January 02, 2011

Tenung2lah ia...

Lihatlah kebesaranNya…



Salam sejahtera.
Alhamdulillah. Segala puji hanyalah berhak untukNya. Tiada puji untuk makhluk yang bernama insan. Hanya untukNya. Itulah sebabnya apabila insan dipuji, lafaz yang selayaknya diungkap adalah "Alhamdulillahi rabbil 'alamiin". Kerana Dia yang memiliki segalanya. Dia yang menciptakan segalanya yang wujud di alam dunia. Segalanya adalah berada di bawah hukumNya. Allahu akbar.
Alhamdulillah. Telah lama rasanya jari jemari ini tidak melakar kalimah2 kat blog ni. Bukan kemahuan yg menyekat jemari dari menari3 di atas hamparan "keyboard", akan tetapi, sempadan waktu yang menghijab segala kehendak yang terpancar.


Hmm. Baru2 ni saya ada menghadiri kelas pengajian Phisiology di tempat kuliah saya, Jamiah Al Azhar. Madah Phisio ni adalah salah satu madah Kuliah Tibb Al Azhar untuk tahun satu dan dua. Sistem kuliah Tibb di Al azhar ni, ada sedikit kelainan jikalau hendak dibandingkan dengan sistem yang ada di jamiah2 seluruh mesir ni. Apa yang paling istimewa belajar di Azhar ni, adalah semua mahasiswa, tidak kira daripada mana-mana fakulti, wajib menghafal Al Quran. Itulah keistemewaan yang ada pada sistem pembelajaran Al Azhar. Tidak kiralah samada belajar di fakulti medic (Tibb), dentist (Tibb Isnan) mahupun engineering ( Muhandasah). Itulah kekuatan yang ada pada sistem Al Azhar. Madah Al Quran yang menjadi subjek wajib.
Subjek Phisiology ni, adalah satu ilmu yang mengajar tentang perjalanan sistem operasi yang telah Allah jadikan di dalam tubuh manusia. Subhanalah! Banyak perkara yang menakjubkan apabila mempelajari ilmu Phisiology ni. Sememangnya Allah sungguh hebat, Maha Bijaksana dan Maha Besar.


Firman Allah yang membawa maksud: “ Dan pada diri kamu wahai manusia( terdapat tanda2 kebesaran Tuhanmu), oleh itu apakah kamu tidak nampak( bukti2 kebesaran Allah itu)

*Harap maaf yer, saya tidak ingat surah apa ini.




Sememangnya terdapat banyak tanda2 kebesaran Allah pada setiap kewujudan makhluk di alam ini. Termasuklah pada makhluk ( ciptaan ) Allah yang diberi nama manusia. Maha Agung Allah. Subhanallah. Sebagai contoh, di dalam tubuh manusia, Allah telah menciptakan satu sistem yang amat3 sistematik dan canggih iaitu “nerve system” ataupun sistem saraf. Sistem saraf inilah yang mengawal segala keseimbangan tubuh kita. Denganyalah kita dapat melihat, merasa, sakit,lapar,melakukan pergerakan dan sebagainya. Sungguh besar nikmat yang Allah berikan kepada kita ini. Satu perkara yang Allah hendak tunjukkan kepada kita di sini adalah bahawa perlunya sesuatu sistem itu kepada satu pusat mekanisma yang mengawal segala yang berlaku di dalam tubuh manusia. Hanya satu pusat ataupun centre yang dikenali sebagai Central Nervous System ( CNS ) yang berpengkalan di kawasan otak. Segala maklumat yang berkaitan perjalanan mekanisma tubuh disimpan di sini. Subhanallah. Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana dalam mengatur segala sistem. Sebagai contoh, mekanisma Homeostasis yang berlaku di dalam tubuh kita. Mekanisma ini dicipta atau di’programkan’ untuk mengawal keseimbangan tubuh dengan begitu cekap dan tepat.

