October 17, 2011

Alangkah indahnya jika....

Kita banyak melihat orang tidak sabar dengan penantian hidup, mudah sahaja berputus asa dengan ujian, mudah mengalah apabila dihimpit masalah. Kadang2 masalah itu tidaklah terlalu besar, akan tetapi jiwanya terlalulah kecil untuk berhadapan dengan masalah tersebut. Baru sahaja selangkah kaki melangkah, sudah berpuluh hamburan kata diluak. Masakan dapat diteruskan hidup jika hanya pandai berkata, akan tetapi 'dangkal' untuk bekerja. Masakah dapat dilalui denai2 hidup yg masih berbatu2 di depan jika selangkah melangkah sudah mengeluh mencemuh. Perlu diingat duhai insan, laluan kita tidak akan selalu lurus, tidak selalu terang akan tetapi akan ada simpang, akan ada rintang di hadapan. Penghujungnya pula tidak lagi diketahui bila akan tiba. Hanya perlu bersiap untuk sampai ke sana. Perlu bersabar dengan loba2 di jalanan pulang.

Alangkah indahnya jika insan bersabar. Bersabar dengan 'sajian' y lebih mewah, lebih indah, lebih permai. Amat2 indah dan mahal 'sajian' yg dihidang. Cuma perlu menunggu untuk sampai ke muara hidup di hadapan. Di muara itulah terdapat taman yg amat indah bg insan yg sabar. Juga ada lohong derita yang amat memeritkan bg insan yg tidak sabar dengan 'rintang2' hidup di sepajang perjalanan.
Jika bersabar maka berolehlah taman, dan jika tidak maka dicampaklah ke dalam lohong yg tersedia.

Memang,kita akan terus dihadang dengan berbagai2 onak dan loba2 di jalanan. Akan tetapi kita sudah diberikan AKAL oleh pencipta untuk mengelak onak2 itu. Akal yg bertugas sebagai pemilih antara taman dan lohong. Pemilih untuk sabar atau tidak. Pemilih antara gelap atau cahaya yg menyuluh. Pemilih untuk segalanya. Amat beruntunglah jika kita pilih  untuk sabar dan cahaya kerana cahaya dan sabar adalah 'pari2' yg memberi arah kpd insan untuk ke 'taman' di hujung sana. Dan punahlah insan jika tersilap memilih gelap dan 'loba2' di jalanan kerana itu adalah bayang yg mengheret ke dalam lohong sana. Beringatlah duhai insan.

Alangkah indahnya jika insan bersabar.

Namun apa yg perlu insan sabar?

Sudah lupa ya?Ingatlah balik pesan penghulu kepada perutusan Agong. Baginda telah berpesan sewaktu ketika dahulu. Pesan itu terus mengalir dari lisan2 pewaris baginda pada waktu ini. Ingatkah duhai insan?

Tidak mengapa jika sudah lupa. Memang insan sering kali lupa.Seringkali hanyut dalam ulikan tidur yg panjang. Tidak mengapa. Akan tetapi, bangkitlah untuk terus melangkah ke depan. Selagi insan2 sekalian nyenyak tidur di kamar dunia, selagi itu akan kalian terus lupa akan pesan itu.

APa pesan itu?

Pesan itu ada pada kalian semua. Sudah terukir dalam lembaran2 suci sejak berzaman,berkurun lamanya. Sudah lama lembaran2 agung itu tidak 'dijamah' oleh insan2 sekalian. Mungkin kerana nyenyak tertidur. Tapi xmengapa, perlu cuma bangun dan bagkit. Peganglah kembali lembara2 suci itu. Penuh dengan berkat cahaya. Penuh dengan iktibar untuk disajikan. Peganglah ia sekemas2nya, nescaya tidak akan lena lagi dengan ulikan dunia. Itulah pesan Muhammad bin Abdullah, utusan Allah.

SABArlah dengan segala pesan2 itu. Pesan terhadap diri, pesan terhadap ayah emak, pesan terhadap sejagat, pesan untuk umat, pesan agar menjaga sebaik2nya DEEN yg telah diturunkan. Dengan DEEN inilah kita dapat beroleh 'mohor' untuk ke taman kelak nanti. Bersabarlah jika....

