March 16, 2011
hikayat Sang Alam,,,
Kala subuh berhias di ufuk pagi,
sekalian fauna bermadah pujian,
seanggun ciptaan flora menghampari alam,
mentasbih cantiknya Yg menciptakan.
siulan bayu pagi,
mendayu2 membisik, berhikayat
sungguhnya Sang Alam sudah jaga,
kala jaganya bukan dek mimpi
melainkan atas daulat Raja
jaganya Sang Alam, bertemankan
umat dipanggil insan,
sejak berabad sudah menghuni,
mengheret janji maha kudus
ke hujung muara yg berkabus.
Nun di belakang yg kelam,
jika ditoleh menjejak silam,
telah terlakar sebuah hikayat
janji setia setiap nyawa, taat
tunduk kotakan janji yg terungkap.
Hari ini Sang Alam kembali jaga,
dahagakan tasik perjanjian tua
meninjau, kalaulah ada yg masih tersisa,
moga terbasah jua kehausan silam.
wahai umat pengheret janji,
sungguhmu lincah menghambat dunia,
pantasmu bertatih membilang langkah,
sedarlah,
kelak jua akan rebah, menyembah
hina di kaki Khaliq.
Sebelum Sang Alam pulang
ke kamar menyambung hayat,
riwayatmu kekal mengalir,
menyoroti janji yg telah engkau alurkan,
sebelum menjengah indahnya dunia.
Bukan niat diungkit,
hanya untuk membangkit
sebuah cerita Sang Alam,
dilewati janji kudus,
kala nyawa di hening syurga.
Sekali lagi alam terjaga,
hausnya sejak berzaman
tak akan menyurut, menagih
selaut kejujuran yg kudus,
selagi manusia tiada lurus.
itulah hikayat Sang Alam
p/s: Harap maaf ye, "karya" saye ni xikut format,,juz nk try2..hehe,,apa2 komen dialu-alukan yer,,,dan mintak maaf bebanyak klau xdpt memahamkan kalian semua=P
March 11, 2011
Runtuhnya akhlak, runtuhlah segalanya...
salam sejahtera sekalian kepada sahabat yg dirahmati=).
Alhamdulillah. Tidak jemu lidah ini untuk menuturkannya buat sekian kalinya. Sememangnya ungkapan suci ini sudah menyinggah di bumi seawal usia penciptaannya. Sekalian makhluk tidak jemu bertahmid kepada tuhan yg menciptakan mereka. Ucapan inilah yg diucapkan setelah 'bangkit'nya satu ciptaan yg bernama Adam sewaktu ketika dahulu. Dan sehingga kini dan sampailah tibanya saat yg "diyakini tiba", ungkapan ini tidak akan pernah menyepi dari langit bumi ini. Jika tidak, maka 'saat' itu telah pun menjengah dunia.
Alhamdulillah...
Sebenarnya tiada apa yg ingin saya bawakan untuk ruangan kali ini. Cuma mungkin kedapatan sesuatu "cebisan" yg boleh kita kongsikan bersama untuk renungan dan muhasabah diri kita, insya Allah.
Pada malam itu, ia berlaku ketika saya bersama para jemaah ingin mengadakan majlis bacaan yasin beramai2. Seorang lelaki melemparkan kepada saya satu naskhah kecil. Lantas saya menyambut baik 'lemparan' itu. Selepas itu, saya membelek-belek naskhah itu. Mata saya terpandang suatu bait2 kalimah yg tersusun. Ya. Saya mengenali susunan 'bait' itu. Ia adalah susunan kalimah2 suci. Ternyata ia adalah sebuah naskhah yg mengandungi ayat2 Al Quran. Surah Yaasin. Hati saya ketika itu dapat merasakan satu sentakan yg hebat. Hati saya berbaur3. Marah, terkejut, bahkan terkedu. Saya istighfar berulang kali. Pada masa itu, hati saya memang berduka, sedih. Sedih apabila ayat2 suci yg dahulunya diturunkan dari Luh Mahfuz kepada Rasulullah, sudah tidak dihormati lagi, bahkan jauh sekali untuk dijulang dalam hidup. Ingin saja saya bertanyakan lelaki itu tentang perbuatannya itu. Adakah 'benda' yg pak cik lemparkan itu adalah majalah Mangga? Tapi, saya pendamkn saja hasrat itu. Sungguh berat soalan itu untuk dihamburkan dari lidah saya. Lalu saya hanya beristighfar panjang jauh di lubuk hati. Moga Allah mengampunkan dosa kami.