Contohnya jika seseorang itu mengalami kehilangan darah yang begitu banyak, secara automatik, maklumat tentang kekurangan darah itu terus dihantar ke pengkalan data untuk terus dianalisis. Setelah maklumat itu dianalisa, satu ‘perintah’ dikeluarkan dan dihantar kepada unit2 yang berkaitan untuk mengembalikan keseimbangan darah di dalam tubuh. Unit2 yang berkaitan ini akan patuh menuruti perintah yang dikeluarkan oleh ‘pihak atasan’ (CNS). Dengan penuh ketaatan tanpa banyak bicara, unit3 ini akan melakukan ‘tugas2’ yang telah dipertanggungjawwabkan. Maka akan terhasilah mekanisma penyeimbangan untuk mengatasi kekurangan darah di dalam tubuh. Subhanallah. Begitu canggih dan terpeerincinya sistem yg telah Allah aturkan untuk hambaNya.





Memang tidak patut dan lansung tidak dapat diterima akal jika ada sesetengah manusia yang mengatakan bahawa manusia ini terbentuk secara ‘semula jadi’ yakni terjadi secara sendiri. Usah dilihat jauh ke dalam tubuh kita, cukup sahaja dengan melihat bukti2 yang berada di sekeliling kita. Jika diambil contoh mudah seperti kerusi, adakah boleh diterima jika dikatakan bahawa ianya terjadi dengan sendiri? Langsung tidak relevan. Secara fitrahnya kita akan terfikir akan siapa yang membuatnya dan membentuknya mengikut kesuaian yang tertentu. Tambahan pula satu ciptaan yang dicipta yang disandarkan untuk yang lain seperti kerusi yang dicipta untuk manusia duduk di atasnya. Subanallahi ‘amma yushrikuun!!! Allahlah sebaik2 pencipta yang mencipta manusia. Hanya manusia yang tidak menyedari hakikat disebalik yg tersirat. Tidak mahu berfikir tentang kejadiannya yang amat3 komplek dan canggih. Hanya mudah terpegun dengan kecanggihan yang ada pada hasil ciptaannya sendiri. Kecanggihan yang ada padanya pula langsung tidak disedari. Tiada beza dengan binatang2. Mereka memang tidak diberi nimat akal seperti manusia untuk memikirkan kebesaran2 Allah pada dirinya. Mereka hanya pandai menggunakannya sahaja, tidak dapat memikirnya. Huh!!





********************************


Kerana itulah, setiap ilmu yang diturunkan Allah ke dunia ini, akan membawa penjelejahnya kepada pemilik ilmu itu sendiri, Allah SWT. Setiap pengetahuan yang dijelajah akhirnya akan membawa penjelajahnya mengenal pencipta alam ini, kerana setiap kebenaran adalah milik Allah. Memang benar wahyu Allah yang berbunyi..
“ sesesungguhnya akan takut kepada Allah itu adalah daripada hamba2Nya yang berilmu (tidak kira samada ilmu agama, sains dan sebagainya)…”


Oleh itu, jika kita menadah ilmu, satu perkara yang perlu kita pegang adalah untuk melihat kebesaran2 Allah yang bertebaran di setiap pelusuk alam ini. Segalanya sudah ada dihadapan kita. Hanya menunggu untuk diteroka. Mutiara2 kebesaranNya hanya akan dijumpai dengan penerokaan. Tidak kira di bahagian mana kita memeroka, samada perubatan, kesenian dan sbg, kerana hanya satu yg kita cari iaitu Allah. Allah ada didalam setiap makhlukNya. Jika kita meneroka di dalam bidang perubatan, maka carilah Allah di dalamnya. Jika keseniaan, maka carilah Allah di dalamnya. Kerana semua cabang2 ilmu yg ada, adalah dari Allah semuanya. Allahlah yg mencipta manusia, maka Dialah yang menyediakan segala keperluan yang seharusnya bagi manusia. Allah jugalah yang menjaga manusia, memelihara manusia, memberi makan, memberi tempat tinggal, dan segalanya2 adalah Allah.. Allah Akbar. Nah!! Itulah sifat Rahman Allah. Memberikan segalanya kepada makhluknya yang bernama manusia. Dengan sifat RahmanNya jugalah yang telah mengaturkan hukum peraturan bagi manusia. Dialah yg telah menurunkn Al Quran, megutuskan rasul .Akan tetapi hanya manusia yang tidak tahu berterima kasih kepadaNya. Malah melawanNya. Nauzubilllah. Kami berlindung kepadaMu ya Allah.


Wallahu a’lam bi uluumihi.

November 18, 2010

itulah sebenar pengorbanan.....





Salam eid mubarak.

Pernah di suatu saat dahulu....


dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.

Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.

Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.


Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."


Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.


**********************************************


Dengan pengorbanan seorang wanita itu, maka seluruh alam mendapat rahmatNya. Betapa tinggi dan tulusnya hati wanita itu dalam mentaati perintah dari Langit. Perintah untuk ditinggalkan oleh insan yg tercinta, Ibrahim AS.
Namun itu bukan halangan buatmu duhai srikandi agung yg bernama Siti Hajar. Pengorbananmu itu teramat2lah mahal untuk dinilai dengan isi dunia, jauh sekali dengan emas berlian. Sungguh mengeluh hati ini apabila terrkenang saat dimana dikau sedang mengharungi ujian itu seorang diri yg ditemani seorang anak kecil, Islmail AS. Amat2 sayu untuk dikenang. Amat2 berat untuk ditanggung. Amat2 sepi untuk digambar. Betapa tinggi nilai korbanmu. Tidak ternilai dengan korban sejuta unta. Langsung tidak!!! Memang engkau layak untuk suamimu, Ibrahim. Sememangnya Tuhan itu memang Adil.


Jika dibangkitkan manusia kedua seumpamamu di dunia, nescaya teranglah langit bumi dihujani warna rahmat Ilahi. Wahai kekanda Ibrahim, ibunda Ismail, sesungguhnya namamu telah terpahat didada2 Insan sekalian alam. Tidak akan terhakis dek hentaman ombak2 zaman yg sering menghempas. Seakan ia matahari di siang hari, bintang di malam hari. Rahmat Allah ke atasmu.
Moga kisah sejarah agung pengorbananmu sentiasa menjadi penghidup semangat penyambung waris2mu.

October 22, 2010

IFF...hina di sebalik "busana muslimah"

Salam sejahtera.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Satu lafaz syukur untuk diungkap. Tanda terima kasih kita kepadaNya. Terima kasih kerana memilih kita sebagai salah seorang daripada sebagai hamba2Nya yg diberi "guide line " untuk kita meneruskan tugas kita di atas muka bumi ini . Terima kasih kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk hidup dengan keizzahan Islam.


Kalau dahulunya Islam itu amat2 dihormati, amat2 disegani dan amat2 diteladani, namun sekarang ini, bukan hanya dihormati, malah jauh sekali untuk disegani, lebih2 lagi diteladani. Islam dahulunya disegani kerana tegasnya Ia dalam menegakkan syariah hidup makhluk yg bernama manusia. Merealisasikan perlembagaan Al Quran dalam ketamadunan umat manusia. Memang itu yg seharusnya berlaku!!
Namun sejak dua menjak ini, Islam makin hebat menjadi bahan2 penghinaan. Tidak cukup dengan org kuffar yg menghinanya, ditambah lagi dengan org Islam sendiri. Jikalau kedengaran desas desus yg menghina Islam di pihak kuffar sana, sudah tidak tenang hati kita memikirkannya. Apatah lagi, jika org Islam itu sendiri yg menghina agamanya. Makinlah parah hati kita ditoreh.


Baru2 ini, heboh di dada2 akhbar Malaysia dengan satu "festival menghina Islam". Tema yg diguna amat2lah menyenangkan hati "ISLAMIC FASHION FESTIVAL", IFF. Namun temanya itu tidak dapat menutup "keburukan" yg ada di dalamnya. Bahkan tema itulah yg menjadi bahan penghinaan. Apa tidaknya, temanya Festival Fesyen Islam, namun apa yg menyedihkan, langsung tidak menutup aurat. Bahkan lagi, untuk menunjukkan bahawa "islamicnya fesyen" itu, maka ditulislah perkataan MUHAMMAD (secara terbalik ). Apa yg paling menyedihkan di sini adalah, penaung untuk program itu adalah manusia yg bergelar muslim sendiri. MasyaAllah. Usahlah menutup kekafiran itu dengan Islam. Ia takkan sekali2 akan kelihatan baik walupun diberi nama yg baik. Daging babi itu, walaupun dihias dengan pelbagai jenis hiasanpun, walaupun disajikan dengan resipi yg paling istimewa, walaupun dimasak oleh ulamak sekalipun, walaupun dimasukkan segala rempah2 yg halal dan perencah2 sekalipun, ia tetap HARAM, bukankah begitu??Jika fesyen kuffar yg menjadi pilihan, usahlah dibalut dengan nama Islam itu. Makin parah jadinya. Jika benar2 ingin mengenakannya, maka terserahlah. Akan tetapi, jangan libatkan Islam dalam kemungkaran itu. Islam itu teramat2lah terlalu suci untuk dicemari. Hanya kamu yg kotor, hanya kamu yg "najis". Jangan cemari ISLAM itu. Islam itu bukan hakmu, akan tetapi HAK mutlak Allah. Jika sebelum ini, kita mendengar bahawa ada gologan kafir yg menghina Islam. Itu kerana mereka memang bencikan Islam. Tapi jika mendengar ada segelintir umat Islam yg menghina agama mereka sendiri, maka apakah logiknya mereka berbuat begitu. Nabi pernah bersabda, " sesiapa yg menyerupai ( baik dari segi tingkah laku, pemakaian, pemakanan,...) maka mereka itu termasuk dalam golongan itu ( yg diserupai atau ditiru ). JIka mereka juga menghina Islam sepertimana org musyrikin menghina Islam, maka telah nyata siapakah mereka. Masing2 tepuk dada, tanyalah iman.


Inilah fesyen yg diperagakan di dalam "Islamic fashion festival" "




Jelas tampak di belakang barisan itu, "ISLAMIC FASHION FESTIVAL"




Tulisan MUHAMMAD di bahagian dada dan bahagian paha.





Amat pilu melihat senario Islam pada ketika ini. Dipermainkan seperti boneka. Hanya bergerak mengikut hati yg malap. Ajaran Islam sudah jauh dilemparkan. Arghhh!!! Gerakan untuk meliberalkan Islam diperhebatkan. Syariat demi syariat dimansuhkan. Tiada langsung kekhuatiran di dalam dada mereka. Mereka yg bergelar Islam sendiri. Ketikamana mereka mendirikan solat, menunaikan ibadah puasa, mengerjakan haji, ketika itu juga mereka menghina agama mereka, mencerca nabi mereka. Apakah sebenarnya mereka ini??? Dalam keadaan mereka 'menurut' , mereka juga 'melawan'.
Sungguh menyedihkan umat Islam ketika ini. Seperti sudah hilang pegangan hidup. Begitu mudah dipengaruh. Amat mirip dengan dedaunan yg dibawa angin. Tiada arah. Sekali angin meniup ke timur, maka arahnya ke timur, sekali angin ke barat, maka ke barat ditukar pula. Sekali Kuffar menyuruh begitu, maka begitulah yg dilakukan. Sedarlah wahai umat membawa imej yg mulia. Celiklah mata2 kalian. Segeralah kembali ke garisan yg telah digaris. Jangan sampai melanggar batasan. Segeralah sedar akan diri.


"Islam itu terlalu indah dan mulia untuk dikotori dengan najis2 kekufuran..."

wallahu a'lam.

October 06, 2010

maher zain kat malaysia...=)



Selamat datang diucapkan kepada Maher zain. Betapa terujanya diorg3 ni ya boleh "face to face" dengan artis popular ni...

"..ilmu itu cahaya.."