-orang mengejek kita kerana kita membawa agama kita.
-orang mencemuh kita kerna kita mengikut apa yg telah Nabi kita pesan.
-orang mengatakan kita sudah lari dari 'masyarakat dunia' yg lebih 'maju' dari kita yg menjunjung         kalimah Allah.
-orang kata kita itu dan ini.

biarlah dengan kata2 mereka. Asalkan kita beroleh taman yg telah disediakan nanti. Asalkan kita patuh dengan segala pesan junjungan kita, rasulullah SAW. Biarlah mereka dengan mulut2 mereka. Kita terus bersabar dengan hati kita.=)

~berSAbarLah dEnGan NafAs YaNg BArU~

p/s:lembaran yg dimaksudkan tu adalah hadis dan Quran..dan segala pesan itu adalah segala syariat Islam yg mulia.
Harap beroleh manfaat ya=)
                                              

October 11, 2011

A new DAy HAs COme~

Salam sejahtera buat sahabat2 sekalian. Mari sama2 kita bersyukur kepada Allah yang telah memberikan kita segala nikmat dan kesenangan untuk hidup di atas muka bumi ini. Alhamdulillah3..

Syukur itu tidak hanya dalam skop zikir yakni melalui lisan semata, akan tetapi melingkupi segenap aspek aktiviti harian kita, ataupun dalam erti kata lain, berterima kasih. So, klau sebut pasal berterima kasih ni, banyak kaedah dan cara yg dapat kita buat. Sebagai contoh, berterima kasih melalui perbuatan iaitu dengan melakukan segala suruhan atau perintah dan dalam masa yang sama kita meninggalkan perkara2 yang ditegah dan perkara2 yg makruh yakni tidak disukai oleh seseorang. Secara mudahnya kita berterima kasih kepada Allah dengan membuat segala perintahNya seperti solat, puasa, tutup aurat, mengasihi ibu ayah dan sebagainya.

******************************************
Allah 'berpesan' dengan kalamNya yg suci "sesungguhnya Allah tidak mengubah (perangai, keadaan, nasib...) sesuatu kaum itu sehinggalah mereka sendiri yang mengubahnya...."-surah Ar Ra'd.
Dari ayat ini, dapat kita fahamkan bahawa sesuatu nasib seseorang itu tidak akan berubah dengan sendiri tanpa ada usaha atau tindakan untuk mengubahnya. Maknanya malas itu tidak akan menjadi rajin jika hanya dibiarkan dan hanya menunggu masa rajin datang. Tidak akan yer. Akan tetapi perlu ada usaha untuk melawan atau untuk menepis rasa malas itu dari terus bersarang dalam diri seseorang itu.

Maknanya lagi, perangai kita yg buruk-nauzubillah- tidak akan lari dari kita sehinggalah kita besedia untuk membuangnya jauh2 dari kehidupan kita. Tanpa koreksi dari diri kita sendiri, ia tidak akan betul dengan sendirinya. Sama sekali tidak akan. Sebaliknya ia harus dibuang jauh2 dan dipagari dengan seribu macam sifat2 yang baik agar ia tidak kembalik bertakhta di dalam hati kita.
Soal kejayaan kita pulak, memang sudah terang lagi nyata, setiap orang atau insan mengimpikannya, akan tetapi harus sedar bahawa keadaan diri kita yang memutuskan samada  kejayaan itu berhak atau tidak untuk kita miliki. Memang tidak dinafikan tiada manusia yang mendambakan kegagalan, cuma kebanyakan mereka seolah2 mencampakkkan diri mereka ke dalam lohong kegagalan. Kenapa tidaknya, rasa hendak berjaya memang ada tersimpan jauh di dalam hati, akan tetapi, rasa bosan dan malas membaca pula erat dalam genggaman. JIka begitulah keadaan yang berlaku, memang mustahil untuk sesuatu kejayaan diraih kecuali  'perkara2' yg mengundang kegagalan itu diusir jauh.

Apa yg perlu diingat, sesuatu tidak akan berubah sehingga ia diubah. Dan siapa pengubahnya itu, jawapannya adalah kita si yang bertanya.=)

A new day has come....

it is the time we're waiting for...time to change!no more fall, no more failure, no more sad, no more pain but there is a lot of joy, a lot of success, a lot of happiness...lets get it..
A new day has come....

jika dahulu kita terkebelakang, sering kali rebah, seringkali resah, seringkali gagal..akan tetapi perlu diingat...A NEW DAY HAS COME,...masa untuk kejayaan yg baru...
mentari yang baru yg membawa sebuah sinar yang baru...baru untuk setiap yang baru...^_^
Maka bersiaplah untuk menerima suasana yg baru, kejayaan yg baru...dan yg paling penting kehidupan yg baru yg lebih baik..lets start a new fight!^^

Kobarkanlah smangat yang sedia ada dengan nyalaan yang lebih terang dan penuh dengan semarak cita. Nyalakanlah bara yang sudah mati, kerna ia akan terang kembali terang dengan smangat yang baru. Dan tetaplah dengan pesanan Allah, " la tai asuuu min rahmatillah..", "jganlah kamu berputus harap drpd rahmat Allah..".

Got to Go, lets start a new fight!A new season!

~bErnaFasLah deNgan nAma TuHanMu...~

September 05, 2011

coretan di permusafiran Ramadhan..

Salam Ramadhan Kareem buat sahabat semua. Sudah lama nikmat jari jemari yg d kurniakan Allah ini tidak lincah memetik key pad kat ruang blog ni. Ala kulli hal, alhamdulillah krn msih berpeluang untuk mencoret serba sedikit lakaran idea  untuk ruangan 'sembang' kita pada kali ini.

Masa yg kita sedang lalui sekarang ini sentiasa bergerak ke hadapan. Tidak sekalipun akan berpusing balik. Ia sedang menuju ke arah suatu kepastian yg nyata. Kepastian yg akan terjadi.
Saat2 yg kita lalui semua tidak sama, walaupun 'nama2'nya sama, walaupun hari yg kita jalani seolah2  berulang2, akan tetapi ia memang sesekali tidak sama. Jelas sekarang ini kita sedang berada di saat2 keemasan. Saat yg paling berharga sebagai seorang muslim, yg mngaku bahawa Allah itu pmerintah alam, dan Muhammad itu utusan perwakilan daripada Allah kepada suku masyarakat manusia di bumi. Maka sekalian muslim di waktu ini sedang menjalankan satu perintah Allah sempena keberadaan di saat, bulan yg penuh dengan barakah ini, Ramadhan Kareem.

Masa terus menjalankan amanahnya. Terus berlari laju ke hadapan. Tidak menunggu siapa2, tidak menendahkan segala pujuk rayu. Hanya satu, terus berlari ke hadapan. Yang cepat beruntung, yg berlengah ketinggalan, yg lambat akan rugi.

Berlalu Ramadhan, mengheret saki baki hari dari medan pertempuran masa. Pada hari ini, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pertempuran diteruskan oleh Syawal. Beberapa detik saja lagi, kedatangan Syawal bakal dilaungkan. Laungan yg akan mnyambut datangnya Syawal, melambai perginya Ramadhan yg mulia.

-27 Ramadhan 1432H
***************************************************
Alhamdulillah wa syukrulilllah. Tahun ni saya berpeluang merasai lapar dahaga di bawah terik panas mentari di wilayah Mesir. Merasai sendiri pngalaman ber Ramadhan di tanah arab yg panas. Di tambah pula waktu berpuasa di sni memang berbeza dari waktu3 di msia( disebabkan berada di musim panas), maka waktu bersahur diawalkan manakala waktu berbuka dilewatkan sedikit, yg menyebabkan waktu berpuasa di sini lama sedikit dari waktu tempatan di malaysia. Oleh itu tarbiyah ramadhan di sini lebih advance ckit compared to malaysia^_^.

