January 02, 2011

Tenung2lah ia...

Lihatlah kebesaranNya…



Salam sejahtera.
Alhamdulillah. Segala puji hanyalah berhak untukNya. Tiada puji untuk makhluk yang bernama insan. Hanya untukNya. Itulah sebabnya apabila insan dipuji, lafaz yang selayaknya diungkap adalah "Alhamdulillahi rabbil 'alamiin". Kerana Dia yang memiliki segalanya. Dia yang menciptakan segalanya yang wujud di alam dunia. Segalanya adalah berada di bawah hukumNya. Allahu akbar.
Alhamdulillah. Telah lama rasanya jari jemari ini tidak melakar kalimah2 kat blog ni. Bukan kemahuan yg menyekat jemari dari menari3 di atas hamparan "keyboard", akan tetapi, sempadan waktu yang menghijab segala kehendak yang terpancar.


Hmm. Baru2 ni saya ada menghadiri kelas pengajian Phisiology di tempat kuliah saya, Jamiah Al Azhar. Madah Phisio ni adalah salah satu madah Kuliah Tibb Al Azhar untuk tahun satu dan dua. Sistem kuliah Tibb di Al azhar ni, ada sedikit kelainan jikalau hendak dibandingkan dengan sistem yang ada di jamiah2 seluruh mesir ni. Apa yang paling istimewa belajar di Azhar ni, adalah semua mahasiswa, tidak kira daripada mana-mana fakulti, wajib menghafal Al Quran. Itulah keistemewaan yang ada pada sistem pembelajaran Al Azhar. Tidak kiralah samada belajar di fakulti medic (Tibb), dentist (Tibb Isnan) mahupun engineering ( Muhandasah). Itulah kekuatan yang ada pada sistem Al Azhar. Madah Al Quran yang menjadi subjek wajib.
Subjek Phisiology ni, adalah satu ilmu yang mengajar tentang perjalanan sistem operasi yang telah Allah jadikan di dalam tubuh manusia. Subhanalah! Banyak perkara yang menakjubkan apabila mempelajari ilmu Phisiology ni. Sememangnya Allah sungguh hebat, Maha Bijaksana dan Maha Besar.


Firman Allah yang membawa maksud: “ Dan pada diri kamu wahai manusia( terdapat tanda2 kebesaran Tuhanmu), oleh itu apakah kamu tidak nampak( bukti2 kebesaran Allah itu)

*Harap maaf yer, saya tidak ingat surah apa ini.




Sememangnya terdapat banyak tanda2 kebesaran Allah pada setiap kewujudan makhluk di alam ini. Termasuklah pada makhluk ( ciptaan ) Allah yang diberi nama manusia. Maha Agung Allah. Subhanallah. Sebagai contoh, di dalam tubuh manusia, Allah telah menciptakan satu sistem yang amat3 sistematik dan canggih iaitu “nerve system” ataupun sistem saraf. Sistem saraf inilah yang mengawal segala keseimbangan tubuh kita. Denganyalah kita dapat melihat, merasa, sakit,lapar,melakukan pergerakan dan sebagainya. Sungguh besar nikmat yang Allah berikan kepada kita ini. Satu perkara yang Allah hendak tunjukkan kepada kita di sini adalah bahawa perlunya sesuatu sistem itu kepada satu pusat mekanisma yang mengawal segala yang berlaku di dalam tubuh manusia. Hanya satu pusat ataupun centre yang dikenali sebagai Central Nervous System ( CNS ) yang berpengkalan di kawasan otak. Segala maklumat yang berkaitan perjalanan mekanisma tubuh disimpan di sini. Subhanallah. Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana dalam mengatur segala sistem. Sebagai contoh, mekanisma Homeostasis yang berlaku di dalam tubuh kita. Mekanisma ini dicipta atau di’programkan’ untuk mengawal keseimbangan tubuh dengan begitu cekap dan tepat.