Assalamualaikum salam pembuka bicara..
Syukur pada hari ini, jantung kita masih berdegup, mata kita masih dapat berkelip, hidung kita masih lagi dapat mnghirup udara segar, mulut dapat mengunyah, dan yg paling penting islam kita masih dalam genggaman. =)
Hari xmenunggu kita, seperti masa. Kerna ia juga adalah anggota masa. Sentiasa berganjak dan tidak menoleh ke belakang, hanya meneruskan langlah ke hadapan. Begitu juga hidup kita. Sentiasa bergerak ke depan dan idak boleh berpatah untuk kali yg kedua. Hanya satu peluang yg diberi. Mahupun ada yg untuk kali yg kedua, namun sudah xsama dgn yg pertama. Hidup yg diberi pada kali yg kedua , xakan sama dengan kali yg pertama. Hidup kali yg pertama adalah untuk menanam, adapun yg kedua itu adalah untuk menuai.Subhanallah. Itulah hakikat masa.
Hmmm..xder apa sebenarnya yg nk diperkatakan pada kali ini, cuma ingin menyahut panggilan blog ni jer. Sebab dah lama xupdate.

Belajar.

Itulah peluang yg terbentang di depan mata saya pada detik ini. Satu jangka detik yg amat lama bagi saya untuk dilepasi (walhal, amat mustahil untuk dilepasi) . Akan tetapi, jika diperhalusi, ia seolah jangka masa hanya sekadar di antara dua jaga. Sangat pantas. Jika dibalik masa itu selama 11 tahun yg lalu, saya hanya seorg pelajar yg baru sahaja memulakan langkah masuk ke dalam sebuah empayar ilmu. Sesungguhnya empayar itu amat2lah luas. Tidak terhijab dengan masa. Bahkan dengan mata. Namun, apabila saya mmbuka mata pada hari ini, sudahpun 2 gedung ilmu yg saya lewati. Semua itu seakan baru semalam dilalui. Dua peringkat yg saya telah saya langkahi. Dan pada detik ini, peringkat yg agak mencabar untuk sekalian pencedok ilmu, harus saya lalui dengan sabar. Moga Allah sentiasa menemanku. Dialah sebaik2 teman, sebaik2 penaung , sebaik2 pelindung . Hanya Dia. Mungkin saudara2 sekalian sudah banyak memetik pahit manis sepanjang mngharungi jalan sebagai pelajar. Kita perlu merasa pahit manis buah itu sebelum dapat mengatakannya manis atau masam. Jangan mimpikan mutiara di laut, sebelum diri basah menjamah air. Itulah falsafahnya. Dan pahit manis itulah membuatkn kita ini sedar diri siapakah kita sebenarnya. Belajar itulah yg mmbawa kita kepada pokok2 pengalaman yg berbuah ranum. Manis masam buahnya itu, kitalah yg akan merasanya.



Sungguh banyak limpahan ilmu yg dicurahkan Allah yg Maha Mengetahui ke atas muka bumi ini. Namun semua ilmu itu tidak disusun seperti yg ada di dalam buku2, kitab2 sekarang ini. Semuanya bertaburan dalam alam ini. Ada yg telah dijumpai, dan ada lagi yg masih terbenam jauh di dalam perut bumi. Ia perlu diterokai. Perlu dijelajahi. Namun tidak semua ilmu diturunkan Allah ke atas muka bumi ini, dan ada juga diturunkan melalui perutusan. Itulah ilmu yg paling berharga dalam sejarah hidup makhluk yg bernama manusia. Perutusan itulah RASUL. Diutuskan bersama risalah ilmu agung dari langit, Al Quran. Al Quranlah yg mngajar manusia hakikat kehidupan. Di dalamnyalah segala kunci ilmu diletakkan. Ialah pelengkap dan penyudah bagi sekalian ilmu yg wujud. Yg membawa kpd realiti dan hakikat. Hakikat kepada Pencipta. Pencipta yg telah mewujudkan alam. Juga Pemilik segala ilmu di alam ini.