Daripada petikan cerita di atas, mungkin kita sedia mengetahui bahawa akhlak di kalangan umat Islam pada ketika ini sudah sampai ke tahap "nyawa2 ikan" bahkan mungkin ada yg sudah mati. Nauzubilllah kita berlindung. Akan tetapi, itulah hakikatnya umat Islam pada masa ini, abad ke 21. Itu adalah secebis daripada "kebiadaban" yg berlaku buat saat ini. Biadab terhadap terhadap ayat2 Allah. Baik dari segi muamalah dengan manusia sendiri lebih2 lagi dengan Tuhan sekalian alam. Rabbul Jalil. Jika Allah sudah lagi dihormati, maka siapakah lagi harus kita harus lebih berakhlak? Padahal Dia lah 'segala-galanya' buat kita sebagai makhluk. Lebih tepat sebagai hamba sehaya. ASTAGHFIRULAH. Sudah tidak ada perasan takut kepada Allah, jauh sekali malu terhadapnya.
JIka sudah tiada akhlak, maka lawannya biadab. Mudah sahaja petuanya. Jika kita bicarakan soal adab ataupun akhlak ini, banyak furu'(section2) yg akan kita temui. Baik akhlak dari segi ibadat, muamalat, soal berpakaian, bersahabat dan segala rutin harian kita tidak akan terlepas daripada 'dipakaikan' dengan akhlak(akan dibincangkan dalam post yg lain). Sememangnya akhlak adalah penyeri kepada setiap sesuatu yg berkaitan dengan manusia. Penyeri kepada tingkah laku kita adalah akhlak. Penyeri kepada fizikal kita juga adalah pakaian yg bercorakkan akhlak. Mahupun insan yg diberi nama lelaki dan wanita, juga akan diserikan dengan akhlak. Jika kita bandingkan dengan hal semasa di sekeliling kita, akhlak ini seakanlah accesories pelengkap. JIka kereta misalnya, segala yg menhiasnya itu adalah "akhlak"nya, seperti warnaya yg memikat, designnya, serta accesories tambahan padanya. Begitu juga manusia. Perlu ada yg melengkapkannya dengan "accesories" yg akan menjadikannya lebih cantik, anggun dan "styler".
Akhlak ini ada tunjangnya. Seperti basement yg ada pada setiap bangunan yg gah terpacak. Tanpa basement itu, bangunan itu tidak akan dapat berdiri mendongak langit. Begitu juga akhlak kita. Perlu ada yg menjadi basementnya. Dan basementnya itu adalah Iman kita kepada Allah. Sekuat mana basement itu akan menjadi ukuran kepada kuatnya akhlak kita. JIka longgar basement itu, maka rapuhlah akhlak kita. Kata orang, akhlak ini juga seperti cerminan iman kita. Yakni jika baik iman kita di dalam, maka eloklah akhlak kita di luar. Akan tetapi ada juga yg memberi 'alasan' bahawa yg elok akhlaknya itu tidak semestinya baik di dalam. Dan yg buruk di dalamnya tidak semestinya buruk di luar. Macam topenglah kata mereka. Hmm. Sememangnya itu adalah menyalahi hukum. Akan tetapi mmg ada kebenaran disebalik semua perkara. YA! Memang tidak dinafikan itu. Akan tetapi sebagai menunaikan tuntutan ISLAM, maka seharusnya kita menilai segala sesuatu perkara itu dari aspek positif, bukannya mengambil yg negatif untuk dijadikannya sebagai dalil ataupun hujah kita lantaran ada terselit di hati kita untuk 'berpihak' kepada golongan yg tidak berakhlak itu. Yang lebih menyedihkan hati, alasan2 yg sedemikian seringkali melewati sepasang telinga kita, biarpun satu tuntutan yg lebih besar telahpun mereka belakangi. Suruhan Allah supaya menutup aurat. Bukanlah masalah baik buruk luaran atau dalaman mahupun masalah 'penyamaran akhlak' yg lebih utama. Bukan masalah "buah yg buruk di dalam". Akan tetapi yg perlu dibesarkan dan dirunsingkan adalah ia adalah perintah Allah. Perintah Allah agar menjaga aurat. Perintah Allah untuk menitik beratkan masalah aurat, bukan mengambil ringan. Kerana aurat itulah penyebab kepada sebahagian besar 'permasalahan akhlak' yg lain.
Sememangnya si Iblis sudah berjanji untuk menghasut manusia sampailah ke lubang jarum sekalipun. Sekecil2 perkara dan seremeh2 perkara. Jika masih ada ruang untuk mencelah, maka ia akan menggunakan peluang itu. Memang kita tidak nafikan bahawa adanya ulat di dalam buah yg dari luarnya nampak baik. Ulat itu sebenarnya hati kita yg memihak kepada batil. Dan hanya dengan taubat dan zikrullah dapat menyingkirkannya keluar dari tubuh kita. Apa yg penting di sini adalah keadaan yg di dalam itu, iman. Akan tetapi tidak bermakna bahawa tidak perlu dipakaikan dengan nilai akhlak kerana ia adalah kunci kepada rahmat Allah. TIdak akan pernah lengkap iman itu tanpa adanya akhlak. Sama seperti rumah yg tiada atap.
Akhlak ini dengan kata lainnya adalah pelengkap ataupun accesories tambahan yg akan melengkapkn iman seseorang. Sebagai perumpamaan, kita berhasrat untuk membeli buah-buahan yg lazat dan segar. Lalu kita lalu di kawasan yg mana di sana ada 2 buah kedai buahan yg besar. Yang satunya, kedai A, menjual buah-buahan yg elok dan kelihatan 'fresh' dan sebuah kedai lagi, kedai B, menjual buah-buahan yg sudah nampak buruk dan lama. Maka untuk menarik minat pelanggannya, tuan yg menjaga kedai B itu melaung2 mengatakan bahawa buahnya adalah yg terbaik. Dia mengatakan bahawa keadaan luarnya sahaja yg kelihatan buruk dan lama sebegitu, namun isinya di dalam semua baik2 belaka. Satu soalan untuk sahabat2 sekalian, adakah kedai B itu akan kita kunjungi setelah tuannya itu memberitahu sedemikian? Ataupun kedai A yg akan kita kunjungi disebabkan kita melihat buah2 di sana lebih elok dan segar walaupun tuanya tidak memberitahu apa2 kepada kita tentang buahnya?Semestinya, secara adat, kita akan memilih kedai A untuk dijadikan destinasi.
Nah, begitu juga akhlak. Ia adalah pelengkap dan bukti kepada moleknya "isi" kita. Walaupun "isi" kita itu tidaklah sebaik yg disangka. Akan tetapi sekurang2nya kita meyakinkan masyarakat bahawa kita ini adalah baik. Akan tetapi bukan untuk mengambil kesempatan yg ada. Oleh sebab itu, iman dan takwa kita yg akan menjaga kita dari melakukan hal2 yg sedemikian. Ingatlah bahawa apa yg kita cuba tampilkan adalah semata2 kerna Allah, tiada yg terselit untuk makhluk. Allah adalah kekasih kita yg ingin kita tunjukkan padaNya keikhlasan cinta kita terhadapNya.
Akhlak ini tidak dapat kita pisahkan daripada kehidupan yg sedang kita jalani ketika ini. JIka kita berhadapan dengan manusia, maka akhlaklah yg menjadi pengikat dan penyubur kasih sayang. Dan jika kita berseorangan pula, kita sebenarnya berhadapan dengan Allah, maka akhlak itulah yg menjadi siraman yg akan mengukuhkan tautan cinta kita kepada Allah, sang Pencipta. Jika kebiasaan, ungkapan yg seringkali kita dengari adalah "tak kenal maka tak cinta", akan tetapi pada kali ini kita susun kalimah baru, "tiada akhlak maka tiada cinta..".Hehe.