Ape yg advantage kat cni, adalah waktu berbuka. Masyaakat arab mesir di sini, apabila tibanya bulan Ramadhan, mereka akan berlumba2 untuk bertabarru' atau bersedeqah. Oleh itu, banyak terdapat tempat2 berbuka di sini yg mnyediakan makanan untuk masyarakat di sni secara percuma, majjaanan. Hampir boleh dikatakan, apabila bulan Ramadhan ini, masyarakat2 yg miskin dan faqir akan berpesta menikmati hasil2 sedeqah. Memang btul lah islam itu adalah rahmat. Ia mendatangkan kepada umat manusia suatu kesenangan dan pertolongan kepada umatnya. Alhamdulillah.

Dari segi sambutan pula, masyarakat di sini amat2 mengagungkan bulan Ramadhan yg mulia ini. Mereka bersiap sedia untuk menyambut kedatangan bulan ini sebulan sebelum tibanya Ramadhan. Dengan itu, suasana untuk menyambut Ramadhan di sini dapat dilihat secara jelas. Berbeza dengan malaysia, hanya menunggu ketibaan Ramadhan dengan persiapan2 Bazar Ramadhan. Apabila tibanya Ramadhan, maka berpusu2 lah lautan manusia menenggelami pasar bazar Ramadhan. Kata org tempatan, bulan Ramadhan ini adalah bulan rahmat, rahmat melalui perniagaan. Masyarakat di sini, sebelum tibanya Ramadhan, maka sudah kelihatan semakin ramai jemaah yg mengimarahkan masjid, kalau sebelum2 ini satu sof, maka jika semakin hamoir dengan Ramadhan, akan kedapatan hampir penuh sesebuah masjid itu. Begitu teruja mereka ini menyambut kedatangan Ramadhan yg penuh dengan barakah ini. Memang suasana ber Ramadhan di sini dapat dirasai dengan lebih baik. Alhamdulillah. Tambahan pula, masyarakat di sini tidaklah terlalu mengagungkan ketibaan Syawal, mereka hanya sekadar menyambut sehari dua sahaja. Memang ada perbezaaan yg ketara jika dibandingkan dengan tempat kita, malaysia yg terlalu memperbesarkan Hari Raya. Malah, iklan sempena hari raya pon berlegar2 di kaca televisyen sebaik sahaja pengishtiharan kedatangan bulan Ramadhan. Hampir sebulan sepanjang bulan Ramadhan iklan2 itu berlegar2 ke udara melewati segenap penjuru di Malaysia. Sepatutnya kedatangan Ramadhan yg disambut besar-besaran kerana bulan ini lebih agung di Allah kerna padanya peristiwa penurunan kitab suci umat Islam, Al Quran. So, pandai2lah kita menilainya mana yg lebih baik.=)

28 Ramadhan 1432H
************************************
Moga2 Ramadhan kita pada kali ini memberi erti dalam hidup kita dalam erti menjadi hamba Allah yg taat dan bersyukur. Mungkin Ramadhan pada kali ini adalah Ramadhan yg sudah sesekian kalinya dalam hidup kita. Namun, apakah Ramadhan yg kita lalui sekarang ini bersamaan dengan Ramadhan yg dahulu?Itulah yg perlu kita muhasabahkan. Walaupun Ramadhan terus berulang dalam setiap episod hidup kita, namun, ia tidak akan pernah sama. Berlainan episod, maka berlainanlah peristiwa yg berlaku. Peluang hnya sekali. Sama2 kita berusaha menjadi hambanya yg bersyukur. =)

