May 22, 2012

Exam, exam dan kita

Salam sejahtera dialukan=)

Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya untuk Dia. Pemilik segala alam. Allah azza wa jall.
Terasa pula jari jemari ni nk mencoret sesuatu di page yg dah lama xdikujung ni. Maklumlah sekarang ini, kami di Mesir sedang dilanda 'musim study'. So, biasalah bila tiba sahaja musim ini, sekalian manusia yg membawa title PELAJAR akn fokus dan fokus kpd BUKU. Segala jenis BUKU. Buku kuliah, muka BUKU, kedai BUKU dan bermacam2 lah jenis buku lg. Apa yg paling utama dan pertama di setiap minda mereka adalah BUKU. Kemana dan Siapa adalah BUKU. Memang akan duduk dalam kepompong BUKU. ALHAMDULILLAH=).

Exam dan Buku

Kedua2 elemen ni memang xdapat dipisahkan. Bagai pelangi dengan warna2nya. Kalau xcukup warnanya org xakan panggil pelangi kan?(betul ke?)So, macam tu juga dengan buku. Bila sebut buku, secara automatik otak kita akan membuat kiraan dan menghasilkan satu natijah, Exam. Ini kerana setiap ilmu yg kita pelajari @ terima perlu melalui satu jenis peringkat test untuk di 'grade'kn kualiti /mutu ilmu tersebut. Memang tidak dapat lari dari hakikat itu. Buku. Test. Exam.

Lagi-lagi Exam

Huhu. Sudah adat org mengaji. Memang kena exam @ imtihan. Hatta jika kita kaitkan dengan hidup kita sekarang ini, memang kita sedang berada dalam atmosfera IMTIHAN. Kerana apa? Sebab kita ini sedang di 'grade' kn oleh Allah untuk hari penerimaan IJAZAH jelak. Ijazah yg memberikan kita 'peluang hidup' di Syurga atau Neraka. So, kita perlu mempersiapkan diri untuk di test. Samada nak @ tak nak. BUKAN PILIHAN. Pilihannya hanya dua. Berjaya atau gagal. Kita yg memilih pilihan itu. Bukan mak ayah kita. Bukan lecturer kita. Bahkan bukan yg menjual sayur2 di kedai tu. Akan tetapi KITA je. Tak payah la kita ni duk sibuk duk tanya kenapalah ade exam?Sibuk la exam ni..Exam ni bidaah la..and bla2. Semua tu buang masa je. Sebab exam tu memang ada. ADA. Apa yg penting, kita mencari akal bagaimana nk lepas exam ni. Kan elok begitu. Kan2?=)

Exam dan Kehidupan

Ada sesuatu yg positif dengan exam. Exam itu mengajar kita. Masa, teknik, emosi dan harapan. Betapa exam itu mengajar dan mendidik kita supaya pandai menghargai masa, teknik yg berkesan untuk mendapatkan sesuatu, melatih kita untuk mengawal emosi(stress), dan juga pergantungan yg tinggi kpd pencipta kita. Semua itu merupakan nilai2 murni yg perlu ada pada setiap kita untuk terus hidup. So, exam ni sebenarnya suatu bentuk program yg dicipta untuk melatih kita bagaimana hendak hidup. How to survive. Kerana apa? kerana hidup kita ini memang tidak dpt dipisahkan daripada elemen2 tersebut-masa, softskill, emosi dan harapan.

Konklusi

Dunia ini berbeza2 mengikut pandangan masing2. Ada yg melihat dunia ini sebagai tempat ujian semata2. Ada yg melihat dunia ini sebagai tempat keseronokan. Ada yg melihat dunia ini sebagai suatu dimensi yg asing dan perlu kpd survival. Berbagai2 perpsepsi yg dilahirkan. Namun itu semua kembali kepada bagaimana kita melihat dan menilai dunia itu sendiri. Jika seseorang itu memandang dan beranggapan bhwa hidup itu susah, maka dia telah membina suatu rintangan di sekeliling hidupnya daripada kemudahan. Jika dia melihat bhawa dunia itu mengecewakan, maka dia telah menjadikan dunia di sekelilingnya kecewa dengannya. Jika dia melihat dunia itu suatu bentuk kesenangan dan kejayaan, maka dia telah membuka pintu2 kejayaan tersebut. We are how we see. Sama2 kita melihat exam itu sebagai satu medan percubaan dan latihan agar kita mendapat apa segala kebaikan darinya=). Kerana dunia ini untuk mereka yg BERJAYA untuk menjadi yg BERJAYA di akhirat kelak. Jika kita positif maka kita beroleh positif dan begitulah sebaliknya.

Sekadar perkongsian. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment