August 28, 2012

Solat dan hidup kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setelah sekian lamanya laman ini tidak berusik, akhirnya dapatlah juga kita menulis dan mencoretkan serba sedikit idea yg terpendam.=)

Moga2 masa yg kita curahkan, elektrik yg kita gunakan, nikmat mata dan akal yg kita nikmati untuk singgah di laman saya ini, mendapat bonus pahala per second hendaknya^^. Insya Allah.

Pernahkan kita terfikir, 'kenapalah manusia yg mengaku 'beriman' dengan Allah ni, yg melakukan solat, puasa n sbgnya, buat maksiat?'. Sedangkan diorang sembahyang je, puasa penuh pulak tu. Tapi, apabila berada diluar 'rangkaian' ibadah2 itu, mereka secara 360 degree berubah. Mereka sudah tidak lagi patuh kepada Allah sebagaimana mereka patuh ketika mereka berada dalam 'rangkaian' ibadah mereka. Maka lahirlah satu golongan yg solat tapi mengumpat, solat tapi mencuri, solat tapi menipu, solat tapi dan tapi...

Mungkin kita terfikir lagi,' Allah yg mereka sembah/taat masa sembahyang tu, berbeza ke dengan Allah masa mereka di luar solat mereka?'.

Jawapannya mesti dan semestinya tak, kan?

Tapi kenapa?

Bukankah Allah dah sebutkan di dalam kitabnya yang mulia

"sesungguhnya solat itu akan menegah seseorang itu daripada melakukan perkara keji dan mungkar" -mafhum ayat. Sila rujuk surah Al Ankabut(surah labah2/spider) ayat 45.

Jadi, apakah firman Allah itu tidak benar?

Jelas sekali tidak. Tidak ada kata2 atau keterangan yang amat2 tepat dan benar melainkan Al Quran yg suci dari segala kesilapan. Kerana ia turun dari Allah, yg mencipta seluruh isi alam. Allah lah yang benar.

Maka, dimana silapnya?

Tidak lain dan tidak bukan, silapnya dari hati pensolat itu. Cek balik hatinya. Cek balik ilmunya.
Kerana Islam yg diturunkan oleh Allah melalui rasulnya, mendidiknya umatnya bahawa setiap perbuatan yang terpancar dari diri seseorang itu, berpunca dari lubuk hatinya. Disebabkan itulah perkara yang mula2 diutamakan pada diri seorang muslim itu adalah hatinya yakni imannya. Jika molek imannya maka cantiklah amalnya. Begitulah acuan yang diberikan oleh Islam.

Jadi kenapa mereka yang solat itu dalam masa yang sama buat maksiat?

Sama seperti yg saya sebutkan tadi. Cek hatinya. Mesti ada bad sector di dalam hatinya. Bad sector itulah yang perlu dibaiki dan dibuang dari dirinya. Bad sector itulah yang mendorongnya melakukan maksiat apabila berada diluar rangkaian solatnya itu. Di dalam solatnya, dia merasakan bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah, akan tetapi apabila diluar solatnya dia merasakan bahawa Allah tidak lagi 'dihadapannya'. Di dalam solat, dia merasakan berdosa jika membuat perkara2 yg tidak sepatutnya, akan tetapi diluar solatnya tidak lagi. Orang sebegini sudah jelas bahawa mereka mengasingkan kehidupan mereka ketika solat dan ketika di luar solat mereka. Ketika solat, mereka tidak mengumpat, mereka tidak menipu, mereka tidak mencela, mereka tidak mencuri dan seumpamanya. Jika mereka berbuat salah satu perkara tersebut, maka batallah solat mereka.
Jika mereka menjaga hati mereka sewaktu solat itu, maka mereka mampu untuk mengawal dan menjaga hati mereka sewaktu di luar solat. Jika tidak, maka mungkin disebabkan hal inilah yang menjadikan hati mereka sentiasa liar samada di dalam atau di luar solat. Kerana fungsi solat itu adalah untuk satu cara 'training' untuk kita mengawal konsentrasi/khusyuk kita atau dalam erti kata yang lain adalah untuk menjaga hati.

Kerana apa? Kerana hati itulah harta dan kurnia yang paling penting. Dan ia mesti hidup!
Makanya, harus di cek balik solat kita. Solat kerana ikut2? Solat kerana takut dimarah? Ataupun solat untuk membaiki diri.?