Banyak yg masih perlu kita dalami soal akhlak ini. Akhlak ini bukan soal local problem, sebaliknya adalah universal problem yg sedang dialami oleh umat Islam pada saat ini khususnya, dan masyarakat manusia amnya. Tanpa akhlak, runtuhlah tamadun manusia. Memang sudah tercatat di suratan2 sejarah lampau, setiap tamadun yg musnah itu, semuanya adalah berpunca runtuhnya akhlak dan melanggar syariat Allah. Yang lebih jelas adalah tamadun yg di asaskan oleh umat Islam sendiri. Runtuh dalam debu2 dosa dan kemaksiatan. Apabila runtuhnya akhlak, maka runtuhlah ketamadunan.
Apa yg penting?!!! Jaga AKHLAK!!

February 19, 2011
apa bezanya kita, Yamin?
Seringkali soalan seperti itu mnyinggah benakku. Namun apabila datangnya soalan itu, aku lansung membiarknnya. Biar surut pergi dalam lamunanku. Tidak payah untuk mengelaknya. Hanya pastikan mukanya tidak terbit dalam fikiran.
“Kau ni memang pengecutlah, mengaku sajalah!”itu pula jawabnya jika aku berpaling darinya. Huh!
Namun, itu semua mustahil bagiku. Setiap hari aku menatap wajahnya. Aku tidak dapat lari dari itu. Masakan ingin melupakannya jika setiap masa bertentangan muka. Aaah! “lupakanlah saja hasratmu itu, Syimal.”
Aku kalah dengan sindiran itu.
Memang aku akur dengan kehebatan Yamin. Kebanyakan orang sering mnyebut namanya. Taklah macam aku ni. Disisihkan. Aku tahu itu semua. Tapi apa yg menyebabkan aku memang jauh berbeza dari Yamin. Dari paras kami berdua, memang tidaklah ketara sangat. Aku tetap cantik. Tidak ada cacat cela yang membezakan aku dengan Yamin. Memang pedih hatiku jika bertanyakan soal itu. Tiada siapa yg memahamiku. Aku kecewa . Sungguh kecewa sekali.
Tetapi, bila teringatkan satu peristiwa dulu semasa aku sedang bermain, aku sempat melukai si Yamin tu. Tidak semena hatiku puas kerana dapat melakukan itu. Rasa tidak puas hatiku reda sedikit. Alangkah riangnya hatiku jika peristiwa itu berulang kembali.
Namun peristiwa itu masih tidak cukup bagiku. Segala pujian dan kebangggaan terhadap Yamin sering menyaitkan telingaku.Aku masih ingat saat kecilku dahulu. Guru kami sering berpesan agar sentiasa mendahulukan Yamin. Dari kecil sehinggalah sekarang, nama Yamin memang tidak sepi disebut. Bahkan seakan diratib pula. Jauh sekali namaku untuk didengar dari bibir2 orang banyak. Lainlah jika dikaitkan dengan perkara2 yang tidak baik, maka nama Syimallah yg disebut2. Apakah adil nasibku sebegini.
Orang selalu berbisik2 kelebihan Yamin. Katanya Yamin tu pilihan Allah lah, nabi yg mengutamakanlah, macam2 perkara yg sedap didengar telinga, semuanya dikaitkan dengan nama Yamin.
“kenapalah aku ni dicipta?Apakah perlu aku diciptakan?”.
“astaghfirullahal azimm, bagaimana boleh engkau mengatakan sedemikian rupa terhadap penciptamu wahai Syimal?”.
Aku terdiam. Ya. Aku sedar bahawa ungkapanku itu berlebihan. Seakan mahu mencabar hikmah Tuhanku pula. Astaghfirullah.
Ya. Aku masih waras. Semestinya pasti ada hikmah di sebalik penciptaanku ini. Cuma aku yg tidak menyedari hakikat sebenarnya sahaja. Malangnya nasibku. Kesian si Yamin. Kenapalah aku asyik menyalahkannya saja.
Walaupun si Yamin itu mempunyai nama yg baik disisi orang banyak, namun aku tidak boleh menyalahkannya disebabkan kehebatan dan kelebihannya itu. Memang nabi sendiri yg menegah agar jangan sesekali berhasad dengki dengan orang lain. Aah! Betapa jahilnya aku ini. Memang patut orang memuji si Yamin itu. Walaupun aku pernah melukainya sebeluj ini, dia tidak pernah berdendam kepadaku.