29 Ramadhan 1432H
************************************

Hari ini, sudah hampir seminggu lebih, Ramadhan meninggalkan kita. Kita sedang berada di fatrah yg ketiga daripada 3 fatrah untuk satu pusingan. Pusingan ramadhan. Satu fatrah sebelum Ramadhan, satu fatrah ketika ramadhan dan satu fatrah selepas Ramadhan. Jika direnung kembali  ketika saat2 akhir di penghujung Ramadhan, betapa banyaknya manusia yg 'mengesali' pemergian Ramadhan. Namun itu adalah sewaktu sebelum perginya Ramadhan. Di saat bergembira menyambut Syawal, nama Ramadhan sudah mula dipinggirkan. Sudah mula tenggelam dalam gelombang keriaan insan. Ramadhan hanya mampu melihat umat manusia meraih kegembiraan apabila melihatnya pergi, hanya mampu meratapi dari jauh. Semakin lama, semakin jauh Ramadhan mengunjur langkah. Maka makin jauhlah hati manusia darinya. Akan tetapi, itu sudah memang mnjadi lumrah. Lumrah yg telah diatur oleh tuhan bahwa akan ada mula dan akan ada akhir. Ramadhan memang akur dengan lumrah itu. Namun, bukan itu yg Ramadhan kesali. Apa yg dikesalkan, manusia sudah mula meninggalkan amalan2 mereka sewaktu mereka berada di bulan Ramadhan dahulu. Seolah2 mereka hanya berpura2 dengan Ramadhan sewaktu menyambutnya dahulu. Memang amat kesal dengan sikap itu. Sikap manusia yg kembali asyik dengan godaan lama. Kalau di bulan Ramadhan mereka bersungguh2 beribadat, akan tetapi, di luar Ramadhan, mereka kembali berfoya2 dengan godaan dunia. Kalau dulu sewaktu ramadhan mereka berebut3 melakukan amal, kini mereka kembali berebut3 'tawar-menawar' untuk melakukan amal. Langsung sudah berubah sekalian manusia. Maka ada ketika Ramadhan mula terfikir, untuk apa sebenarnya mereka melakukan taat sebenarnya? Adakah semata2 hanya menunjuk baik kepadanya? Adakah teman2nya yg lain( bulan2 yg lain) memang terlalu hina darinya? Adakah manusia itu beribadah untuknya, bukan untuk Allah? Ia hanya mampu bertanyakan dirinya sahaja, tiada siapa yg sudi menjawab untuknya. Hanya mengeluh seorang diri. Moga Allah mendengar rintihannya.



Selamat menyambut pemergian Ramadhan dan tdak lupa, menyambut datangnya Syawal. Tiada apa yg berbeza tentang keduanya, hanya perlu diisi dengan taat.^^

7 Syawal 1432H.
-perindu Ramadhan-





July 04, 2011

sungguh indah ciptaan Allah...

Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat2 sekalian.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak meng'update' post pada kali ini setelah sekian lama sudah  jari jemari tidak mngatur rentak di atas lapangan keyboard ni. Alhamdulilah. Bukanlah kedapatan topik yg amat menarik atau bermanfaat untuk post  kali ini, just untuk melapangkan minda sahaja dek  'di tengah2 gelora ombak yg sedang kuat membadai', yg menghanyutkan perahu yg sarat dengan akal, jauh dari ketenangan alam ciptaan Allah.

Sekarang ni, di Mesir, kami pelajar2 sedang menempuhi 'fatrah imtihan', khususnya Universiti Al Azhar. Exam final ni akan berlansung untuk kira2 selama sebulan lebih, bermula dari awal bulan Jun hingga ke bulan Julai. Hanya Allah sahajalah yg mengetahui betapa gentingnya saat2 yg sedang berlalu.=)

Biasalah, kala tibanya musim exam ni, macam2 emotion yg singgah, terutamanya stress. Gejala yg biasa melanda kebanyakan pelajar kala menjelmanya musim exam.

STRESS?

Kenapa stress?Hmm..
Mungkin kebanyakan dari kita, yg mengamalkan tabiat "last minute". Ramai yg akan menukarkan mode mereka dari 'Mode Relax2" ke "mode exam" secara mendadak. Dari keadaan rehat lansung terus kepada tahap yg maximum. Inilah sebenarnya yg menjadikan otak kita stress sebenarnya, ditambah pula dengan beban yg terlampau banyak sehingga memenatkan otak.

Apabila otak kita sudah penat, maka pelbagai "emotion" akan lahir. Otak kita akan sedaya upaya mncari jalan untuk lari dari 'kesibukan' yg berlaku di dalam otak. Maka segala macam perkara selain dari membaca akan dirasakan amat "best", walaupun ketika keadaan biasa, kita tidak pernah melakukannya.=)

OK. Stop untuk stress. Kita bercakap pula soal benda yg menhilangkan stress. Bagi saya, untuk menghilangkan stress ni, amatlah mudah.