Sekiranya dunia dan segala isinya yg menjadi 'qiblat' kita saat mendirikan solat, maka jelaslah bahawa ia sudah gagal. Solat yang gagal. Solat yg tidak dapat bonus pointnya. Solat yang tidak dapat 'memagari' dirinya dari panas api nereka Allah. Solat yang kosong.

Untuk akhirnya, jom kita jadikan hidup kita ini seperti hidup kita di dalam solat. Hidup di dalam keadaan yg penuh dengan ketenangan dan perhambaan. Hidup yang penuh dengan kebaikan dan jauh dari kemungkaran yg hina. Dan perlu kita ingat bahawa, setiap ibadah yg ditetapkan Allah ke atas kita itu bertujuan untuk mendidik kita. Suatu bentuk acuan yang sempurna.
Jom jadi hamba Allah yg paling baik^^,

p/S: mohon maaf jika terdapat kesalah isi ataupun tidak sampai maksud yang sebenarnya. Mohon tunjuk ajar. Tq.=')






May 22, 2012

Exam, exam dan kita

Salam sejahtera dialukan=)

Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya untuk Dia. Pemilik segala alam. Allah azza wa jall.
Terasa pula jari jemari ni nk mencoret sesuatu di page yg dah lama xdikujung ni. Maklumlah sekarang ini, kami di Mesir sedang dilanda 'musim study'. So, biasalah bila tiba sahaja musim ini, sekalian manusia yg membawa title PELAJAR akn fokus dan fokus kpd BUKU. Segala jenis BUKU. Buku kuliah, muka BUKU, kedai BUKU dan bermacam2 lah jenis buku lg. Apa yg paling utama dan pertama di setiap minda mereka adalah BUKU. Kemana dan Siapa adalah BUKU. Memang akan duduk dalam kepompong BUKU. ALHAMDULILLAH=).

Exam dan Buku

Kedua2 elemen ni memang xdapat dipisahkan. Bagai pelangi dengan warna2nya. Kalau xcukup warnanya org xakan panggil pelangi kan?(betul ke?)So, macam tu juga dengan buku. Bila sebut buku, secara automatik otak kita akan membuat kiraan dan menghasilkan satu natijah, Exam. Ini kerana setiap ilmu yg kita pelajari @ terima perlu melalui satu jenis peringkat test untuk di 'grade'kn kualiti /mutu ilmu tersebut. Memang tidak dapat lari dari hakikat itu. Buku. Test. Exam.

Lagi-lagi Exam

Huhu. Sudah adat org mengaji. Memang kena exam @ imtihan. Hatta jika kita kaitkan dengan hidup kita sekarang ini, memang kita sedang berada dalam atmosfera IMTIHAN. Kerana apa? Sebab kita ini sedang di 'grade' kn oleh Allah untuk hari penerimaan IJAZAH jelak. Ijazah yg memberikan kita 'peluang hidup' di Syurga atau Neraka. So, kita perlu mempersiapkan diri untuk di test. Samada nak @ tak nak. BUKAN PILIHAN. Pilihannya hanya dua. Berjaya atau gagal. Kita yg memilih pilihan itu. Bukan mak ayah kita. Bukan lecturer kita. Bahkan bukan yg menjual sayur2 di kedai tu. Akan tetapi KITA je. Tak payah la kita ni duk sibuk duk tanya kenapalah ade exam?Sibuk la exam ni..Exam ni bidaah la..and bla2. Semua tu buang masa je. Sebab exam tu memang ada. ADA. Apa yg penting, kita mencari akal bagaimana nk lepas exam ni. Kan elok begitu. Kan2?=)

Exam dan Kehidupan

Ada sesuatu yg positif dengan exam. Exam itu mengajar kita. Masa, teknik, emosi dan harapan. Betapa exam itu mengajar dan mendidik kita supaya pandai menghargai masa, teknik yg berkesan untuk mendapatkan sesuatu, melatih kita untuk mengawal emosi(stress), dan juga pergantungan yg tinggi kpd pencipta kita. Semua itu merupakan nilai2 murni yg perlu ada pada setiap kita untuk terus hidup. So, exam ni sebenarnya suatu bentuk program yg dicipta untuk melatih kita bagaimana hendak hidup. How to survive. Kerana apa? kerana hidup kita ini memang tidak dpt dipisahkan daripada elemen2 tersebut-masa, softskill, emosi dan harapan.