“Syimal, kau tidak boleh terus begini. Sampai bila engkau terus saja hendak menyalahkan orang lain disebabkan kelemahan yg ada padamu itu?”.
“Jika engkau terus begini mal, lebih sampai bila pun tidak ada orang yang akan membelamu. Sampai bila2..”
Aku merengus akur. Memang itu yg sebenarnya. Tidak akan ada peluang bagiku jika aku masih terus begini. Aku harus bangkit dari kekuranagan dan kelemahan ini. Jika si Yamin itu boleh, kenapa aku tidak boleh?
“Apa bezanya aku dengan si Yamin tu?”.
“Memang tidak ada.”,bisikku dari dalam.
Ya. Aku pernah mendengar alunan ayat2 suci yg menerangkan pasal ini.
“sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehinggalah mereka sendiri yg mengubahnya…”.
Ya. Jika si Yamin itu boleh menulis, maka kenapa aku tidak. Jika si Yamin itu boleh bermain, masakan aku tidak boleh. Jika si Yamin itu kuat, kenapa aku harus lemah dan jika si Yamin itu mempunyai kelebihan, bagaimana pula aku tidak.
“semua jawapan itu, engkau sedia mengetahui , duhai Syimal!”.
“Benar! Engkau sedia mengetahui perkara itu. Cuma engkau sahaja yg tidak menyedarinya.”
Aku sedia mengetahui kelebihan yg ada padamu. Dari dulu lagi orang banyak serng menyebutnya. Kata mereka, engkau ni mempunyai pelbagai fadhilat. Allah pun lebih sukakanmu, malah seringkali diceritakan namamu dalam alunan ayat2 suci. Rasulullah pun lebih menyarankan sahabat2 baginda untuk mengutamakanmu. Ya. Aku memang akur. Memang benar.
Tapi walaupun demikian, ada juga orang yang masih membelaku. Kata mereka, aku ni terselamat dari melakukan perkara2 yg tidak baik kerana aku ni jarang digunakan. Itu saja yg pernah aku dengar tentangku dalam bentuk “pujian”.:)Setidaknya, tanpaku, mgkn engkau tidak dapat hidup dgn baik, Yamin. Apapun, kau tetap hebat.
“Kerana itu aku ingin menjadi sepertimu, duhai Yamin..”.
January 20, 2011
kerana sujud
Salam sejahtera. Syukur kepada Allah yg telah memilih kita daripada kalangan hambahNya yg sujud kepadaNya. Xde apa pun untuk post kali ini, melainkan sedikit perkongsian tntang SUJUD. Moga2 kita tergolong dalam golongan hamba2Nya yg sentiasa sujud.
Sujud,
tatkala terciptanya Adam,
bergemanya seru di langit,
memerintah sekalian malaikat,
sujud hormat kepada Adam,
Sujud,
kerna ego yang marak membakar,
terkabur jua pandangan hati,
sang iblis ingkar bongkok,
kerna ia dari panas api
Sujud,
mulanya kisah sang iblis,
dari abid kepada kafir ,
dari soleh kepada toleh,
hanya satu cita yang diimpi,
menyeru teman di dunia kini,
agar nun di jahannam tidak menyepi
Sujud,
engkau pemisah,
antara syurga dan neraka,
antara gelap dan sinar,
antara insan dan syaitan,
antara hak dan batil,
antara musa dan firaun,
antara syukur dan takbur,
Sujud,
aku bersaksi engkau agung,
kerna engkau mengenalkanku denganNya,
engkau jua yang mendampingiku,
tatkala aku dipisah dengan tembok lahad,
engkau jua yang membelaku,
setibanya aku di mahsyar sana,
dan,
engkau jua yang bersaksi,
aku adalah abid,
duhai Robb yang izzah,
terimalah kami dgn rahmat,
terimalah aku dengan sujud.
Sujudlah kalian...

Harap bermanfaat^_^. Wasalam.
January 02, 2011
Tenung2lah ia...
Lihatlah kebesaranNya…
Salam sejahtera.
Alhamdulillah. Segala puji hanyalah berhak untukNya. Tiada puji untuk makhluk yang bernama insan. Hanya untukNya. Itulah sebabnya apabila insan dipuji, lafaz yang selayaknya diungkap adalah "Alhamdulillahi rabbil 'alamiin". Kerana Dia yang memiliki segalanya. Dia yang menciptakan segalanya yang wujud di alam dunia. Segalanya adalah berada di bawah hukumNya. Allahu akbar.
Alhamdulillah. Telah lama rasanya jari jemari ini tidak melakar kalimah2 kat blog ni. Bukan kemahuan yg menyekat jemari dari menari3 di atas hamparan "keyboard", akan tetapi, sempadan waktu yang menghijab segala kehendak yang terpancar.
Hmm. Baru2 ni saya ada menghadiri kelas pengajian Phisiology di tempat kuliah saya, Jamiah Al Azhar. Madah Phisio ni adalah salah satu madah Kuliah Tibb Al Azhar untuk tahun satu dan dua. Sistem kuliah Tibb di Al azhar ni, ada sedikit kelainan jikalau hendak dibandingkan dengan sistem yang ada di jamiah2 seluruh mesir ni. Apa yang paling istimewa belajar di Azhar ni, adalah semua mahasiswa, tidak kira daripada mana-mana fakulti, wajib menghafal Al Quran. Itulah keistemewaan yang ada pada sistem pembelajaran Al Azhar. Tidak kiralah samada belajar di fakulti medic (Tibb), dentist (Tibb Isnan) mahupun engineering ( Muhandasah). Itulah kekuatan yang ada pada sistem Al Azhar. Madah Al Quran yang menjadi subjek wajib.
Subjek Phisiology ni, adalah satu ilmu yang mengajar tentang perjalanan sistem operasi yang telah Allah jadikan di dalam tubuh manusia. Subhanalah! Banyak perkara yang menakjubkan apabila mempelajari ilmu Phisiology ni. Sememangnya Allah sungguh hebat, Maha Bijaksana dan Maha Besar.
Firman Allah yang membawa maksud: “ Dan pada diri kamu wahai manusia( terdapat tanda2 kebesaran Tuhanmu), oleh itu apakah kamu tidak nampak( bukti2 kebesaran Allah itu)
*Harap maaf yer, saya tidak ingat surah apa ini.

Sememangnya terdapat banyak tanda2 kebesaran Allah pada setiap kewujudan makhluk di alam ini. Termasuklah pada makhluk ( ciptaan ) Allah yang diberi nama manusia. Maha Agung Allah. Subhanallah. Sebagai contoh, di dalam tubuh manusia, Allah telah menciptakan satu sistem yang amat3 sistematik dan canggih iaitu “nerve system” ataupun sistem saraf. Sistem saraf inilah yang mengawal segala keseimbangan tubuh kita. Denganyalah kita dapat melihat, merasa, sakit,lapar,melakukan pergerakan dan sebagainya. Sungguh besar nikmat yang Allah berikan kepada kita ini. Satu perkara yang Allah hendak tunjukkan kepada kita di sini adalah bahawa perlunya sesuatu sistem itu kepada satu pusat mekanisma yang mengawal segala yang berlaku di dalam tubuh manusia. Hanya satu pusat ataupun centre yang dikenali sebagai Central Nervous System ( CNS ) yang berpengkalan di kawasan otak. Segala maklumat yang berkaitan perjalanan mekanisma tubuh disimpan di sini. Subhanallah. Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana dalam mengatur segala sistem. Sebagai contoh, mekanisma Homeostasis yang berlaku di dalam tubuh kita. Mekanisma ini dicipta atau di’programkan’ untuk mengawal keseimbangan tubuh dengan begitu cekap dan tepat.
Contohnya jika seseorang itu mengalami kehilangan darah yang begitu banyak, secara automatik, maklumat tentang kekurangan darah itu terus dihantar ke pengkalan data untuk terus dianalisis. Setelah maklumat itu dianalisa, satu ‘perintah’ dikeluarkan dan dihantar kepada unit2 yang berkaitan untuk mengembalikan keseimbangan darah di dalam tubuh. Unit2 yang berkaitan ini akan patuh menuruti perintah yang dikeluarkan oleh ‘pihak atasan’ (CNS). Dengan penuh ketaatan tanpa banyak bicara, unit3 ini akan melakukan ‘tugas2’ yang telah dipertanggungjawwabkan. Maka akan terhasilah mekanisma penyeimbangan untuk mengatasi kekurangan darah di dalam tubuh. Subhanallah. Begitu canggih dan terpeerincinya sistem yg telah Allah aturkan untuk hambaNya.

Memang tidak patut dan lansung tidak dapat diterima akal jika ada sesetengah manusia yang mengatakan bahawa manusia ini terbentuk secara ‘semula jadi’ yakni terjadi secara sendiri. Usah dilihat jauh ke dalam tubuh kita, cukup sahaja dengan melihat bukti2 yang berada di sekeliling kita. Jika diambil contoh mudah seperti kerusi, adakah boleh diterima jika dikatakan bahawa ianya terjadi dengan sendiri? Langsung tidak relevan. Secara fitrahnya kita akan terfikir akan siapa yang membuatnya dan membentuknya mengikut kesuaian yang tertentu. Tambahan pula satu ciptaan yang dicipta yang disandarkan untuk yang lain seperti kerusi yang dicipta untuk manusia duduk di atasnya. Subanallahi ‘amma yushrikuun!!! Allahlah sebaik2 pencipta yang mencipta manusia. Hanya manusia yang tidak menyedari hakikat disebalik yg tersirat. Tidak mahu berfikir tentang kejadiannya yang amat3 komplek dan canggih. Hanya mudah terpegun dengan kecanggihan yang ada pada hasil ciptaannya sendiri. Kecanggihan yang ada padanya pula langsung tidak disedari. Tiada beza dengan binatang2. Mereka memang tidak diberi nimat akal seperti manusia untuk memikirkan kebesaran2 Allah pada dirinya. Mereka hanya pandai menggunakannya sahaja, tidak dapat memikirnya. Huh!!

********************************
Kerana itulah, setiap ilmu yang diturunkan Allah ke dunia ini, akan membawa penjelejahnya kepada pemilik ilmu itu sendiri, Allah SWT. Setiap pengetahuan yang dijelajah akhirnya akan membawa penjelajahnya mengenal pencipta alam ini, kerana setiap kebenaran adalah milik Allah. Memang benar wahyu Allah yang berbunyi..
“ sesesungguhnya akan takut kepada Allah itu adalah daripada hamba2Nya yang berilmu (tidak kira samada ilmu agama, sains dan sebagainya)…”
Oleh itu, jika kita menadah ilmu, satu perkara yang perlu kita pegang adalah untuk melihat kebesaran2 Allah yang bertebaran di setiap pelusuk alam ini. Segalanya sudah ada dihadapan kita. Hanya menunggu untuk diteroka. Mutiara2 kebesaranNya hanya akan dijumpai dengan penerokaan. Tidak kira di bahagian mana kita memeroka, samada perubatan, kesenian dan sbg, kerana hanya satu yg kita cari iaitu Allah. Allah ada didalam setiap makhlukNya. Jika kita meneroka di dalam bidang perubatan, maka carilah Allah di dalamnya. Jika keseniaan, maka carilah Allah di dalamnya. Kerana semua cabang2 ilmu yg ada, adalah dari Allah semuanya. Allahlah yg mencipta manusia, maka Dialah yang menyediakan segala keperluan yang seharusnya bagi manusia. Allah jugalah yang menjaga manusia, memelihara manusia, memberi makan, memberi tempat tinggal, dan segalanya2 adalah Allah.. Allah Akbar. Nah!! Itulah sifat Rahman Allah. Memberikan segalanya kepada makhluknya yang bernama manusia. Dengan sifat RahmanNya jugalah yang telah mengaturkan hukum peraturan bagi manusia. Dialah yg telah menurunkn Al Quran, megutuskan rasul .Akan tetapi hanya manusia yang tidak tahu berterima kasih kepadaNya. Malah melawanNya. Nauzubilllah. Kami berlindung kepadaMu ya Allah.
Wallahu a’lam bi uluumihi.

Subscribe to:
Posts (Atom)