Contohnya jika seseorang itu mengalami kehilangan darah yang begitu banyak, secara automatik, maklumat tentang kekurangan darah itu terus dihantar ke pengkalan data untuk terus dianalisis. Setelah maklumat itu dianalisa, satu ‘perintah’ dikeluarkan dan dihantar kepada unit2 yang berkaitan untuk mengembalikan keseimbangan darah di dalam tubuh. Unit2 yang berkaitan ini akan patuh menuruti perintah yang dikeluarkan oleh ‘pihak atasan’ (CNS). Dengan penuh ketaatan tanpa banyak bicara, unit3 ini akan melakukan ‘tugas2’ yang telah dipertanggungjawwabkan. Maka akan terhasilah mekanisma penyeimbangan untuk mengatasi kekurangan darah di dalam tubuh. Subhanallah. Begitu canggih dan terpeerincinya sistem yg telah Allah aturkan untuk hambaNya.





Memang tidak patut dan lansung tidak dapat diterima akal jika ada sesetengah manusia yang mengatakan bahawa manusia ini terbentuk secara ‘semula jadi’ yakni terjadi secara sendiri. Usah dilihat jauh ke dalam tubuh kita, cukup sahaja dengan melihat bukti2 yang berada di sekeliling kita. Jika diambil contoh mudah seperti kerusi, adakah boleh diterima jika dikatakan bahawa ianya terjadi dengan sendiri? Langsung tidak relevan. Secara fitrahnya kita akan terfikir akan siapa yang membuatnya dan membentuknya mengikut kesuaian yang tertentu. Tambahan pula satu ciptaan yang dicipta yang disandarkan untuk yang lain seperti kerusi yang dicipta untuk manusia duduk di atasnya. Subanallahi ‘amma yushrikuun!!! Allahlah sebaik2 pencipta yang mencipta manusia. Hanya manusia yang tidak menyedari hakikat disebalik yg tersirat. Tidak mahu berfikir tentang kejadiannya yang amat3 komplek dan canggih. Hanya mudah terpegun dengan kecanggihan yang ada pada hasil ciptaannya sendiri. Kecanggihan yang ada padanya pula langsung tidak disedari. Tiada beza dengan binatang2. Mereka memang tidak diberi nimat akal seperti manusia untuk memikirkan kebesaran2 Allah pada dirinya. Mereka hanya pandai menggunakannya sahaja, tidak dapat memikirnya. Huh!!





********************************


Kerana itulah, setiap ilmu yang diturunkan Allah ke dunia ini, akan membawa penjelejahnya kepada pemilik ilmu itu sendiri, Allah SWT. Setiap pengetahuan yang dijelajah akhirnya akan membawa penjelajahnya mengenal pencipta alam ini, kerana setiap kebenaran adalah milik Allah. Memang benar wahyu Allah yang berbunyi..
“ sesesungguhnya akan takut kepada Allah itu adalah daripada hamba2Nya yang berilmu (tidak kira samada ilmu agama, sains dan sebagainya)…”


Oleh itu, jika kita menadah ilmu, satu perkara yang perlu kita pegang adalah untuk melihat kebesaran2 Allah yang bertebaran di setiap pelusuk alam ini. Segalanya sudah ada dihadapan kita. Hanya menunggu untuk diteroka. Mutiara2 kebesaranNya hanya akan dijumpai dengan penerokaan. Tidak kira di bahagian mana kita memeroka, samada perubatan, kesenian dan sbg, kerana hanya satu yg kita cari iaitu Allah. Allah ada didalam setiap makhlukNya. Jika kita meneroka di dalam bidang perubatan, maka carilah Allah di dalamnya. Jika keseniaan, maka carilah Allah di dalamnya. Kerana semua cabang2 ilmu yg ada, adalah dari Allah semuanya. Allahlah yg mencipta manusia, maka Dialah yang menyediakan segala keperluan yang seharusnya bagi manusia. Allah jugalah yang menjaga manusia, memelihara manusia, memberi makan, memberi tempat tinggal, dan segalanya2 adalah Allah.. Allah Akbar. Nah!! Itulah sifat Rahman Allah. Memberikan segalanya kepada makhluknya yang bernama manusia. Dengan sifat RahmanNya jugalah yang telah mengaturkan hukum peraturan bagi manusia. Dialah yg telah menurunkn Al Quran, megutuskan rasul .Akan tetapi hanya manusia yang tidak tahu berterima kasih kepadaNya. Malah melawanNya. Nauzubilllah. Kami berlindung kepadaMu ya Allah.


Wallahu a’lam bi uluumihi.

No comments:

Post a Comment