Konklusi

Dunia ini berbeza2 mengikut pandangan masing2. Ada yg melihat dunia ini sebagai tempat ujian semata2. Ada yg melihat dunia ini sebagai tempat keseronokan. Ada yg melihat dunia ini sebagai suatu dimensi yg asing dan perlu kpd survival. Berbagai2 perpsepsi yg dilahirkan. Namun itu semua kembali kepada bagaimana kita melihat dan menilai dunia itu sendiri. Jika seseorang itu memandang dan beranggapan bhwa hidup itu susah, maka dia telah membina suatu rintangan di sekeliling hidupnya daripada kemudahan. Jika dia melihat bhawa dunia itu mengecewakan, maka dia telah menjadikan dunia di sekelilingnya kecewa dengannya. Jika dia melihat dunia itu suatu bentuk kesenangan dan kejayaan, maka dia telah membuka pintu2 kejayaan tersebut. We are how we see. Sama2 kita melihat exam itu sebagai satu medan percubaan dan latihan agar kita mendapat apa segala kebaikan darinya=). Kerana dunia ini untuk mereka yg BERJAYA untuk menjadi yg BERJAYA di akhirat kelak. Jika kita positif maka kita beroleh positif dan begitulah sebaliknya.

Sekadar perkongsian. Wallahu a'lam.

May 07, 2012

perindu malam


Perindu malam,
Seakan didengar resahnya, 
Menangis di sisi syahdu, 
Mngesat air mata noda,
Berlapikkan amal yg lusuh.

Perindu malam,
Tubuhnya tua dgn doa, 
Lebar telapak tangannya,
Menadah tumpahan dosa, 
Yg tak pernah reti untuk surut.

Perindu malam,
Tua umurnya,
Merindui sang Pengasih,
Membilang umurnya,
Dicelah butir2 tasbih.

 _perindu sufi_7/5/2012

December 31, 2011

selamat tahun baru, moga menjadi diri yg baru~2012

Salam sejahtera.


Alhamdulillah masih lagi diberikan  ‘masa’ oleh Allah yg telah menciptakan masa untuk meneruskan saki baki hari yg tinggal kerna besok kelak akan dipanggil pulang jua. Ada diantara kita pada saat ini mungkin sudah ditamatkan masa olehNya, mungkin juga ada yg masih lagi berbaki sesaat cuma untuk terus melihat keindahan dunia yg telah Allah hamparkan buat hamba2Nya yg bersyukur mahupun yg tidak. Allah, Maha pemurahnya Engkau. Tiada selain Engkau yg mengasihi kami. Itulah sebabnya kita perlu berterima kasih buatNya sementara kita masih lagi diberi peluang untuk menjenguk indahnya alam pinjaman ini, betapa permainya kejadian yg telah Allah sediakan untuk sekalian manusia. Dan manusia itu tidak lain adalah diri kita yg sedang membaca risalah ringkas  ini.


Pada saat ini, sedar mahupun tidak, mahu atau enggan, rela atau paksa, kita telah dihanyutkan oleh aliran masa yg begitu deras sekali mengalir ke muaranya. Ya, masih dalam perjalanannya ke muara itu. Muara pengadilan. Kita telahpun ditolak oleh masa itu untuk sama-sama menuju ke arah muara itu.Dibawa arus masa yg sedang mengalir.

Sekarang ini kita sedang melalui suatu daerah yg ditandakan sebagai Daerah Tahun 2012. Baru sahaja melepasi satu daerah yg penuh dengan erti hidup buat seorang insan. Padat dengan isi2 sejarah yang telah diisi selama 1 tahun. Maka kini kita sedang melalui satu daerah yg asing lagi baru, yg dihadapannya kelak, belum diketahui lagi sekuat mana hali lintang yg membadai, jernih atau keruh air di depan sana, gelap atau cerah hari yg mendatang, masih dalam rahsia pencipta.


Terus melangkah

Bak kata pepatah inggeris, ‘yesterday was a history, today is present and tomorrow is mystery’. Jika  ditilik pepatah itu, memang ada benarnya. Sememangnya kita ini sedang menulis sebuah sejarah tentang diri kita. Sejarah kita dari dahulu sampailah saat kita di’kerah untuk pulang’ suatu saat nanti, telah dan sedang dicatit dan ditulis oleh pelakar sejarah dunia manusia, Raqib dan Atib. Mungkin kita tidak menyedarinya kan?Emm..memang. Kita tidak pernah bersua dengan mereka. Tapi, mereka sejak dahulu mengawasi kita. Mengawasi untuk menulis sejarah kita. Sejarah yg baik atau sebaliknya. Semuanya telah ditulis sebagai bukti pembalasan kita pada suatu hari kelak. Tidak pernah satu saat pun mereka lalai dari kita, Cuma kita yg lalai dengan mereka. Allahu rabbi..

