September 07, 2010

Ramadhan Oh Ramadhan..

Assalamualaikum. Setinggi syukur adalah lafaaz yg paling mulia dituturkan oleh mulut kita ini. Alhamdulillah. Alhamdulilah kerna Allah masih lagi memanjanglkan umur kita sehingga hari ini. Sedar tidak sedar, kita sudah berada di ambang Syawal sekarang ini. Bulan Sywal bakal menjelmakan diri sebentar sahaja lagi di ruang legar angakasa bumi. Namun, hakikatnya kita sedang menjalani detik3 perpisahan kita dengan Penghulu segala bulan yg mulia, Ramadhan Al Mubaarak. Subhaanallah. Masih terasa hangatnya kedatangan Ramadhan, seolah2 baru sahaja bersua. Namun, itu semua keasyikan kita dengan dunia. Masa harus berlalu pergi, Tiada perhentian sehinggalah perintah dari Langit diturunkan.





Pada tanggal 1 Ramadhan 1431 H, telah termaktub bahawa Ramadhan mulai bertandang melewati masa dunia. Masyarakat manusia pada ketika itu, masing2 bergembira dan saling berucapan alu-aluan Ramadhan yg mulia. Pada tarikh itu, maka mulalah perintah ke atas manusia agar menahan nafsu dari makan pada waktu siangnya, meninggalkan segala perkara2 yg membatalkan puasa memperbanyakkan amalan sunat termasuklah amalan solah sunat tarawih itu sendiri. Maka perintah itu dipatuhi tanda taat kepada Pemerintah alam, Allah Jalla wa 'ala. Semua manusia yg menyerah diri kepadaNYA memtuhi perintah itu. Maka bermulalah pelaksanaan perinytah itu dikalangan umat muslim.


Detik2 terus bergantian. Anak bulan Ramadhan kian mengembangkan diri. Seoalah2 menjalani sebuah tranformasi. Itulah sebenarnya bukti bahawa makhluk yg bernama masa itu sedang bertransformasi. Dari detik ke detik yg lain. Dari kecil menjadi besar. Itulah bukti masa kian berusia. Dan Ramadhan juga mengalami transformasi usia jua. Jika dahulu usianya sehari, tetapi kini umurnya telah pun mencapai kepada pengakhiran. PERPISAHAN. Sesungguhnya masa itu amat2lah licik memperdayakan kita,manusia yg leka. Seakan RAmadhan yg melewati massa kita, berlalu pergi tanpa sempat kita menrangkulnya walaupun sebentar jua. Sesungguhnya peluang yg telah diberikan kita pada kali ini, hampir tamat ke penghujung pertemuan. Sungguh sedih hati ini pabila mengenangkan bahawa kita akan berpisah dengan bulan yg amat mulia ini, yg penuh dengan Rahmat dari Penciptanya. Kita bakal menyudahkan perintah kita tidak lama sahaja lagi. Tidak lama. Sungguhpun kita dijanjikan bahawa bulan itu akan menziarahi kita kelak di masa yg mendatang, namun ditidak dijanjikan bahawa umur kita ini akan berjumpa dengan Ramadhan untuk kali yg seterusnya.

Kenapa sekejap jua dikau menziarahi kami wahai Ramadhan??

Kenapa tidak lama kita bersua??

Kenapa kita tidak selalu bersama??

Ungakapan demikian selalu melewati kotak akal ini. Akan tetapi, sebelum soal itu diungkapkan, adakah hati ini telah ditanya dahulu.

Kenapa tidak diri ini menikmati masa di saat bersama dengannya (Ramadhan)??


Jangan mudah kita menanyakan orang lain, sebaliknya diri kitalah yg seharusnya ditanyakan terlebih dahulu dari yg lain. Jangan mudah kita menyalahkan orang lain jika diri kita yg selalu melakukan kesalahan. Jangan disalahkan kenapa Ramadhan itu yg cepat meninggalkan kita, akan tetapi salahkanlah diri sendiri kenapa tidak memanfaatkan Ramadhan itu tika ia berada di sisi. Sedarlah wahai diri. Dikau diziarah bukan menziarah. Dikau dilewati, bukan melewati. Dikau diberi bukan memberi. Dikau ditumpangkan bukan yg memilik. Dan Dikau itu dimilik dan bukannya memilik. Ramadhan itu menziarahimu bukan dirimu yg menziarahinya. Sudah peraturan alam, yg menziarah itu pasti kelak akan bertandang pergi jua. Yang dipinjam akan dikembalikan jua. Yg diberi akan diambil balik. Itulah hakikat yg telah termaktub bagi makhluk yg bernama manusia.





Pada tanggal 30 Ramadhan 1431 H, lambaian pergi Ramadhan melewati umat manusia. Satu tarikh yg menyaksikan perpisahan manusia dengan satu bulan yg mulia, Ramadhan. Maka mulalah manusia itu berkejar2 ke arah Syawal. Bulan Syawal. Memang bulan Syawal itu dijadikan untuk bergembira. Menyambut kegembiraan setelah tamat menjalani perintah dari Pemerintah Alam, Allah jalla wa 'ala. Akan tetapi, kegembiraan itu tidaklah sebesar seperti Rahmat yg ditiwarkan pada bulan Ramadhan. Allahu akbar. Sebelum kita berpisah secara rasmi yg disempadani oleh Syawal kelak, marilah kita merangkul sesungguhnya ramadhan pada kali ini. Rindulah ia. Tangislah untuk pemergianya. Tidak pasti kita akan menjumpainya pada masa yg mendatang. Amat tidak pasti. Mohon kita dipertemukannya sekali lagi dengannya hendaknya, YA ROBB. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment