August 31, 2010

dimana merdekanya kita umat Islam...???


Setinggi2 syukur kepada Pemilik Alam yg Maha Hidup dan Maha Berkuasa Mutlak. Pada hari ini, sejarah 31 Ogos kian melewati kita penduduk Malaysia buat kali yg seterusnya, kali yg ke 53. Sudah makruf apabila tibanya saat ini, masyarakat kita masing2 meraikannya, HAri Kemerdekaan. Pada tarikh inilah pada suatu ketika dahulu, tanah air kita di isytiharkan "merdeka" oleh mantan Perdana Menteri kita, Allahyarham Tunku Abdul Rahman yg kononnya merdeka daripada kekangan penjajah "Orang Puteh" atau sekarang ini dikenali dengan Org Barat. Kita sebagai rakyat di tanah air kita memang seharusnya bersyukur dgn apa yg kita perolehi. Bersyukur dengan keamanan dan "kesejahteraan" yg dikecapi. Alhamdulillah diucapkan. Tapi kita sebagai umat Islam dan rakyat MAlaysia, seharusnya tidak alpa dengan nikmat yg diperolehi. Kemeerdekaan yg mutlak tidak lagi kita kecapi, baik di dunia maahupun di akhirat. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, umat Islam amnya, kita tidak lagi mencapai kemerdekaan sebenarnya. Dimana kemerdekaan yg kita pegang sekarang ini sebenarnya.? Lihatlah di Palestin sana, adakah saudara kita disana hidup dalam pembelaan Islam? Adakah mereka2 itu mendapat suatu nikmat yg diberi nama "Kemerdekaan" dan "Kebebasan"? Akan tetapi ternyata semua itu tidak dikecapi oleh mereka semua, saudara seagama kita, Islam.


Apakah dikira sebagai merdeka jika kita masih lagi tunduk kepada penjajah?? Apakah dikira merdeka sekiranya kita tidak bebas mentadbir tanah air kita?? Apakah dinamakan merdeka walaupun kita masih perlu tunduk kepada syarat2 penjajah?? Jika kita kembali kepada makna asal apa sebenarnya merdeka itu, jelas disana kita sebenarnya tidak merdeka. Hanya keamanan bersyarat yg sementara yg hanya dijanjikan kpd kita. Bukan "merdeka" yg kita hajat2kan selama ini. Hanya "merdeka" kulit semata2. Kita sebenarnya tidak lagi merdeka sebenarnya. Oleh itu jangan sesekali kita alpa dengan perangkap yg dipasang siap oleh musuh kita. Walaupun secara zahirnya kita kelihatan bebas dan "merdeka", namun sebenarnya fikiran kita masih dijajah oleh anasir3 musuh yg sentiasa bergelumang dgn rancangan jahat mereka terhadap kita.


Jika dahulu, selepas berlakunya Pembukaan Kota Mekah, umat Islam pada ketika itu, telah mengecapi satu kemenangan yg besar dengan menundukkan salah satu kuasa yg besar di bumi arab, Kerajaan Arab Quraisy. Selepas berlakunya pembukaan itu, umat Islam telah terlepas daripada salah satu belenggu yg sentiasa berhasrat memusnahkan Islam. Bebas daripada kekangan golongan musyrikin Makkah, bebas tanpa sebarang perjanjian, bebas tanpa sebarang syarat. Itulah sebenar2 "merdeka" sebenarnya. Tidak terikat dengan mana2 syarat. Dengan kemenangan sedemikian, umat Islam terus bangkit. Satu kemenanga demi kemenanga digapai. Satu pencapaian demi pencapaian tersegam di dada umat Islam. Umat Islam terus memerintah dunia sehinggalah saat kejatuhannya. Kejatuhan yg disebabkan oleh kealpaan pemerintah, kelalaian pemerintah dan umat Islam amnya. Itulah janji Allah. JIka syariat Islam tidak lagi ditegakkan, maka kehancuranlah yg menunggu. Kebinasaanlah yg menyambut. Kejatuhan yg disambut gembira oleh musuh2 Islam. Yang dikesali umat Islam.

Ada pepatah yg mengatakan "jangan pandang belakang". Ada benar dan ada juga tidaknya. Kita perlu melihat kehadapan untuk melihat matlamat dan kita juga perlu berpaling ke belakang supaya kita beroleh pengajaran untuk masa yg kian mendatang. Sejarah itulah yg mengajar kita mengenal siapa kita pada ketika dahulunya. Sejarah itu jugalah yg mengajar kita agar meneladani golongan2 terdahulu. Jadi jika kita melihat kpd kerajaan besar terdahulu seperti Kerajaan Namrud, Kerajaan Mesir Purba, jelas pengakhirannya adalah kehancuran disebabkan keangkuhan pemerintahnya yg tidak mahu menurut Islam, tidak mahu menegakkan agama Allah. Dari dahulu lagi Allah telah mengajarkan kita bahawa sekiranya manusia itu sombong dengan AgamaNya, maka itulah balasan di pengakhirannya.


Kita perlu ingat bahawa kita ini (manusia) telah diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini dengan Deen Allah. Kita telah mengambil perjanjian ini sejak dahulu. Janji yg mana makhluk yg lain di bumi tidak sanggup memikulnya. Dengan demikian, segeralah kita sedar bahawa kita punya janji(amanah) dengan Robbul 'Alamiiin, Pemilik alam ini. Jika janji itu tidak ditepati, maka tunggulah balasan yg telah dijanjikan. Sama2 kita jaga nikmat keamanan yg Allah kurniakan kpada tanah air kita. Akan tetapi, kewaspadaan itu juga amat perlu terhadap musuh2 agama kita yg sentiasa berusaha menjajah kita dari segenap pelusuk arah. Kemerdekaan yg sebenar tidak lagi muncul di hadapan kita, tidak lagi kita kecapi. Perjuangan kita masih panjang. Sepanjang umur dunia ini. Selagi Islam tidak dapat dipacakkan, selagi itu "merdeka" tidak akan kita gapai. Dan ingatlah bahawa Merdeka yg sebenar2nya adalah milik Allah. Kita ini selama2nya bergelar hambaNYa. Tidak akan sekali2 merdeka. Akan tetapi, gelaran hamba yg kita dokongi itu adalah anugerah yg paling berharga dan paling mahal. Rugilah mereka2 yg ingin "merdeka" dariNya. Amat2lah rugi. Harap apa yg baik itu dikongsi bersama. Insya Allah. =) wsalam.

HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.

"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"


(p/s: harap maaf jika idea diatas tidak seiringan dengan pendapat kalian semua. Hanya pendapat daripada penulis semata2.)

No comments:

Post a Comment