islam telah terlepas daripada salah satu belenggu yg sentiasa berhasrat memusnahkan Islam. Bebas daripada kekangan golongan musyrikin Makkah, bebas tanpa sebarang perjanjian, bebas tanpa sebarang syarat. Itulah sebenar2 "merdeka" sebenarnya. Tidak terikat dengan mana2 syarat. Dengan kemenangan sedemikian, umat Islam terus bangkit. Satu kemenanga demi kemenanga digapai. Satu pencapaian demi pencapaian tersegam di dada umat Islam. Umat Islam terus memerintah dunia sehinggalah saat kejatuhannya. Kejatuhan yg disebabkan oleh kealpaan pemerintah, kelalaian pemerintah dan umat Islam amnya. Itulah janji Allah. JIka syariat Islam tidak lagi ditegakkan, maka kehancuranlah yg menunggu. Kebinasaanlah yg menyambut. Kejatuhan yg disambut gembira oleh musuh2 Islam. Yang dikesali umat Islam.

Ada pepatah yg mengatakan "jangan pandang belakang". Ada benar dan ada juga tidaknya. Kita perlu melihat kehadapan untuk melihat matlamat dan kita juga perlu berpaling ke belakang supaya kita beroleh pengajaran untuk masa yg kian mendatang. Sejarah itulah yg mengajar kita mengenal siapa kita pada ketika dahulunya. Sejarah itu jugalah yg mengajar kita agar meneladani golongan2 terdahulu. Jadi jika kita melihat kpd kerajaan besar terdahulu seperti Kerajaan Namrud, Kerajaan Mesir Purba, jelas pengakhirannya adalah kehancuran disebabkan keangkuhan pemerintahnya yg tidak mahu menurut Islam, tidak mahu menegakkan agama Allah. Dari dahulu lagi Allah telah mengajarkan kita bahawa sekiranya manusia itu sombong dengan AgamaNya, maka itulah balasan di pengakhirannya.


Kita perlu ingat bahawa kita ini (manusia) telah diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini dengan Deen Allah. Kita telah mengambil perjanjian ini sejak dahulu. Janji yg mana makhluk yg lain di bumi tidak sanggup memikulnya. Dengan demikian, segeralah kita sedar bahawa kita punya janji(amanah) dengan Robbul 'Alamiiin, Pemilik alam ini. Jika janji itu tidak ditepati, maka tunggulah balasan yg telah dijanjikan. Sama2 kita jaga nikmat keamanan yg Allah kurniakan kpada tanah air kita. Akan tetapi, kewaspadaan itu juga amat perlu terhadap musuh2 agama kita yg sentiasa berusaha menjajah kita dari segenap pelusuk arah. Kemerdekaan yg sebenar tidak lagi muncul di hadapan kita, tidak lagi kita kecapi. Perjuangan kita masih panjang. Sepanjang umur dunia ini. Selagi Islam tidak dapat dipacakkan, selagi itu "merdeka" tidak akan kita gapai. Dan ingatlah bahawa Merdeka yg sebenar2nya adalah milik Allah. Kita ini selama2nya bergelar hambaNYa. Tidak akan sekali2 merdeka. Akan tetapi, gelaran hamba yg kita dokongi itu adalah anugerah yg paling berharga dan paling mahal. Rugilah mereka2 yg ingin "merdeka" dariNya. Amat2lah rugi. Harap apa yg baik itu dikongsi bersama. Insya Allah. =) wsalam.

HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.

"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"


(p/s: harap maaf jika idea diatas tidak seiringan dengan pendapat kalian semua. Hanya pendapat daripada penulis semata2.)

August 24, 2010

mulanya sebuah perjalanan..

Salam perawalan,

Alhamdulillah syukur setinggi awan hendaknya sama2 kita panjatkan ke hadrat yg Agung, Allah swt. Untuk mmbuka tirai kehidupan di dalam dunia pulisan blog ini, ingin sekali saya tampilkan suatu bikisan di sini untuk saudara2 sekalian sebagai satu perkongsian untuk kebaikan kita semua hendaknya, insya Allah. JAdi first of all, kata ahli falsafah, setiap yg wujud itu pasti ada pemulanya, melainkan zat yg Agung, baginya tiada permulaan. Kehidupan kita pon ada permulaan dan ada pengakhranya. MAka setiap kewujudan yang baik itu mestilah bercambah daripada benih yang baik. Sabda Rasululullah SAW, .."setiap perbuatan itu mestilah bertemankan niat...". Hmm, secara mudahnya, niat itulah yg akan memandu kita kelak samada utk menuju k arah simpang kanan atau simpang kiri. Simpang kanan itu adalah kesejahteraan dan yg kiri itu adalah kekusutan.





Jika di ambil satu contoh yang simple, misalnya berkaitan dengan perbuatan seharian kita seperti berjalan. Adakah saudara berjalan itu tanpa arah tuju??? Jika di tanya seseorang itu ke mana arah tujunya, lalu dia menjawab "entah", maka apa tanggapan saudara terhadap orang itu ya?? Dengan itu, memang x masuk akal jika kita buat sesuatu perkara itu tnpa niat atau bahasa modennya matlamat yang di tuju. Begitu juga sepertimana kisah penciptaan manusia pertama di dunia, Nabi Adam AS. Jika kita imbau kembali sejarah ketamudanan manusia pertama itu, apa yang kita perolehi? Apakah manusia pertama itu di ciptakan semata utk mencuba2?? BAhkan tidak. Allah SWt menciptakan Adam AS sebagai makhluk manusia pertama adalah semata2 utk taat kepadanya. Jelas di sana bahawa tujuan atau niat atau matlamat itu adalah xdapat d pisahkan daripada setiap perkara.



Jadi di sini, ingin saya ketengahkan bahawa niat itu amat penting dalam memandu kita dalam apa jua perbuatan. Maka hiasilah niat kita dengan permata2 agama supaya kelak kita beroleh kebaikan. Dalam post kali ini, saya benar2 berharap moga2 penulisan blog saya ini memberikan suatu kebaikan kepada kita, lebih2 lagi kepada agama yang kita support dan dokong bersama2 ini. Ingatlah wahai saudara2 sekalian, Allah itu bersifat dgn maha Lemah lembut dan Bengis. Jika kita tidak melanggari apa yg telah di gariskan, maka Allah itu Maha lemah lembut, tapi ingat, jika kita melanggarinya, takutlah bahwa Allah itu Maha Bengis.


Akhir kalam, mohon kemaafan jika disana ada kedapatan suatu bahasa x mnyenangkan hati kalian semua. Juga mohon segala tunjuk ajar dalam melalui jalan yg di lalui. Sebarang kekurangan harap di perbetulkan dan segala yg ada itu harap sama2 di manfaatkan seadanya. Akhir sekali, hayatilah serangkap pantun...

"..Suramnya cahaya sang api langit angkasa,
muram si bumi mengeluh kesayuan,
sekiranya hamba menuturkan binasa,
harap besi walau kukuh di patahkan.."



Wassalam. Sekian untuk kali ini.