Akan tetapi, langkah perjalanan hidup kita perlu diteruskan. Biarlah sejarah buku hitam kita yg dulu dijadikan sebagai sempadan di dalam diri kita buat hari yg mendatang. Jadikan ia sebagai ‘guideline’ untuk kita terus melangkah dalam masa yg singkat ini. Terus dan terus. Setiap saat kita mengharungi aliran masa. Saat demi saat berlalu. Minit, jam, hari dan seterusnya. Yang penting sinar untuk terus hidup dalam RedhaNya masih ada. Usah dicari malam yg hilang, tetapi carilah pagi yg menyinar esoknya. Sesungguhnya sejarah hitam yg silam akan terus memanggil kita selagi kita membalas panggilan itu. Maka harus kita sapu bersih2 segala kotoran2 hitam yg lalu dari lapangan akal kita. Sebaliknya kita perlu menulis kembali ia dengan abjad2 suci yg akn menhilangkan segala kotoran yg lampau.

Firman yg MAha mulia:
“sesungguhnya kebaikan itu akan menhilangkan keburukan..”Al Ayah.

Maka, jangan difikir perkara yg lepas, sebalikya jadikan ia hanya sebagai sempadan dalam hayat hidup yg masih ada. Apa yg perlu difikirkan adalah mengatur langkah ke hadapan dengan lebih yakin dan benar.
So, moralnya, sentiasalah menasihati diri kita yg sentiasa liar dari cahaya Allah. Lakukankan kebaikan untuk ‘cover’ balik kejahatan yg tlh kita lakukan pada tahun lalu. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Memberi ampun. Jangan takut ea. PENCIPTA kita amat2 baik, lebih baik dari sekalian makhluk yg pernah kita jumpai. Carilah rahmatNya dibawah teduhan MaghfirahNya, jangan diintai murkaNya di dalam KeangkuhanNya. Sentiasalah nyalakan sinar ‘positif’ dalam jasad kita moga2 terkeluar dari amalan kita sinar yg menyinari sekalian insan, insya Allah. Ingatlah, sejarah hidup kita tidak akan berakhir dengan berakhirnya masa kita di dunia, akan tetapi akan disemak olehNya di saat Pengadilan nanti. Ingat ye!!^^

Selamat menhadapi tahun baru, selamat berubah untuk diri yg baru yg lebih baik..
~berusaha untuk menjadi yg terbaik, Walaupun kita bukan yg terbaik~

Suratan dari sahabat, dunia akhirat^^.  


Akhir bicara, buat santapan telinga..=p

November 24, 2011

Monolog si hati dengan akal...

Assalam dan Alhamdulillah. Dapat lagi peluang untuk mencoret serba sedikit di ruangan blog ni, walaupun dah lama tertinggal, mengusang dek debu2 sejarah.. Apapun kita memang perlu berterima kasih untuk segala pemberian yg tak terhingga oleh si Dia kepada kita sehingga ke saat ini. ALHAMDULILLAH.Mari sama2 kita berterima kasih buatNya.


Tapi, kenapa perlu berterima kasih?Bukan ke apa yg kita peroleh ni sebab usaha kita?

Hmm..ye ke disebabkan usaha kita?

Ye kot...errr..

Rasenya taklah. Sape cakap semuanya kita yang usaha?

Kita berusaha ke untuk dapatkan oksigen?

Kita berusaha ke untuk dapat minum air?

Kita berusaha ke untuk dapat melihat wajah ibu ayah kita?

Kita berusaha ke untuk dapat berjalan pergi ke kuliah @ sekolah?

Kita berusaha ke untuk dapat merasai rasa sedap masakan ibu kita?

Kita berusaha ke untuk menjamin kesihatan tubuh kita?

Kan jawapanya TAK. Betul tak?
^_^
DAh tu sape yang uruskan semuanya tu?

Hmm...nk tau sape yg menguruskan semua perkara tu?

Jawapannya, TUhan kita, yang menciptakan kita sebagai makhluk yg paling 'canggih'.