Salah satunya melihat kepada sesuatu yg akan memberikan kita ketenangan, samada alam di sekeliling kita seperti pokok, langit, sungai, laut, pantai...ataupun tempat2 yg mendamaikan seperti masjid.
Baru2 ni, saya mengahadiri solat jemaah di sebuah masjid berdekatan dengan penempatan saya. Usai menunaikan solat, saya terpandang seorang anak kecil yg masih lagi dikira bayi. Allah maha tahu. Betapa cantik dan comelnya rupa yg ada pada anak kecil itu. Saya beranggapan mungkin ianya dari keturunan Turkey. Segala keserabutan dan kekusutan di dalam benak, berkecai begitu sahaja seolah2 ditiup angin. Sungguh lapang minda saya ketika itu. Memang ada keajaiban pada ciptaan Allah ni. Sungguh mendamaikan jiwa.






Memang Allah menciptakan setiap makhluk ini, ada kelebihan dan hikmah. Allah menciptakan anak2 kecil, bayi, yg mempunyai penampilan yg begitu comel dan menarik perhatian bagi sesiapa yg memandangnya. Tidah hairanlah mengapa jika org membilang anak2 itu adalah "mawaddah" kepada kedua2 org tuanya.

Namun ada juga insan yg tidak mensyukuri ciptaan Allah yg amat indah ini. Ada yg sanggup membuang ciptaan Allah ini tanpa ada sedkitpun debunga2 kasih dan cinta di akar  hati. Lansung tidak!!!Kerana mereka telah dilaknat Allah, dengan firmanNya ",,,bahkan mereka itu lebih sesat dari binatang,,,". Nauzubillah min zaalik.

Kesimpulannya di sini, Allah menciptakan setiap makhluk itu dengan ciptaan  yg KAMIL, sempurna. Amat indah untuk ditatap, amat mendamaikan untuk dipandang, amat tenang untuk diamati. Bersyukurlah dengan nikmat PANDANGAN yg Allah kurniakan. Dengannyalah kita beroleh sesuatu kedamaian, ketengan, mawaddah dan kelapangan jiwa.=)

March 16, 2011

hikayat Sang Alam,,,



Kala subuh berhias di ufuk pagi,
sekalian fauna bermadah pujian,
seanggun ciptaan flora menghampari alam,
mentasbih cantiknya Yg menciptakan.

siulan bayu pagi,
mendayu2 membisik, berhikayat
sungguhnya Sang Alam sudah jaga,
kala jaganya bukan dek mimpi
melainkan atas daulat Raja

jaganya Sang Alam, bertemankan
umat dipanggil insan,
sejak berabad sudah menghuni,
mengheret janji maha kudus
ke hujung muara yg berkabus.

Nun di belakang yg kelam,
jika ditoleh menjejak silam,
telah terlakar sebuah hikayat
janji setia setiap nyawa, taat
tunduk kotakan janji yg terungkap.

Hari ini Sang Alam kembali jaga,
dahagakan tasik perjanjian tua
meninjau, kalaulah ada yg masih tersisa,
moga terbasah jua kehausan silam.

wahai umat pengheret janji,
sungguhmu lincah menghambat dunia,
pantasmu  bertatih membilang langkah,
sedarlah,
kelak jua akan rebah, menyembah
hina di kaki Khaliq.

Sebelum Sang Alam pulang
ke kamar menyambung hayat,
riwayatmu kekal mengalir,
menyoroti janji yg telah engkau alurkan,
sebelum menjengah indahnya dunia.

Bukan niat diungkit,
hanya untuk membangkit
sebuah cerita Sang Alam,
dilewati janji kudus,

kala nyawa di hening syurga.

Sekali lagi alam terjaga,
hausnya sejak berzaman
tak akan menyurut, menagih
selaut kejujuran yg kudus,
selagi manusia tiada lurus.


itulah hikayat Sang Alam



p/s: Harap maaf ye, "karya" saye ni xikut format,,juz nk try2..hehe,,apa2 komen dialu-alukan yer,,,dan mintak maaf bebanyak klau xdpt memahamkan kalian semua=P