September 22, 2010

kemegahan yg tertimbus...

Assalamualaikum.
Syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi mengizinkan jari jemari ini untuk terus menyusun patah2 kalam yg terpercik dari lautan khazanahNYA yg Agung. Maha suci Allah.

Suatu ketika dahulu,di suatu abad,empayar Islam telah dapat ditegakkan.Suasana dunia pada ketika itu terang benderang disuluhi sinaran peradaban Islam. Pada saat itu, seakan dunia ini dipayungi dengan rahmat Islam yg mendamaikan umat manusia di bawahnya. Islam pada waktu itu ibarat seekor singa yg gah dengan keberanian dan kebengisannya sehingga digelar Raja rimba. Tiada siapa yg berani menyedarkan raja rimba itu daripada tidurnya. Awas bagi sesiapa yg mengganggu!! Ketajaman bilah taringnya telah tersedia untuk merobek sesiapa sahaja. Cuma menunggu kedatangan. Nah!! Sebegitu rupanya sekali gahnya Islam pada abad itu.


Permandangan Masjid Kalan di Bukhara, Urbekiztan



Menara2 masjid dibangunkan dengan begitu rancak. Binaan demi binaan tersergam gah dipersada kota yg sarat dengan umat manusia. Kemajuan demi kemajuan digapai dalam kebanggaan ahli kota. Armada2 yg gah berlayar di dada lautan memberitahu sekalian pelayar bahawa itu adalah wilayah takluk Islam. Laungan takbir di segenap penjuru sahaja sudah cukup menghambat kemaraan perajurit3 musuh yg mampir. Sistem pertahanan yg begitu mantap. Begitu bengis. Pantang dicabar. Pantang mendengar tangisan ketakutan daripada penduduk kota. Amat pantang. Apabila ada sahaja bunyi rungutan anak2 kota yg kedengaran, lantas arahan diturunkan. Para perajurit bergegas membawa laungan Allahu Akbarr bersisipkan bilah pedang di sisi...hanya terbayang musuh rebag di depan mata ataupun shahid di medan. Amat garang tentera Islam pada tika itu. Tiada siapa yg berani untuk tampil melemparkan cabaran, kerana sudah yakin di dada mereka hanya maut yg bakal disambut kembali.


Pintu masuk utama Istana Khalifah An Naser Lidinillah yg dibina pada zaman pemerintahan Abbasiah


Dengan kemegahan yg dikibar, Islam terus melangkah merentasi benua, melayari samudera dunia. Detik demi detik, kurun demi kurun berlalu, Islam kian berada di kemuncak. Hampir segenap benua berada di bawah pemerintahan ISLAM. Hampir sepertiga lautan jatuh ke tangan armada2 laut tentera Islam. Semua itu hanya dibawah satu takhta yg agung. KHALIFAH. Hanya satu pengemudinya. Apabila satu tempikan semangat dilemparkan, maka sahutan gemuruh yg berbalas. Apabila satu percik air mata tangisan tertumpah ke tanah, maka laut darah yg menjadi taruhan sebagai ganti. Begitu hebat Umat Islam pada ketika itu. Allahu Akbar. Begitu teguh takhta Islam pada abad itu.


Pemandangan dari luar Kota Alhmbra, Granada yg dibina pada zaman pemerintahan Kerajaan Nasriah, Spanyol



Segala-galanya itu bermula pada abad yg ke 6. Seorang manusia agung telah dibangkitkan sebagai perutusan. Perutusan daripada kerajaan di langit. Pertusan sebagai pengantara kerajaan di langit dan kerajaan di bumi. Kemegahan itu terus berkibar, berkibar dan terus berkibar. Sehinggalah ke suatu detik masa. Masa itulah yg menjadi saksi runtuhnya kemegahan itu. Kemegahan yg telah dibina sekian lama. Kemegahan yg menyala di saat waktu dunia yang sedang berada dalam kegelapan kejahilan. Gelap sepertinya dalam lautaan. Lautan kejahilan. Terhalang daripada cahaya ilmu pengetahuan. Terkurung dalam dimensi sendiri yg dicipta. Cahaya Islamlah yg menyelamatkan mereka daripada terus lemas dalam arus kegelapan. Zaman itulah yg sering disebut2 dalam lembaran kitab2 sejarah. Zaman Kegelapan Eropah(Dark Age). Islam bangkit ketikamana saat dunia eropah pada ketika itu berada dalam kegelapan. Bangkit dan terus bangkit. Wilayah demi wilayah ditakluk. Hinggalah satu empayar agung tertegak. Tertegak megah sehinggalah ke suatu waktu. Abad yg ke 16. Empayar agung itu mulai longlai. Mulai surut megahnya. Mulai mengendur. HUH!!! Dan kelonglaiannya itu makin tampak kelihatan. Hari demi hari, tapaknya kian longgar. Terus longgar. Sehinggalah saatnya menyembah bumi. Lesap dari alam dunia. Terus lesap. Lesap pada awal abad yg ke 20.Segala-galanya berakhir. Berakhir di suatu daerah yg di beri nama Turki. Daerah itulah yg menyaksikan rebahnya empayar Islam yg dulunya gah yg teramat. Yg menyaksikan khalifah yg terakhir pada ketika itu, diusir. Satu detik yg amat pedih buat umat yg bernama Islam. Empayar itu terus tertimbus. Tertimbus dan terus menunggu saat ia akan dibangkitkan kelak. Tidak diketahui bilanya ia. Itulah saat yg mula menyedarkan umat Islam daripada terus hanyut dalam arus kemegahan. Lemah dalam kemegahan.Lemah itulah yg telah meranapkan tamadun Islam yg hebat itu. Lemah kerana adanya unsur2...

1. Perebutan kuasa
2. Derhaka kepada pemimpin
3. Khianat terhadap kaum sendiri.


Amat pilu apabila mengenangkan saat dimana terkuburnya empayar itu. Lenyapnya segala kemegahan yg terbina.Kemanakah lesapnya Kerajaan Umawi, Kerajaan Abbasi, Kerajaan Uthmani yg suatu ketika dahulu amat digeruni?Kemana hilangnya zaman3 itu? Dimanakah kemegahan2 itu?? Hanya terpahat di dinding2 sisa2 binaan yg telah usang. Hanya termaktub dalam lembaran2 sejarah. Hanya sekadar modal bualan. Hanya sekadar penanda bahawa Islam ppernah berkuasa. Itu sahaja. Kemegahan yg terpahat di bangunan2 dan sisa2 tamadun sekadar untuk menjadi tontonan umum. Yg sering kita saksikan sekarang ini. Sisa2 dan tinggalan2 bangunan yg menjadi bukti bahawa satu empayar Islam pernah menduduki takhta dunia suatu ketika dahulu, pernah memerintah dunia ini suatu ketika dahulu, pernah mengembangkan satu empayar yg begitu besar dan pernah melindungi keselamatan umatnya...... Amat sayu. Alangkah indah jika empayar itu masih lagi memerintah pada detik ini. Masih lagi berkuasa. Jikalaulah ia masih menaungi dunia ini memayungi umat Islam pada ketika ini. Jikalaulah dan jikalaulah.......hanya itu ungkapan yg mampu dilafazkan.

Kemana perginya tamadun itu?!!!

No comments:

Post a Comment