Kata Imam Waqi' ( guru Imam syafie ) yg mnyebut bahawa ilmu itu adalah cahaya.Cahaya untuk hati. Dan cahaya itu tidak akan sekali2 berdampingan dengan kegelapan. Jauh sama sekali. Amat mustahil. Peraturan alam ini mengajar kita tentang hakikat ini. Apabila tiba siangnya, maka berundurlah malamnya dan begitulah juga sebaliknya. Apabila ada cahayanya, maka adalah gelapnya. Kegelapan yg singgah dlm hati bukanlah seperti kegelapan malam yg biasa membaluti bumi. Akan tetapi ia adalah cebisan dosa yg dilakukan. Kedua2 cahaya dan kegelapan itu akan bertapak di suatu tempat dalam tubuh manusia yg diberi nama Hati. Maka apa yg akan terjadi sekiranya kedua elemen itu bertembung??? Apa yg akan terjadi yer saudara?? Yang mana satu yg akan berundur? Si cahaya atau si kegelapan? Dalam diri kita ini, ada suatu unsur yg akan membantu kegelapan untuk masuk ke dalam diri kita. Apakah ia saudara? Otak? Hmmm......apa yer?? Ianya adalah nafsu kita saudara. Nafsu inilah yg akan mnjemput kegelapan itu untuk bertapak di dalam hati kita. Seolah2 magnet yg akn menariknya ke dalam diri kita. Dengan itu, apabila kita mmbuat dosa, maka secara perlahan2, cahaya ilmu yg kita timba itu, akan lenyap dari diri kita. Dengan itu, maka terhasillah suatu proses yg dinamakan " Memory deletion". Apa tidaknya saudara, apabila sudah terlalu banyak dosa yg kita kumpulkn dalam hati kita, maka sudah tidak ada lagi ruang masuk untuk cahaya2 ilmu. Dengan itu proses "rejection" akan berlaku serta merta. Dengan itu, mulalah kita mengalami simpton2 seperti susah hendak ingat apa yg dipelajari, mudah lupa dan yg sama waktu dengannya. Begitulah hakikatnya saudara. Nk tau kebenarannya?? Maka silalah praktikkannya di rumah. =)



Jika ada yg menarik kegelapan itu, mesti ada yg menarik cahaya pula. Hmmm...apa pula yg menjadi penariknya?? Tepuk dada, tanyalah hati. Sudah tentu ianya adalah zikrullah dan amal soleh.=) Dan salah satunya adalah, Al Quran. Pencuci kotoran2 yg mndap dalam hati. Semakin banyak "pencuci" itu digunakan, maka makin lenyaplah kotoran yg ada. Teorinya sama seperti dosa tadi. Jika hati kita di isi dengan cahaya zikrullah, maka ruang itu akan menolak keluar segala kegalapan yg ada. Maka bercahayalah si hati itu. Setelah ianya bercahaya, maka kini ia telah menjadi satu "basement" yg hanya untuk cahaya ilmu. Maka mudahlah hati kita ini untuk menerima ilmu. Subhanallah. Akan tetapi ingat saudara sekalian, nafsu itu bukan mudah untuk dijinakkan. Selagi ia liar, selagii itu "pencuci2" tidak akan berkesan terhadap hati itu. Oleh itu, marilah sama2 kita berusaha untuk "mencuci"nya. Jangan sampai hati kita ini, diselubungi dengan unsur kegelapan itu. Nauzubillah.
Jangan sampai kita mengeluh dengan musibah "susah nk ingat, dan cepat lupa". Ianya bukan semula jadi( majoriti ), akan tetapi kitalah yg menutupnya dari menerima cahaya ilmu. Kitalah yg telah membuatnya "susah nk ingat". Jangan sampai apabila tibanya musim peperiksaan, maka mulalah melanggan "khidmat" bomoh2. Tapi mintalah dengan Allah di samping kita berusaha untuk "mencucikan" hati kita ini. Wallahu a'lam.

p/s: objektif post kali ini adalah marilah sama2 kita jaga hati..maaf di atas "kekacauan" sepanjang mengatur patah2 perkataan di atas.=)Ambil yg dpt diambil, fikir apa yg perlu difikir, reject apa yg perlu direject..