Yang juga menciptakan lapisan2 langit yg amat2 tinggi.

Yang menciptakan bumi yang indah. Yang 'menghiasi' alam dengan bebintang bersama rembulan.

ALLAH~^_^

Allah la yg membuat semua itu.

Dia lah juga yang menjaganya.Hehe..

Oleh itu  perlu tak kita berterima kasih?^^

Perlu lah kan~

Pastu ape yang perlu kita buat untuk terima kasih?

Hmm...mudah je..

Sebagai contoh, ape yg akan kita  buat untuk berterima kasih kpd mak ayah kita?

Hmmm..ape yer?

Mesti lah kita ingin menceriakan hati mereka kan..

Mstilah kita ingin mereka gembira dengan kita kan..

Mesti kita tidak ingin melihat mereka marah disebabkan kita kan?

Mesti kita tidak mahu melihat mereka sedih, menangis kerana kita  kan?

so, begitu lah jawabnya.

KIta jangan buat Allah marah kat kita..

Jangan buat Allah bencikn kita..

Jangan buat Allah berpaling dari kita ye..

bleh tak?^_^

tak payah kan..

Buat apa yg Allah suruh dan tinggal apa yg Allah larang/ tak suka...

Tapi kalau kita dah buat Allah marah kat kita? Macamana ye?

Hmmm..

Nak tau tak satu perkara?

 
Nak tau tak bahawa Allah itu suka mengampun dosa2 makhluknya..

Nak tahu tak Allah itu amat2 lah sayangkn kita?

Nak tahu tak, Allah itu amat2 mengharapkan kita untuk pulang ke pangkuannya?

Allah itu lebih suka untuk memasukkan hamba2Nya ke dalam Syurga tau, walaupun Allah juga 


^_^...Tak pe kalau tak tau.

Mulai sekarang, jangan lagi buat Allah marah, jangan lagi buat Allah kecewa dengan kita..

Allah sayang kat kita, pastu takkan kita tak sayang kat Dia?

Kan kan..

Allah....

Dia memang PEMURAH DAN PENYAYANG. MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG.

Allah..

...
...
...
Betapa jahatnya aku ini, Engkau berikan aku segala2nya, apa yg aku pinta semuanya Engkau beri..

Apa yg aku sedih, semuanya Engkau basuhkan dengan air keriangan.

Segalanya2, engkau berikan kepadaku ya Allah.

Akan tetapi, aku sedikitpun tidak pernah kenal erti untuk berterima kasih kepadaMu.

Jahatkan aku ni?T_T

Ampunkan aku duhai tuhan yg maha penyayang...

Ampunkan aku duhai tuhan yg maha penyayang...

Ampunkan aku duhai tuhan yg maha penyayang...

aku ini memang makhluk yg engkau ciptakan sebgai yg mudah untuk lupa..

Lupa untuk berterima kasih.

lupa akan pemberian2Mu itu..

Mudah sekali untuk lupa.

Ampunkan aku duhai tuhan yg maha penyayang...

Satu saat lagi, engkau akan memanggilku balik..

Engkau akan tanya aku tidak cukupkah lagi segala nikmat yg Engkau berikan kepada ku.

Engkau akan tanya aku, adakah ada lagi tuhan Pencipta yg lebih baik dariMu?

Engkau akan tanya aku, adakah lagi pencipta yang lebih pemurah dariMu?

Adakah ada tuhan lain yang lebi baik sehingga kamu menderhakaiKu?

Pada saat itu, aku tidak mampu untuk menjawabnya, duhai tuhanku, duhai Penciptaku.

Hanya satu jawapan sahaja yang datang menemaniku.

TIDAK ADA TUHAN/ PENCIPTA SELAIN MU. DUHAI PENCIPTA SEKALIAN ALAM.

Tapi pada waktu itu aku sudah lagi tidak mampu berkata2.

Lidahku sudah engkau bisukan. Kerna dulu lidahku inilah yg kuat melafazakan 'dusta'.

Allahu rabbi...

Ampunkan aku duhai tuhan yg maha penyayang.....
Insaflah diri yg bernama INSAN.~
SEbelum Allah menanyakan soalan itu, alangkah baiknya jika kita menanyakannya dulu kepada diri kita.
Moga kita termasuk ke dalam golongan yg tahu erti terima kasih...^^


Dari hati kepada akal...
29 ZulHIjjah 1432H.