October 17, 2011

Alangkah indahnya jika....

Kita banyak melihat orang tidak sabar dengan penantian hidup, mudah sahaja berputus asa dengan ujian, mudah mengalah apabila dihimpit masalah. Kadang2 masalah itu tidaklah terlalu besar, akan tetapi jiwanya terlalulah kecil untuk berhadapan dengan masalah tersebut. Baru sahaja selangkah kaki melangkah, sudah berpuluh hamburan kata diluak. Masakan dapat diteruskan hidup jika hanya pandai berkata, akan tetapi 'dangkal' untuk bekerja. Masakah dapat dilalui denai2 hidup yg masih berbatu2 di depan jika selangkah melangkah sudah mengeluh mencemuh. Perlu diingat duhai insan, laluan kita tidak akan selalu lurus, tidak selalu terang akan tetapi akan ada simpang, akan ada rintang di hadapan. Penghujungnya pula tidak lagi diketahui bila akan tiba. Hanya perlu bersiap untuk sampai ke sana. Perlu bersabar dengan loba2 di jalanan pulang.

Alangkah indahnya jika insan bersabar. Bersabar dengan 'sajian' y lebih mewah, lebih indah, lebih permai. Amat2 indah dan mahal 'sajian' yg dihidang. Cuma perlu menunggu untuk sampai ke muara hidup di hadapan. Di muara itulah terdapat taman yg amat indah bg insan yg sabar. Juga ada lohong derita yang amat memeritkan bg insan yg tidak sabar dengan 'rintang2' hidup di sepajang perjalanan.
Jika bersabar maka berolehlah taman, dan jika tidak maka dicampaklah ke dalam lohong yg tersedia.

Memang,kita akan terus dihadang dengan berbagai2 onak dan loba2 di jalanan. Akan tetapi kita sudah diberikan AKAL oleh pencipta untuk mengelak onak2 itu. Akal yg bertugas sebagai pemilih antara taman dan lohong. Pemilih untuk sabar atau tidak. Pemilih antara gelap atau cahaya yg menyuluh. Pemilih untuk segalanya. Amat beruntunglah jika kita pilih  untuk sabar dan cahaya kerana cahaya dan sabar adalah 'pari2' yg memberi arah kpd insan untuk ke 'taman' di hujung sana. Dan punahlah insan jika tersilap memilih gelap dan 'loba2' di jalanan kerana itu adalah bayang yg mengheret ke dalam lohong sana. Beringatlah duhai insan.

Alangkah indahnya jika insan bersabar.

Namun apa yg perlu insan sabar?

Sudah lupa ya?Ingatlah balik pesan penghulu kepada perutusan Agong. Baginda telah berpesan sewaktu ketika dahulu. Pesan itu terus mengalir dari lisan2 pewaris baginda pada waktu ini. Ingatkah duhai insan?

Tidak mengapa jika sudah lupa. Memang insan sering kali lupa.Seringkali hanyut dalam ulikan tidur yg panjang. Tidak mengapa. Akan tetapi, bangkitlah untuk terus melangkah ke depan. Selagi insan2 sekalian nyenyak tidur di kamar dunia, selagi itu akan kalian terus lupa akan pesan itu.

APa pesan itu?

Pesan itu ada pada kalian semua. Sudah terukir dalam lembaran2 suci sejak berzaman,berkurun lamanya. Sudah lama lembaran2 agung itu tidak 'dijamah' oleh insan2 sekalian. Mungkin kerana nyenyak tertidur. Tapi xmengapa, perlu cuma bangun dan bagkit. Peganglah kembali lembara2 suci itu. Penuh dengan berkat cahaya. Penuh dengan iktibar untuk disajikan. Peganglah ia sekemas2nya, nescaya tidak akan lena lagi dengan ulikan dunia. Itulah pesan Muhammad bin Abdullah, utusan Allah.

SABArlah dengan segala pesan2 itu. Pesan terhadap diri, pesan terhadap ayah emak, pesan terhadap sejagat, pesan untuk umat, pesan agar menjaga sebaik2nya DEEN yg telah diturunkan. Dengan DEEN inilah kita dapat beroleh 'mohor' untuk ke taman kelak nanti. Bersabarlah jika....

-orang mengejek kita kerana kita membawa agama kita.
-orang mencemuh kita kerna kita mengikut apa yg telah Nabi kita pesan.
-orang mengatakan kita sudah lari dari 'masyarakat dunia' yg lebih 'maju' dari kita yg menjunjung         kalimah Allah.
-orang kata kita itu dan ini.

biarlah dengan kata2 mereka. Asalkan kita beroleh taman yg telah disediakan nanti. Asalkan kita patuh dengan segala pesan junjungan kita, rasulullah SAW. Biarlah mereka dengan mulut2 mereka. Kita terus bersabar dengan hati kita.=)

~berSAbarLah dEnGan NafAs YaNg BArU~

p/s:lembaran yg dimaksudkan tu adalah hadis dan Quran..dan segala pesan itu adalah segala syariat Islam yg mulia.
Harap beroleh manfaat ya=)
                                              

No comments:

Post a Comment