July 04, 2011

sungguh indah ciptaan Allah...

Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat2 sekalian.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak meng'update' post pada kali ini setelah sekian lama sudah  jari jemari tidak mngatur rentak di atas lapangan keyboard ni. Alhamdulilah. Bukanlah kedapatan topik yg amat menarik atau bermanfaat untuk post  kali ini, just untuk melapangkan minda sahaja dek  'di tengah2 gelora ombak yg sedang kuat membadai', yg menghanyutkan perahu yg sarat dengan akal, jauh dari ketenangan alam ciptaan Allah.

Sekarang ni, di Mesir, kami pelajar2 sedang menempuhi 'fatrah imtihan', khususnya Universiti Al Azhar. Exam final ni akan berlansung untuk kira2 selama sebulan lebih, bermula dari awal bulan Jun hingga ke bulan Julai. Hanya Allah sahajalah yg mengetahui betapa gentingnya saat2 yg sedang berlalu.=)

Biasalah, kala tibanya musim exam ni, macam2 emotion yg singgah, terutamanya stress. Gejala yg biasa melanda kebanyakan pelajar kala menjelmanya musim exam.

STRESS?

Kenapa stress?Hmm..
Mungkin kebanyakan dari kita, yg mengamalkan tabiat "last minute". Ramai yg akan menukarkan mode mereka dari 'Mode Relax2" ke "mode exam" secara mendadak. Dari keadaan rehat lansung terus kepada tahap yg maximum. Inilah sebenarnya yg menjadikan otak kita stress sebenarnya, ditambah pula dengan beban yg terlampau banyak sehingga memenatkan otak.

Apabila otak kita sudah penat, maka pelbagai "emotion" akan lahir. Otak kita akan sedaya upaya mncari jalan untuk lari dari 'kesibukan' yg berlaku di dalam otak. Maka segala macam perkara selain dari membaca akan dirasakan amat "best", walaupun ketika keadaan biasa, kita tidak pernah melakukannya.=)

OK. Stop untuk stress. Kita bercakap pula soal benda yg menhilangkan stress. Bagi saya, untuk menghilangkan stress ni, amatlah mudah.

Salah satunya melihat kepada sesuatu yg akan memberikan kita ketenangan, samada alam di sekeliling kita seperti pokok, langit, sungai, laut, pantai...ataupun tempat2 yg mendamaikan seperti masjid.
Baru2 ni, saya mengahadiri solat jemaah di sebuah masjid berdekatan dengan penempatan saya. Usai menunaikan solat, saya terpandang seorang anak kecil yg masih lagi dikira bayi. Allah maha tahu. Betapa cantik dan comelnya rupa yg ada pada anak kecil itu. Saya beranggapan mungkin ianya dari keturunan Turkey. Segala keserabutan dan kekusutan di dalam benak, berkecai begitu sahaja seolah2 ditiup angin. Sungguh lapang minda saya ketika itu. Memang ada keajaiban pada ciptaan Allah ni. Sungguh mendamaikan jiwa.






Memang Allah menciptakan setiap makhluk ini, ada kelebihan dan hikmah. Allah menciptakan anak2 kecil, bayi, yg mempunyai penampilan yg begitu comel dan menarik perhatian bagi sesiapa yg memandangnya. Tidah hairanlah mengapa jika org membilang anak2 itu adalah "mawaddah" kepada kedua2 org tuanya.

Namun ada juga insan yg tidak mensyukuri ciptaan Allah yg amat indah ini. Ada yg sanggup membuang ciptaan Allah ini tanpa ada sedkitpun debunga2 kasih dan cinta di akar  hati. Lansung tidak!!!Kerana mereka telah dilaknat Allah, dengan firmanNya ",,,bahkan mereka itu lebih sesat dari binatang,,,". Nauzubillah min zaalik.

Kesimpulannya di sini, Allah menciptakan setiap makhluk itu dengan ciptaan  yg KAMIL, sempurna. Amat indah untuk ditatap, amat mendamaikan untuk dipandang, amat tenang untuk diamati. Bersyukurlah dengan nikmat PANDANGAN yg Allah kurniakan. Dengannyalah kita beroleh sesuatu kedamaian, ketengan, mawaddah dan kelapangan jiwa.=)